Feb 22, 2012

Duhai hati,jangan kau mati

11:16 PM
reactions 
Assalamualaikum!

Alhamdulillah dah 25 tahun aku hidup di bumi Allah ini. Dan sepanjang 25 tahun ni banyak dugaan dan cabarannya. ermmm sebenarnye bila kita start berfikir pasal dugaan dan cabaran? bila kita start berfikir , start untuk mengingati Allah dalam erti kata yang sebenar. Contoh bila kita ditimpa masalah, time tu kita teringat Allah. Mintak doa sungguh2 ngan Allah. Bila kita berjaya, time tu sungguh2 mengucapkan rasa syukur kat Allah? Pernah tak terfikir bila start rasa semua tu?

Aku pon xtau bila aku start. Masa UPSR? yang aku ingat sampai skarang, dulu masa sekolah rendah Ustazah aku ada bagi perumpamaan bila kita nak mintak sesuatu dari Allah. Maklumla time nak UPSR kan. Ustazah cakap, cukup ke kalau sekali kita mintak, Allah dah bagi? Cuba kalau kita mintak duit ngan mak. Mintak sekalik, mak bagi x? kalau mak y mudah je terus bagi. tapi kalau yang payah? susah nak bagi. Cuba kalau kita mintak lagi, hari2 mintak..selagi tak dapat, selagi tu mintak. mesti mak bagi kan. alah kecik2 dulu mesti mak bagi kan. perumpamaan senang Ustazah aku bagi.

Tapi aku xtau la masa nak UPSR tu aku betol2 doa sungguh2 ke x kan haha. tapi masa nak PMR, aku doa betul2. memang teringat betul lah kat kata2 ustazah. setiap kali lepas solat, aku doa. mintak aku dapat cemerlang PMR. memang sebut betul2 nak cemerlang PMR dalam doa. "Ya Allah, berikanlah aku kejayaan cemerlang, dapat 9A PMR". Aku doa, doa, doa berulang2 setiap kali lepas solat. memang nak cemerlang betul lah. Alhamdulillah, rezeki aku dapat cemerlang. 

Tapi bila makin besar ni, doa macam makin jauh. banyak yang kita nak. Nak kerja cepat2. Nak murah rezeki. Nak anak soleh dan solehah. Nak Allah rahmati rumahtangga. Nak keluarga bahagia. Taknak hutang-piutang. jauhkan hasad dengki orang. jauhkan dari godaan syaitan. macam-macam lah lagi keinginan. Tapi jarang sekali nak sebut satu2 dalam doa tiap kali lepas solat. Asal lepas solat je baca doa yang memang dah lancar dibibir. laju je baca sebab dah ingat doa tu kan. tapi paham sepenuhnya ke? kalau kita sendiri tak paham, xtahu apa makna doa kita baca hari2, tak rasa mcm pelik ke? pergi jumpa mak, mintak nak duit lam bahasa cina. kalaupun mak paham, tetiba mak tanya "paham ke apa kamu mintak". kita jawab tak. mak nak bagi ke? and then, mana doa lain? lepas solat je laju lipat sejadah. 

Alangkah indahnya hati di waktu masih comel dan innocent dulu. Ustazah cakap sikit terus doa sungguh2 selagi x kua result selagi itu doa. Tapi makin besar panjang ni, hati dah bertompok2 hitam barangkali. Dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus y femes pon dengar takat tu aje. Dengar bacaan quran pun dengar mcm dengar lagu. susahnye nak menerap masuk dalam2 bagi rasa macam kena tikam ngan pedang.  apakah hati itu sudah mati?

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :
Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda
Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya
Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya
Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:

Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”

Apakah mereka yang mendustai Rasul itu tidak pernah bepergian di muka bumi ini, supaya hatinya tersentak untuk memikirkan kemusnahan itu, atau mengiang di telinganya untuk didengarkan? Sebenarnya yang buta bukan mata yang ada di kepala, tetapi hati yang ada di dalam dada. Al-Hajj:46

Sesungguhnya telah kami sediakan untuk penghuni neraka itu banyak jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi mereka tidak mempergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah, mempunyai mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat, menghayati tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengarkan ayat Allah. Mereka tidak ubahnya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka orang-orang yang alpa. Al-A'raf:179

Mereka lebih senang berada bersama orang-orang yang ada di garis belakang, karena itu Tuhan menutup hati mereka, sehingga mereka tidak mengerti kebaikan beriman dan berjihad. At-Taubah:87

Begitu pula kami pasang selubung di hati mereka, dan sumbat di telinganya, agar mereka tidak dapat memahaminya. Dan apabila engkau menyebut Tuhanmu saja Sedang nama-nama dewa Lata, 'Uza dan Manat tidak disebut-sebut di dalam uraian Al-Qur'an, mereka berbalik surut dan lari tunggang langgang. Al-Isra:46

Sesungguhnya pada peristiwa itu, benar-benar ada peringatan bagi orang-orang yang berakal dan menggunakan pendengarannya, sebab dia menyaksikan sendiri. Qaf:37

Jauhnye aku tersasar. tapi tangan ini laju je menaip. maafkan daku :(

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting