Jan 31, 2011

salji turun xhenti2. Allah turunkan makhluk Nya untuk sama2 berdoa mungkin?

10:46 AM
reactions 
since last few days, salji turun x henti2 kat sini. yup, skang dah masuk musim sejuk. sejuk yang xmenahan. kalau xbukak heater memang kejap je boleh tahan menaip. kang membeku tangan takleh nk gerak.serius xtipu.
180210_501120859830_854564830_5832852_64435_n
179053_501120204830_854564830_5832839_6810187_n 
167186_501120944830_854564830_5832854_8028201_n
macam malaysia jugak, hujan turun xhenti2 kan kat sana? kat sini sebab musim sejuk, titisan air tu jadik salji lah. turun ke bumi. jalan2 dah memutih. salji dah menggunung. and harini kelas semua cancel sebab yuki lebat sangat. kete takleh nak gerak kot. nak merungut memang tak  boleh sebab tu semua dari Allah. makhluk ciptaan Dia. semua yang terjadi adalah aturan dariNya. so daripada duk merungut2 baik kita fikir positif.
sekarang ni rasanya semua orang tahu pasal keadaan di Mesir yang teruk. mula2 aku memang tak tahu menahu. duk sini bukan bukak berita tv pon. tak baca paper pon

bila tengok dan baca berita2 pasal huru-hara ni di facebook rakan2 yang belajar di Mesir, memang menakutkan. dengarnya boleh tengok rusuhan di luar rumah je. dengar bunyi tembakan macam tu je. Ya Allah aku xpernah alami dan lalui ketakutan yang macam tu. banduan semua terlepas dari penjara. rompakan berleluasa. banduan bebas merata2.

 Ya Allah beratnye dugaanmu buat mereka. bank tutup. makanan di rumah dah hampir habis. macam mana nak survive? nak keluar rumah pun takut. depan pintu letak sofa,almari sebab takut orang pecah masuk. cuaknye kalau aku jadik mereka. hanya mampu berdoa je dari jauh.

kita kat tempat masing2 yang baru turun salji macam ni, hujan lebat sikit xhenti2 pun dah merungut sebab xleyh nak gerak g mana2. leceh la, tu la ni la, cuba bayangkan mereka kat sana yang xleyh nak keluar rumah sebab keadaan yang macam tu. so mari kita fikir positif. mungkin Allah turunkan titisan salji dan hujan sebagai makhlukNya untuk sama-sama berdoa kesejahteraan dan keselamatan mereka di sana. semoga semua selamat. semoga kawan2 aku kat sana selamat.

p/s: kalau tgk website ramalan cuaca ni salji akan trn sampai esok je. hopefully betul. sejuks.
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting