Aug 21, 2011

cimb queensbay working days!

9:20 AM 2 ♥
dua tiga hari niaku duk search working days for cimb at queensbay mall. semuanya kerana nak tukar duit raya. walaupun aku tahu macam dah terlambat hahaha.

punya la aku cari2 tak jugak jumpa. bukak cimb webpage pun susah bebenor nak cari kategori ape. aku kan buta IT dan pengetahuan Am sket hehe.

so meh nak habaq mai.. lokasi cimb yang beroperasi pada sabtu dan ahad adalah terhad dan seperti berikut :


nak lagi details, aku bukak cimb website (http://www.cimbbank.com.my) dan cari branches berserta lokasi dan working days. seperti di bawah.


dan selesailah. sape2 yang jumpa keyword pasal cimb queensbay masuk blog korang tu sah2 aku yang carik haha.kesimpulan ; cimb kat queensbay buka pada harisabtu danahad. sekian

jom tukar duit raya!!

Aug 18, 2011

perlunya santapan rohani

7:04 AM 0 ♥
harini dah masuk 18 august bersamaan 18 ramadhan. dah masuk 2/3 ramadhan. quran dah abes 2/3 ke?

itu lah soalan yang ustaz utarakan masa sesi tazkirah ramadhan semalam kat tempat kerja aku. agak tersentak. bulan ramadhan sepatutnya berlumba2 nak buat ibadat. tersentak sebab helaian muka surat alquran sikit je tersentuh. astaghfirullahhh...

syukur ke hadrat Ilahi sebab masih lagi berpeluang untuk dengar tazkirah, santapan rohani yang makin kering. kalau nak harap sendiri pergi cari pergi dengar sangat susah, sangatlah memerlukan azam yang tinggi. kalau tak sama je hari2. berlalu macam tu je.

part yang paling buat aku tersentak masa dengar tazkirah ialah pasal halal haram, keberkatan. macam mana Allah nak terima doa, amalan kalau apa yang kita makan, kita guna seharian tak mendapat berkat. Ustaz ada sentuh pasal barang yang kita guna seharian. kadang2 nampak ada tanda halal dari jakim tapi kadang2 tetap jugak syubhah sebenarnya.

Ustaz ada sebut pasal produk kecantikan. betul2 halalke. xde sumber syubhah ke. lagi pasal ubat gigi colgate lah yang dia cakap syubhah sebab ada guna tulang? aku pun taksure. katanya, rata2 produk diasaskan oleh orang cina. safi ke, safirah(?), banyak diasaskan oleh cina. kalau yang betul2 muslim yang jaga pasal ni mesti jaga. tapi kalau tak, dorang akan betul2 ambil berat ke?tu tak kira lagi produk2 luar negara. yang mat salleh buat.kompem ke semua bahan2 halal?

pastu kita guna, masuk dalam badan. macam mana Allah nak terima doa, amalan kalau semuanya tak berkat, tak halal sepenuhnya? kadang2 kita amek remeh pasal benda ni. nampak simple je kan. tapi kalau tengok betul2 , check balik amalan seharian start dari bangun tidur sampai lah tidur balik, agak2 semua yang kita buat, kita guna, kita makan tu berkat  ke? halal ke?

teringat pulak zaman2 sekolah dulu, duk asrama. kadang2 banyak barang keperluan abes. main rembat je dormmate punya. dalam hati, xpe.. ambil sket je. darurat. kawan aku baik. x berkira. tapi kita guna tanpa kebenaran jugak kan. dia berkira ke x berkira ke lain cerita. xtanya pun kadang2. boleh ke mcm tu? mesti la tak bolehkan. sebab setiap perkara kebaikan atau kejahatan yang kita buat akan dihitung. walaupun sebesar zarah. 

Ya Allah, betapa banyak dah yang x berkat. yang jelas dan x jelas. guna pen, pemadam. minum air. guna barang2 dalam bilik air. ye la, kat asrama kan simpan satu tempat je. tetiba ubat gigi xde, sabun dah abes. nak taknak terpaksa ambik. xkan xnak gosok gigi kan. tapi lepas tu lupa, x bagitahu pun. sama macam g amek barang kat kedai tak bayar la. kalau cmtu rasa macam mencuri kan. macam jahat gila. tapi bila hal2 remeh kat sekeliling tak amek kesah. 

pasal ilmu lagi la. timebelajar macam mana. g kelas tu betul2 belajarke. kat tempat kerja pun sama. mengular. cukup bulan dapat gaji. tapi macam mana kita nak kira gaji kita tu berkat ke tak. campur ngan duk mengular. balik beli makanan. walaupun halal makanan yang kita beli, tapi sumber tak halal. macam mana hati kita nak jadi baik?

agak sesak nafas . tapi tu lah hakikat. ramai yang x sedar n tak ambilkesah. termasuk aku sendiri. 

Aug 17, 2011

bila stress ingat abah

6:50 AM 0 ♥
hai hai hai

sekarang i dah kerja tau. hak2 ngade2 nak ber"i" pulak kan. bila hitung2 dah nak masuk 4bulan keje. awal2 dulu terkapai2 dibiarkan menjelajah pelusuk production floor, kenal selok belok mesin sebab aku kan under maintenance. satu2nya engineer pompuan under maintenance. xtau nak bangga ke nak risau, nak cuak. mix feelings.

mula2 keje biasala...bos xnak bagi keje sangat. sebab dia mesti la lagi tau yang aku ni xtau apa2. fresh grad la katakan. aku ni part time pun belum pernah buat. setakat jual kuih time daisai(universiti festival) tu ada la hak2.

skang bos dah start bagi aku handle projek kecik2. mungkin nak test how fast i can learn. masih jugak terkapai2. nak kena ikot flow bos besar n bos kecik. nak kena adapt ngan new team members. nak kena jaga hati semua orang. cuba untuk tak nampak macam pilih kasih ,berat sebelah.

dan benda2 kecik macam ni kalau campur2 terus lah nampak macam big problem for a beginner like me. terus rasa stress. rasa nak berhenti keje. rasa xtahan. kadang2 xbuat apa2 keje pun just tgk n blaja cara dorg buat keje pun boleh jadik satu stress haha. berdiri dari kol 8 pagi sampai 530 petang dalam line pun boleh buat aku stress. haha. entah. macam2 lah

tapi setiap kali rasa stress, rasa nak give up terus teringat kat abah. teringat abah dah berpuluh2 tahun keje. keje abah tu lagi la payah. membanting tulang 4 kerat. balik rumah hujung minggu je. ce cakap kat aku, sapa yang x stress keje cmtu. weekend je jumpa fam. untuk berpuluh2 tahun. can u imagine that?

bila fikir cmtu, terus rasa insaf jap. aku nye stress ni ciput je kalau nak banding. keje baru 3bulan lebih. dah nk ngade2 kan. 

so sabarlah wahai hati. nantoka dekiruyo. :)

Aug 8, 2011

great weekend~

10:48 PM 0 ♥
cuti hujung minggu aritu pergi jalan2 sakan. mula2 p umah kawan aku kat sungai dua. konon2 nak bermalam satu hari je. duk lepak2 tunggu kehadiran cik thirah yang penuh gossip dan juga cik pae. kami lepak2 tapi tuan rumah kuar pulak. so kami main monopoly deal je la hahaha.

then satu malam bergossip2 sampai la mata xleyh nak bukak. tdor terbongkang. tuan rumah xtau tidoq kol bape. esok pagi2 cik thirah n cik pae kua awal sebab cik thirah ghajeng betol keje. kami yang lain tidoq lagi haha.

sampai lah mak izzat datang. ajak p umah tok dia kat sik, kedah. cari buah rambutan. yeay! maka bermulalah perjalanan menikmati keindahan alam. hehehe. sampai2 je kat sana disambut mesra ngan tuan rumah. n yaya! sangat comelllll. melatah pon "Allahuakbar" tau x. insaf2.

pastu g carik buah rambutan. konon2 nak kait la. skalik dah ada orang tolong kaitkan hahaha. maka kami buang daun2 je. pastu masuk umah main monopoly lagi. pastu anak2 kecik nak jugak main. depa sumer baring pura2 tidur aku lah duk layan. perghhh jenuh gak la nak layan budak2. cmne nak jadik mak niiiiiiiiiiiiiiiiii. haiya. renshu2. hihihi <-- gelak gatal miang hahaha

then gerak balik. singgah pasar malam beli nasik kandar dan segala macam makanan sebab orang jauh balik mengidam macam2 nak makan haha.
keesokan harinya cik pae dan cik thirah datang lagi. konon2 nak g wat facial tapi kedai berhampiran tutup pulak. maka kami p je la jalan2. mula2 p pantai. kotor.... sedih je tengok pantai. terus ingat kampung halaman. sobsss~

then pergi mana ntah aku lupa nama tempat. duk dga depa sebut2 macam kailan. tapi tu macam nama sayur. tiap kali depa sebut aku terbayang kailan ikan masin wahahaha. sorry guys hehehehe

cik pae , cik izzat n cik pijah wt facial. aku n cik thirah bergossip kat lua sambil tengok2 macam2 ramuan. last2 semua barang kami hangkut, kalau x cantik lagi xtau la hahaha. on the way balik singgah pasar ramadhan beli nasik kerabu yeay! ngan sata. cmne aku boleh lupa nama. sesedap oren je penggil otak2 hahaha. tapi yappa kt ganu jugak y menarik selera aku. beli tembikan kuning! my fav hehehe

dah lepas makan2. siap2 nak balik. sempat lagi monopoly deal 2,3 round haha. memang ketagih. lepas tu bermulalah perjalanan aku balik bj ngan pijah. alsudahnye tertinggal buah namnam ngan rambutan :(

Aug 4, 2011

rindu kampung. dan juga sushi jepun hehehe

10:22 PM 0 ♥
 last week, aku p jalan2 makan angin piknik bagai kat pantai miami n pantai shamrock kat sini. nama xley blah kan. mula2 hajat nak jalan2 je sekalik lalu pulak kawasan tu. siap ada gerai2 lagi tepi jalan. maka singgah la. tapi tak banyak kawasan pantai yang boleh lepak. semua macam dah nak tenggelam. usaha la jugak cari kawan yang boleh lepak2


pantai miami yang warna keruh.

kat sini siap boleh nampak lagi batang paip besar yang dorang salurkan air2 dari mana aku taktau la. tapi memang xde selera la nak mandi. yang peliknya ada pulak anak2 kecik yang pergi mandi. xtau la cmne boleh ada perasaan nak mandi. maybe dah biasa kot. aku nak g basuh kaki pun xsampai hati.

main monopoly deal. jangkit ngan hosmet hahaha
and the next day kami pergi pantai shamrock lak. dekat je ngan pantai miami tu. kali ni semangat penuh waja bawak bekal segala. ipod, speaker sebab nak berpiknik lawan battle men monopoly deal. tapi sayangnya tertinggal kat umah. zannen.




pantai shamrock ni pon sama je tahap air dia. sebab dekat je pon ngan pantai miami tu. kat sini lagi la. sampah2 berkeliaran. ngan botol air, kotak minuman. haihhh musnah sudah alam ku. teringat pulak lagu hijau nyanyian zainal abidin. 

ni pantai kat terengganu. boleh nampak air hijau lagi. rindunya nak mandi pantaiiiiiiiiiiiiiii

on the way balik nampak satu benteng ni yang letak bendera malaysia terpanjang. masuk malaysia book of records. gigih nak ambil gambar.

tapi kepala bendera xsempat. hahaha
then pergi makan sushi.sebab ada orang tu br dapat gaji. ni yang aku try2 nak telan. walaupun tahu hakikat mesti x sebest sushi jepun. 



yang lain x sempat nak amek gambar dah ngap. tapi memang jauh gila beza dari jepun. ngan ada lalat nya lam kedai. pastu penutup tu dorang xbasuh pun letak balik. pastu kertas menu tu boleh men letak2 je atas nasik. omg. memang jauh gila ngan suasana jepun. dah la duk depan customer. buat cmtu lak. heh, memang jatuh terus standard kedai yang aku duk pandang tinggi dulu. haiihhhh. no more sushi kat sana.

Aug 1, 2011

ghost month in ramadhan? ho ho ho

12:45 AM 0 ♥
Assalamualaikum :)

Sedar tak sedar dah masuk pun bulan ramadhan. dan kali ini aku meraikannya di Malaysia insyaAllah kalau diizinkan untuk aku terus merasainya tahun ini. amin. dah tak dapat nak rasa pengalaman puasa di jepun. tapi sekarang jepun musim panas kan. so sangatlah bersyukur dapat puasa di Malaysia negara terchenta hehehehe

Timing rasa macam baik je sebab kebetulan start puasa esok, sama ngan start keje. pembukaan minggu. bersemangat lebih sikit hehe.

moga tahun ini aku diberi banyak peluang untuk menggunakan sebaiknya apa jua kelebihan di bulan mulia ini. kelebihan yang tak ada di bulan lain seperti terawikh. akan kuusaha jugak cmne2 pon untuk buat. kalau xleyh pergi masjid, insyaAllah akan diusahakan buat sendiri kat rumah. semoga semangat berterusan dan kuat. syaitan dan iblis dah kena ikat maka segala2 nya bergantung kat diri sendiri la kan. xde dah godaan2 semua tu.

oh ya, cakap pasal syaitan dan iblis ni. start dari malam tadi aku perasaan kat bawah2 tepi jalan umah aku ni orang cina da start bakar2 colok letak kat tepi. pastu siap letak makanan bagai. tertanya2 la jugak apalah yang dorang buat. tambah2 lagi kat tepi pantai semalam jumpa colok yang super duper besar x hengat punya. 1st time jumpa haha. besar lengan aku kot.

kebetulan masa nak naik tadi ada makcik ni ngah sibuk duk bakar2 colok dia tu. so aku tanya je la terus. ade special event ke apa. makcik tu cakap sekarang ni kalau ikut kalendar cina, adalah ghost month. so dorang kena bakar colok tu dan letak makanan kerana dipercayai waktu sekarang semua roh2 akan bangkit. xkisah lah sama ada kemalangan atau pun kematian disebabkan apa sahaja. so kena bg makan la supaya dorang x kacau2. begitulah alkesahnya. yang paling tak bleh tahan, ramai pulak makcik pakcik cina ni bagi biskut kegemaran aku kat hantu2 tu. scaryyyyyyyy~

kalau nak tahu lebih lanjut pasal ghost month ni boleh tengok sini. aku google siap2 untuk korang haha. baik kan.

apa2 pun, selamat berpuasa! jangan nakal2 ponteng puasa. jangan sengaja cipta alasan gastrik sebab taknak puasa. aku pun ada gastrik tapi so far xde la sampai xleyh puasa. dengan syarat kena bangun sahur la hehe. hopefully sakit2 yang macam aritu tak datang. amin.

jom tidoq! esok nak sahur oyeah~
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting