Jan 24, 2011

pura-pura ke singapura demi misi rahsia..

1:24 AM

uwaaahhh lamanya aku xbergelumang ngan blog, facebook twitter dan segala macam yang seangkatan dengannya. semuanya bermula gara-gara misi rahsia ke singapura. kalau ade lah yang perasan aku duk merapek meraban sebelum ni ada orang tu terpaksa pergi singapura untuk outstation. sedih x sedih jugak lah. pastu macam bijak2 je timing outstation tu dari 13 smpai 16 hb. dah la 15hb tu birthday aku. maunye tak sedih?

a week before tu, kami bertungkus lumus siapkan misi rahsia masing2. kena hantar sebelum dia gerak ke spore on 13th jan. nasib2 je lah sampai awal. so boleh bukak 1st sampul on 12th which is our 1st anniversary gitu. (o^_^o). pastu esoknya dia kena gerak g epot. katanya sejam dah boleh smpai spore. aku duk pesan berbakul2 suh contact kalau dah smpai. tapi sedih dan pilunya bila dah lewat malam baru msg ckp dah smpai.kesian je kan penat keje. chat x smpai 5 min dah kena sign out sebab kena bayar katanya. so sbg seorang awek comel yang memahami, aku pun ok je la kan.

malam 13hb aku bukak 2nd sampul sorang2 sebab dia x online. sedih gak la. naseb bek hadiah comel2 gitu. buat aku terharu. sampai nak termenitik air mata. hadiah 1st n 2nd lebih kurang sama so aku dah mula berangan apa hadiah dalam sampul ke3. kena bukak 5minit sebelum besday.bukak2 xde hadiah. ade kad je. sedikit sedih di situ. tapi sebab aku lampi, memang xmampu nak pk ape2 la kan.

kemudian pada hari lahirku, aku menetap di rumah sahaja lah. sebab ada orang pesan jangan g mana2. tup2 dapat panggilan tp xkua nombor. bila cakap2 dengar suara dia. terus tanya cmne keje. tapi dia pulak terus terjah tanya aku keluar ke, xde kat rumah ke, then terus letak phone. aik? kenapakah? kemudian aku tetiba pk benda yang macam mustahil je  berlaku. terus lari2 g bukak pintu. nampak kotak besarrrrrrrrrrrrrrrr depan pintu. bukak lagi pintu luas2 nampak bag. ada nama yang aku kenal. bayangkan la macam mana perasaan aku time tu.

tunggu2 punya tunggu x muncul2. aku turun bawah. kemudian muncul sesusuk tubuh yang aku kenal sangat dari simpang kat rumah aku. orang yang tipu aku cakap pergi singapura tapi tetiba ada di depan rumah aku sebab nak selesaikan misi rahsia sempena sambutan hari lahir aku. suwit kan? hihi i like!

sebab tu la aku  busy sket. cabut dr lab pun awal sepanjang minggu ni sebab hari2 nak g jalan2. pastu weekend g sesatkan diri di lautan manusia kat tokyo. ni pun baru je sampai rumah malam tadi, penat tak hilang lagi. nanti next time i story lagi ye ehehe.

p/s : lenkali kalau cakap nk g outstation taknak caya aci x? =P

p/p/s :haaaaa sape2 yang belum wish lagi besday aku sila wish sekarang! aku terima je kekeke

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting