Jun 30, 2010

bloody monday

12:36 AM
reactions 
5 ♥
hai hai hai~eh lupa.assalamualaikum semua =)
eyp2 senyum2 kekeke

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
tadi aku baru je habiskan satu siri drama jepun. yamato nadeshiko shichi henka. memula ka twebsit ni dia tulis shichi henge.penatla aku pikir pe jadah la pulak tajuk ni langsung xdp tbayangan. bila dah tengok kanji baru perasan. henka rupanya. maksud dia lebih kurangcamni la. 7 perubahan yamato nadeshiko. tapi siapa la pulak yamato nadeshiko nih? so aku tanya pakcik google. so sedara dia pak wiki pun jawab la camni

Yamato Nadeshiko (大和撫子?) is a JAPANESE word meaning "personnification of an idealized Japanese woman", "ideal" in the historical context of the patriarchal, traditional culture of Japan. This floral metaphor, combining Yamato, an ancient name for Japan and nadeshiko "Dianthus Superbus, Large Pink",or frilled pink carnation, literally translated as "Japanese Dianthus".
Yamato-nadeshiko: "a Japanese woman (with all the traditional graces); an ideal Japanese woman.
aku siap copy paste lagi untuk kesenangan kamu semua. nak tahu lebih lanjut tekan sini ye adik-adik. aku tak nak citer banyak pasal drama ni.cuma satu je y aku pelik n tak puas hati. ada satu watak lam citer ni. konon2 dia sangat hensem+ kakkoi gila sampaikan setiap kali dia keje je ada remaja perempuan pergi kerumun jerit2 "uwaaaa,kakkoi~" bla3 and seangkatan dengannya sehingga mendatangkan masalah kat tempat dia kerja.disebabkan itu, xsampai brapa lama kerja kena buang.bape kali lajugak kerja pahtu kena buang. sampaikan nak kuar rumah kena menyamar bagai. dasyat gile lah dia punya hensem. aku xtau la ada betul ke kat dunia lua ni tapi melampau jyan! ada ka macam tu. nk g kerumun bagai. typical nihonjin ke typical onna? hahaha nak tahu lebih lanjut sila tengok ok.ak tengok pun sbb drama ni 1st ranking kat sini. 

kamenashi kazuya


and skang ni aku tengah tengok drama bloody monday. best.cte orangjahat. cte ni dah lapuk kot tahun 2009. biasa la aku. tak up to date haha. tapi aku suka watak laki ni. jarang2 kua (br tengok episode 2) compare to 1st hero kot.

what say you? docchi ga kakoii?

till then~

Jun 29, 2010

resepi ayam percik

6:26 PM
reactions 
0 ♥
assalamualaikum semua=)
hello world~

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

masih ingat lagi menu ayam percik bergrill saya hari tu? x engat? xpe2..meh nak letak gamba lagi sekali kekeke disebabkan ada orang mintak resepi, maka terpaksa la saya membuka rahsia. malu sebenarnya tapi xpelah, tak salah berkongsi kan hehe sharing is caringokay..



bahan-bahan untuk bakar ayam
1 paket perencah rendang (kan dah kantoi haha)
sedikit susu(ikut kepekatan yang dimahukan)
1/2 ayam bone
sedikit belacan
*sekiranya tiada perencah rendang daging
sila gunakan semua bahan2 untukbuat rendang seperti
garam
bawang putih & bawang besar
sepotong halia
cili kering
serbuk jintan manis
lengkuas
gula
rempah ratus 



bahan untuk kuah percik
2 batang serai
bawang besar dan 2 ulas bawang putih
sedikit halia
serbuk santan
cili kering
asam keping

cara-cara membuatnya
untuk grill ayam
campurkan perencah rendang bersama sedikitsusu supaya pekat sebelum dilumurkan kepada ayam. kemudian bolehlah di bakaratau pun grill. jika guna oven, silagrill selama 20minit.
setelahayam masak, keluarkandan lumurkan kembali dengan kuah percik.kemudian masukkan kembali dalam oven, bakar selama 5 min. siap pun

untuk kuah percik
kisarkan bawang besar dan bawang putih bersama halia dan cili kering. 
kemudian masukkan ke dalam santan y dimasukkan ke dalam periuk.
kemudian masukkan asam keping dan jugak serai 
masak sehingga santan masak dan sehingga pekat. 

*ada jugak cara masak lain. bawang dan juga halia boleh ditumis terlebih dahulu sebelum dimasukkan bahan-bahan lain

selamat mencuba!

till then~

tomyam nyum3

11:22 AM
reactions 
0 ♥
assalamualaikum semua =)
hello world~

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

just a quick update. forget to tell my menu for last night dinner hehe 
selepas tengok satu album kawan aku ni kat fb, dorang g makan kat kedai thai. tomyam! terus terliur. nasib baik tak meleleh kat meja lab. kantoi je men fb kat lab kekeke nasib baik nafsu makan terkawal sebab ngah puasa. yosh kimeta! nak makan tomyam seafood. so blah awal dari lab sebab nk g carik seafood kat mitsuwa hihi

so inilah hasilnya. walaupun tak sesedap kat kedai makan ke apa, tapi aku makan sampai 2 bowls! ops! tank besar katakan. 

Alhamdulillah, xde lah kempunan kan hihi



愛情たっぷりで作りました!

alamak! dah lambat nak g lab. nanti papa rindu..aauuww~

till then~

Jun 27, 2010

yummy3~

1:47 PM
reactions 
6 ♥
assalamualaikum semua!
hello world~

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

nothing much happened today except the anxious and excited feeling while opening the box hehehe
so today`s menu is ayam percik bergrill. hahaha ntah pape je nama yang aku bagi kan. tapi serius tak tipu. sedap hingga menjilat jari!




sabtu : 260610

12:30 AM
reactions 
3 ♥
assalamualaikum semua!!!
hello world =)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

dengan ini maka hokuriku taikai sudah pun berakhir.otsukaresamadeshita! tetiba mcm xlayak pulak nak cakap macam ni. aku bukan menyumbang banyak jasa pon. sekadar pergi teman mereka beli hadiah. itu sahaja. isk isk isk.ape-ape pun seronok sebab dapatlah jumpa lagi sekali dengan wajah2 yang serupa aje hahaha

beberapa hari sebelum taikai, kawan aku dari nagoya dah plan2 nak lepak kat umah aku pastu pelan la macam2 nak g jalan2.mane lagi kalau bukan toujimbo?? hahahaha tapidisebabkan beberapa perkara maka tidak dapatlah si ejat ni bermalam kat rumah aku. ehem2.ejat seorang perempuan.harap maklum. dengan ini ejat akan datang pada hari perlawanan sahaja iaitu pagi tadi. kalau diikutkan yangsebetulnya sampai pukul 6 pagi. maka tak tenteramlah tidur aku satu malam.risau sekiranya aku tak bangun lalu ejat dibiarkan keseorangan di luar rumah. hampir setiap 30 minit akuterjaga. aiihhhh. sampai termimpi-mimpi ejat datang bersama budak-budak lelaki yang aku tak pernah bercakap, memaksa aku nak masuk rumah la dan macam2 lagi haha kelakar2.

dipendekkan cerita, cik ejat datang pukul 930 pagi. konon2nya nak tidur la tapi kalau dah jumpa gossip aje la kan hehehehe then disebabkan si ejat ni kemaruk sangat nak makan di kedai rasa sayang makan pergilah menikmati makanan tengah hari. sangat sedap! berbaloi-baloi..

dari sana kami terus gerak ke padang di ohno. jauh amat! nearly satu jam baru sampai!.hujan turun renyai2. aku sempat tengok satu game je team fukui beraksi! zannen desuga, makemashita! maka aku pun jadi lah penyokong gifu dan nagoya tak bergaji haha

so how was the result? 
1st : nagoya
2nd: gifu
3rd : toyama

erm betul ke? kalau salah sila betulkan ok haha.hilang ingatan la ngeh3..

gambar chantek2 nak tgu wani upload la. baru tempek kat cnie











Jun 24, 2010

sejuk menggigil~

9:30 PM
reactions 
0 ♥
assalamualaikum semua =)
hellow world!


jangan lupa mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi dengan nikmat yang diterima. =)


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

tadi balik dari lab termengah-mengah jalan kaki terfikir kalau dapat mandi air sejuk ni kan best. teringat kimcohi kalau kat kampung. mandi air paip sumber air telaga kat umah. bukan air paip saluran macam umah korang tu tau. yang bulan2 kena bayar bil air. rumah abah kat kampung xde bil air. masuk lam bil letrik. jana guasa guna motor air untuk sedut air dari telaga. perghhhhh~ saikou! terbaik ah. kat kampung tak ada heater macam kat umah aku kat jepun ni. cuaca ngah sejuk ke panas ke air paip telaga tu lah sumbernya.

setiap kali aku ngah panas ke berpeluh2 ke terus teringat kimochi mandi air paip kt umah. natsukashii to omotte, aku terus offkan heater then mandi air paip kat jepun camtu je. mak aihhhhhhh. sejuk x engatlah! aku pun xtahu la  suhu air sama ke tak ngan kat kampung tu. mungkin aku dah terbiasa guna pemanas air. selesa betul hidup aku. itu pun masih lagi merungut sana-sini. astaghfirullah~

tadi aku search la sana sini pasal suhu yang sesuai untuk mandi. pastu jumpa info ni. betul ke tak tu tak tahu la.maklum la sekarang ni walaupun dunia di hujung jari, tak semua boleh diterima bula-bulat kan? 

Hot bath

Temperature: 100-104 ° F / 38-40 ° C 

A hot bath can be useful for treating fevers and eliminating toxins (use either the Evergreen bath salts recipe or the Detox bath oil recipe for this purpose).

If you find it too difficult to get into a bath this hot, pour the bath to the temperature you are comfortable with then gradually add hot water as you become accustomed to it.
After your hot bath, put on some warm cotton pajamas or night gown and slip into bed ensuring you have plenty of blankets to promote sweating.
Note: Do not have bath water this temperature if you are pregnant, have varicose veins, hemorrhoids, or high blood pressure.


Warm bath

Temperature: 80-90° F / 27-34° C
A warm bath can be very soothing and calming to the mind. This is due to the equality of the body temperature which gives gentle encouragement to the natural functions of the body.



Cold bath

Temperature: 70-80 ° F / 21-27 ° C
A cold bath can activate and tone the skin. This temperature will help with respiration and increase the tone and elasticity of muscles. It decreases fatigue making it an ideal bath for the morning (the Stimulating bath oil 
recipe is the perfect blend for a cold bath).


oh ya, menu for today is seperti di bawah. nyum3 sangat sedap. Alhamdulillah =) 
daging goreng black pepper campur sayur 
haha panjang nya nama.


Jun 23, 2010

aurat di luar dan ketika solat

9:49 PM
reactions 
0 ♥
2nd post for today.

seperti biasa sebelum keluar rumah, aku akan berdiri depan cermin. menilik jerawat bintik-bintik hitam memeriksa keadaan pakaianku. mungkin menarik perhatian mana-mana lelaki? biasa lah mata lelaki ni kadang-kadang susah untuk dikawal. so aku sebagai perempuan la yang perlu berusaha supaya pandangan mereka tu terkawal. insyaAllahdengan izinNya. so aku akan berdiri di hadapan cermin, pandangan sisi kiri dan kanan, pandangan atas je tidak mampu buat. x ada pulak cermin kat siling rumah aku ni. bila aku tilik-tilik macam tu kalau nampak part2 kurang sopan, aku usaha betulkan. selesa di mata ku dan juga agamaku. orang lain nak pandang macam mana pun peduli apa kan.

so tadi aku pakai pakaian insyaAllah sopan. menutup apa yang patut sebagai seorang muslim. tetapi baru aku perasan yang lengan baju terlalu besar. kalau angkat tangan lengan akan turun dan nampak lenganku dalam hati terdetik " alah, lupa pakai stokin lengan. macam mana nak solat nanti?"kami pelajar di sini sudah biasa solat dalam kampus. di penghujung tangga, dalam kelas . langsung tidak menjadi masalah. yang penting suci dan sah solat. dan ketika itulah terdetik di hati aku. "kenapa fikir nak tutup bila nak sembahyang sahaja?"

bukankah aurat ketika sembahyang sama juga dengan aurat di luar solat? mungkin di malaysia sudah biasa solat memakai telekung. tapi Allah tidak pernah menetapkan syarat untuk memakai telekung ketika solat. pakai lah apa sahaja dengan syarat menutup aurat. dan aku di sini kadang kala hanya membawa sejadah ke lab. pakaian untuk solat adalah pakaian yang aku pakai sehari-hari.

tadi aku terfikir terlupa untuk pakai stokin lengan sebab risau solat tidak sah jika nampak aurat time solat. kadang-kadang tidak selesa dengan seluar yang aku pakai.baju terlalu singkat separa punggung malu nak mengadap Allah dalam keadaan macam tu so aku bawak telekung. persoalannya, kenapa aku tak malu pakai macam tu kat di luar solat? astaghfirullah~

kadang-kala aku terlalu mementingkan pandangan orang lain terhadap penampilanku berbanding pandangan Allah terhadapku. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini.

sweet sour ke ni?

8:34 PM
reactions 
0 ♥
assalamualaikum
hello world~
=)

sudah beristighfar untuk hari ini? jangan lupa~
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

ok. seperti biasa menu untuk hari ini. hmmm nampak nya ada segelintir pihak tidak berpuas hati dengan ikan goreng ku semalam. lalu ku ubah menjadi sweet sour. tapi sedikit kemusykilan. aku tidak berapa gemar sweet sour la konon2 sebab dalam kepala otak aku ni sweet sour selalunya orang letak nenas untuk datangkan rasa sour tu..ek? dan aku ni jenis manusia yang tidak dapat menerima buah nenas sebagai lauk-pauk. tapi aku xtahu nak ganti ngan apa. maka aku cipta la resepi sendiri. janji ada rasa sweet & sour ha ha ha ha

oh menu tambahan, telur dadar sahaja. berangan nak buat telur bungkus. tapi malas pulak nak masak lama-lama.(kompem esok kena provoke masak telur bungkus pulak, tapi xpe baru la improve skill memasak aku wakaka )hari ini baru telan nasik size S di cafe. yabai2. ada orang cakap aku banyak tank.aku x kisah.janji aku sehat. kekekeke~

so ini la dia lauk pauk saya untuk malam ini. nyum3~ sila lah jeles!!!! ngah3..
malas nak tulis resepi. kalau anda mahu resepi saya sila tinggalkan komen ok. tapi baik google je kt myresepi ke apa :D



*nasik sudah masak, mahu menjamu selera~

Jun 22, 2010

bersederhana

7:54 PM
reactions 
3 ♥
assalamualaikum
hellow world =)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Alhamdulillah masih lagi diberi nikmat hidup untuk merasai semua nikmat lain di dunia jepun ini.
ok, menu for today? ermmm tadi jalan-jalan balik dari lab singgah mitsuwa nak beli barang untuk dinner nanti.
belek-belek bahagian hasil laut ternampak pulak ikan best. separuh harga.

" kalau masak sweet sour ni pon sedap jugak"

maka aku pun beli la.bersama-sama sayur2an lain dengan niat nak masak telur bungkus.tapi alih-alih, tengok lah apa hasilnya...


ikan goreng sudah haha. hilang sudah sweet sour and telur bungkus. kenapa? sebabnye lauk semalam ada lagi lebih. kuah punadalagi. so mlm ni masak simple2 saja. tak mahu la berlebih-lebih. kat dunia luar sana ramai lagi yang x dapat makan. so sweet sour esok sahaja ok =)

resepi? xde la kawan-kawan. goreng ikan pun tak tahu ke?

oh ya, jangan lupa lapikkan tisu dapur setelah gorengikan.kurangkan kolesterol. kang makan minyak free2 aje. 

Jun 21, 2010

day 4

8:01 PM
reactions 
2 ♥
assalamualaikum semua~
hello world~

macam mana kesihatan anda hari ini?
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

alhamdulillah hari ini berjaya melalui hari keempat puasa tanpa sebarang masalah. walaupun pada jam2 terakhir aku dah terbaring usap2 perut lagak seperti ibu yang mengandung

"sabar ye perut, jangan buat perangai lagi. kejap je lagi nk berbuka"

biasa la bagi orang yang ada gastrik macam aku ni. kadang-kadang sakit perut datang belum sempat waktu berbuka tiba. tapi hari ini alhamdulillah ia behave hihi syukur~

so apa menu hari ini? kalau time puasa ni semangat nak masak memang tinggi.sebab baru rasa nikmat berbuka kalau dapat makan sedap-sedap. so google sikit kemudian teringin nak makan masak lemak cili api. nasib baik semua bahan asas mencukupi. 
daging masak lemak bukan cili api

air keladi

cara nak masak? erm aku masak simple je.

bahan-bahan:
bawang
daging yang dipotong nipis
garam
gula
serai
serbuk kunyit
santan

cara-cara:
blend kunyit , bawang, dan serai
rebuskan hirisan daging bersama asam keping.
setelah air kering dan daging empuk masukkan bahan yang diblend td
masukkan garam dan gula secukup rasa
tunggu sehingga masak

dah pun siap! simple sahaja hehe.selamat mencuba =)

happy father`s day!

12:42 AM
reactions 
6 ♥
assalamualaikum semua =)

apa khabar iman pada hari ini?

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

di sana sini " selamat hari bapa"
same goes with me. walaupun mengucapkan selamat hari bapa secara terang-terangan kepada abah bukanlah satu kebiasaan kami satu family, tapi aku tetap mahu mengucapkan selamat hari bapa untuk abah..you are everything in my life. dulu aku pernah karang satu sajak sempena hari bapa.tapi entry di blog lama telah ku hapuskan.maka sudah tiada.. hmmm nk karang sajak tapi tidak ada idea pulak hehe

apa-apa pun, abah is always the best! dari aku kecil sampai lah sekarang. senyum abah tidak pernah lekang dari bibir. dari aku dilahirkan sampai sekarang, abah kerja membanting tulang tidak putus-putus. sehinggakan raut wajah abah sudah melangkaui umurnya sekarang. setiap hari abah akan mengendalikan jentera berat untuk memunggah kayu balak di hutan. aku tidak pernah malu dengan pekerjaan abah.kenapa? kerana bukan semua orang mampu mengendalikan jentera berat seperti itu. abah kamu mampu ke? =P

pakaian abah memang x sama dengan pakaian ayah kamu. setiap hari pakai kemeja & tie naik kereta besar pergi pejabat. abah pula pakai baju tak chantik sebab nak kendalikan jentera berat. abah tak masuk opis tapi masuk hutan. tiap-tiap hari abah kamu tidur dalam bilik ber`ekon` tapi abah saya tiap2 hari tidur dalam rumah panjang yang dinding lubang2 kat tempat kerja. di kelilingi hutan berteman nyamuk. sesekali abah ditemani gajah. Alhamdulillah umur abah masih panjang. walauapa pun keadaannya, saya tahu abah kerja dengan tujuan yang sama ayah kamu kerja.

setiap kali cuti umum, abah akan bawak kami melawat tempat kerja abah. aku suka! seronok. dapat lihat suasana abah kerja. kadang-kadang sedih. sebab susahnya abah kerja. sepatutnya abah dah nak berhenti, tapi pihak syarikat tidak izinkan.sebab abah orang lama dan berpengalaman. im proud of you abah! tak sabar-sabar mahu menghabiskan pelajaran then kerja untuk berbakti kepada abah and family.











abah bawak jentera ni time kerja. ganas woooo

sayang abah!


Jun 20, 2010

hanabi

6:09 PM
reactions 
0 ♥
assalamualaikum...and hello wolrd~
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

hari ini makan lambat. jam dah pukul 5 petangwaktu jepun baru mahu menjamah nasik. oh menu hari ini ialah seperti di bawah.
sambal peparu +sayur+telur

tapi disebabkan perut dah masuk angin agaknya, maka nasi sepinggan tidak dapat dihabiskan.
selera sejak kebelakangan ini tidak menentu dan hasilnya berat dah turun 1kg. tak perlu pergi gym xperlu jogging maka berat aku turun dan badan lemah tidak bermaya..haaiihhh.perlu meningkatkan disiplin diri menjaga pemakanan! yosh!

malam tadi pergi bersiar2 main bunga api @ hanabi .teringat pulak hanabi taikai last year.seronok dapatambil gamba banyak2. lihat saja gamba di bawah ini oke~ ni gamba amek ngan phone je.nanti aku letak lagi gamba hanabi last year . till then~





keguguran~

2:47 PM
reactions 
0 ♥
innalillahhiwainnalilaihiraajiunn~

maka tamatlah riwayat rambut2ku yang keguguran.ops! jangan salahsangka.bukan gugur kandungan ok.gugur rambut...

haiihhh..aku ni memang mengalami masalah berkaitan rambut. tidak cukup dengan keguguran, kuantiti rambut juga kurang memberangsangkan. tadi baru sahaja membaca tips menggunakan syampoo and conditioner cara cik hanis zalikha so saya mahu mencuba juga lah.

sesiapa yang mempunyai tips macam mana nak mengelakkan daripada keguguran rambut dan juga masalah rambut yang agak nipis ni, jangan segan silu untuk berkongsi. sharing is caring ok~

masalah gugur rambut aku ni  sangat lah teruk.kalau bangun SETIAP PAGI adalah wajib untuk meninggalkan 5 6 urat rambut di bantal. belum campur lagi jika menyikat rambut menggunakan tangan sebaik terjaga dari ridur. mahu nya segenggam. T_T sedih ok.

betapa aku mengidamkan rambut yang sihat. Boleh la aku menayang kecantikan rambut untuk suami aku kelak.

Jun 19, 2010

world cup...

8:50 PM
reactions 
0 ♥
assalamualaikum~

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

believe it or not, right now im watching 2010 FIFA world cup; nihon vs oranda. what the hello kitty is oranda? haha that is japanese name for holland and nihon is abviously japan.. OMG~ someone has shot the goal for orandaaaaaaa!!!!and i can see how upset the goalkeeper was.only then i knew that upset face belongs to japan team.haha 

 i was so excited when all of sudden my computer shut down. i was like " did i safe the post earlier?" haha it will be better if someone with me here watching this game. boring~

Jun 18, 2010

green light~

10:30 PM
reactions 
5 ♥
assalamualaikum semua~

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

ok..waittttttttt~take a deep breath...fuuuhhhh! kipas angin memutar2 ligat.
suata tersekat2........
peluh memercik di sana sini...........
dalam gelak ketawa, kekuatan di kumpul2 sehingga padu.
lantas dengan satu lafaz...aku terima nikahnya. eh eh eh eh salah channel ni! *dush...

Dengan banyak lafaz sebab jantung dupdapdupdap...
akhirnya lampu dah jadik kaler hijau so sape2 nak jalan dah boleh. kereta yang berhenti pon dah boleh gerak. apa lagi? lori? bas? kancil? haaaaa tu yang kecik2 comel2 mini cooper kaler kuning pun sila lah jalan. kan dah hijau tu =P

OMG~ rasa mahu terbang2 di awang-awangan. Abah memang sporting sokmo! sayang abah banyak2 hehe

Jun 16, 2010

hari ini

6:35 PM
reactions 
4 ♥
assalamualaikum~
salamsejahtera~

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Aku pada hari ini :
bangun dari tidur sahaja terus on komputer, log in facebook, sign in yahoo messenger, sign in blog, log in mixpod (apa beza sign in dan log in? hehe). Boleh dikatakan inilah perkara wajib yang aku lakukan tatkala membuka mata.Tambahan lagi komputer bersebelahan dengan katil. Senang. tanpa perlu bangun, sambil guling2 golek2 atas katil pun mampu. Pantas. bak kata pepatah dunia di hujung jari sahaja. oh lagi satu, Twitter. semakin menggila bukan?

Jarang sekali menadahkan tangan kesyukuran kerana masih diberi peluang meneruskan kehidupan tatkala membuka mata.Belum kira lagi solat subuh yang terlajak. Jarang sekali memasang bacaan ayat-ayat alquran sedangkan ia boleh membersihkan hati yang saban hari makin kotor. Astaghfirullah~ inikah yang aku cari-cari selama ini?

Aku pada hari ini :
Perkataan-perkataan kasar seperti menyumpah seranah, perkataan-perkataan  yang terang2 mengandungi unsur negatif tanpa segan silu meniti di bibir. Tidak kira lah tatkala tertekan, marah, bengang dan macam keadaan yang seangkatan dengannya. Tidak malu kah? mengaku seorang Islam, perempuan. pakai tudung dah manis la konon2 tapi bahasa? Tepuk dada tanya iman masing-masing.

Bukankah lebih baik menjadikan Alhamdulillah, MashaAllah, Subhanallah, Astaghfirullah, Innalillah dan lain-lain sebagai satu bahasa yang sinonim sebagai orang Islam. tapi perlulah bersesuaian dengan tempat. Jangan lah apabila orang lain ditimpa musibah kita cakap Alhamdulillah. tak baik tau......

ayuh kawan-kawan..kita mampu mengubahnya.. sikit2 lama2 menjadi bukit.InsyaAllah dengan izin-Nya tapi perlulah berusaha.

\(^_^)/


Jun 6, 2010

angel.land...

8:41 PM
reactions 
2 ♥
next.stop.is.angel.land...kat.cnie.y.best.is.men.lompat2.la.kot.hehe...
malas.la.pulak.nk.cte.panjang...tgk.gamba.je.lah...
arini.ada.kenduri.kesyukuran.sempena.dapat.naik.4nen...so.4nen.je.lah.y.masak2.nye.org.lain.bwk.diri.je...
malas.td.xtdo.sbb.sibuk.la.konon2.masak2.buat.kek.bagai....tapi.sedih.sbb.ade.y.xdtg.ramai.gak.la...
jadik.mcm.xbest.lak...kek.pon.xbaes.=(puding.roti.pon.xabes..
penat.je.berjaga.smpai.pagi...
xsedap.ke.aku.masak??*sedih.lak.kan.tetibe.haha....kiddng~

so.layan.je.lah.gamba2.ni.okayh~























 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting