Feb 26, 2012

Syukur Ya Allah..♥♥♥

11:15 AM 0 ♥
Assalamualaikum!

Alhamdulillah, ini rezekiku. selepas berhempas pulas pergi interview sana sini, sudah sangkutlah 2 keje. satu kt pj satu kt shah alam. Dah pilih mana yang dirasakan terbaik, insyaAllah esok dah boleh start keje.. no more lazy day for me. T_T

"ala, mama jangan la keje. "

boleh tak my hubby cakap macam ni malam tadi??? lepas dah dapat keje br cakap mcm ni hahaha. sebabnye aku ada la cakap, 

"nanti dah keje jauh2, kalau kena balik lambat2, smpai umah lambat, sape nak masak? nanti papa balik, dinner x siap lagi."

tapi, new job ni akan ikut calendar jepun. so maknanya cuti xsama la ngan malaysia! x sama la ngan hubby! susah jugak nak plan 2nd pre-honeymoon ni hak2. pastu office hour pon xsama. i kene keje start 730. balik tu ikut keje la siap ke x haha. standard 8 hours mcm org len keje jugak.

hari jumaat dah pergi buat m.check up. kali ni mmg banyak betul dorang check. x mcm y aku buat sblom ni. pegi kol 10 pagi, kol 3 petang br siap. cmpor lak ngan doctor y busy. mcm biasa la, kena derma urine sket, derma darah 3 tiub!!! banyak betol. pastu wt ECG. 1st time buar so agak gementar hahaha. tapi xde pape pon. calit2 gel sket, nurse letak wayar berselirat then dengar degupan jantung sendiri. pastu pergi wt xray pulak.

Alhamdulillah semua normal.

The heart size & shape are normal.
The lungs are clear.
For urine test, all are in reference range..include appearance, colour, sp gravity, pH, albumin urine, glucose,ketones, blood, rbc, wbc, epithelial cells, casts & crystals.

Haemoglobin dalam darah pon ok, fasting glucose ok, total cholesterol giri2 safe hahaha. desirable : < 5.0 . Mine was 4.9 haha. BMI : 18.7.. masih lagi normal tapi sipi2 nak masuk underweight. berat xberubah2. last timbang 1 @ 2 bulan before. timbang aritu pon berat masih sama. haihhhh

check mata. memang boleh baca sumer y terpampang. Alhamdulillah. degupan jantung pon normal. 

Syukur Ya Allah aku dikurniakan kesihatan ini. :)

So, am i ready for tomorrow??

Feb 22, 2012

Duhai hati,jangan kau mati

11:16 PM 0 ♥
Assalamualaikum!

Alhamdulillah dah 25 tahun aku hidup di bumi Allah ini. Dan sepanjang 25 tahun ni banyak dugaan dan cabarannya. ermmm sebenarnye bila kita start berfikir pasal dugaan dan cabaran? bila kita start berfikir , start untuk mengingati Allah dalam erti kata yang sebenar. Contoh bila kita ditimpa masalah, time tu kita teringat Allah. Mintak doa sungguh2 ngan Allah. Bila kita berjaya, time tu sungguh2 mengucapkan rasa syukur kat Allah? Pernah tak terfikir bila start rasa semua tu?

Aku pon xtau bila aku start. Masa UPSR? yang aku ingat sampai skarang, dulu masa sekolah rendah Ustazah aku ada bagi perumpamaan bila kita nak mintak sesuatu dari Allah. Maklumla time nak UPSR kan. Ustazah cakap, cukup ke kalau sekali kita mintak, Allah dah bagi? Cuba kalau kita mintak duit ngan mak. Mintak sekalik, mak bagi x? kalau mak y mudah je terus bagi. tapi kalau yang payah? susah nak bagi. Cuba kalau kita mintak lagi, hari2 mintak..selagi tak dapat, selagi tu mintak. mesti mak bagi kan. alah kecik2 dulu mesti mak bagi kan. perumpamaan senang Ustazah aku bagi.

Tapi aku xtau la masa nak UPSR tu aku betol2 doa sungguh2 ke x kan haha. tapi masa nak PMR, aku doa betul2. memang teringat betul lah kat kata2 ustazah. setiap kali lepas solat, aku doa. mintak aku dapat cemerlang PMR. memang sebut betul2 nak cemerlang PMR dalam doa. "Ya Allah, berikanlah aku kejayaan cemerlang, dapat 9A PMR". Aku doa, doa, doa berulang2 setiap kali lepas solat. memang nak cemerlang betul lah. Alhamdulillah, rezeki aku dapat cemerlang. 

Tapi bila makin besar ni, doa macam makin jauh. banyak yang kita nak. Nak kerja cepat2. Nak murah rezeki. Nak anak soleh dan solehah. Nak Allah rahmati rumahtangga. Nak keluarga bahagia. Taknak hutang-piutang. jauhkan hasad dengki orang. jauhkan dari godaan syaitan. macam-macam lah lagi keinginan. Tapi jarang sekali nak sebut satu2 dalam doa tiap kali lepas solat. Asal lepas solat je baca doa yang memang dah lancar dibibir. laju je baca sebab dah ingat doa tu kan. tapi paham sepenuhnya ke? kalau kita sendiri tak paham, xtahu apa makna doa kita baca hari2, tak rasa mcm pelik ke? pergi jumpa mak, mintak nak duit lam bahasa cina. kalaupun mak paham, tetiba mak tanya "paham ke apa kamu mintak". kita jawab tak. mak nak bagi ke? and then, mana doa lain? lepas solat je laju lipat sejadah. 

Alangkah indahnya hati di waktu masih comel dan innocent dulu. Ustazah cakap sikit terus doa sungguh2 selagi x kua result selagi itu doa. Tapi makin besar panjang ni, hati dah bertompok2 hitam barangkali. Dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus y femes pon dengar takat tu aje. Dengar bacaan quran pun dengar mcm dengar lagu. susahnye nak menerap masuk dalam2 bagi rasa macam kena tikam ngan pedang.  apakah hati itu sudah mati?

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :
Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda
Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya
Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya
Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:

Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”

Apakah mereka yang mendustai Rasul itu tidak pernah bepergian di muka bumi ini, supaya hatinya tersentak untuk memikirkan kemusnahan itu, atau mengiang di telinganya untuk didengarkan? Sebenarnya yang buta bukan mata yang ada di kepala, tetapi hati yang ada di dalam dada. Al-Hajj:46

Sesungguhnya telah kami sediakan untuk penghuni neraka itu banyak jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi mereka tidak mempergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah, mempunyai mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat, menghayati tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengarkan ayat Allah. Mereka tidak ubahnya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka orang-orang yang alpa. Al-A'raf:179

Mereka lebih senang berada bersama orang-orang yang ada di garis belakang, karena itu Tuhan menutup hati mereka, sehingga mereka tidak mengerti kebaikan beriman dan berjihad. At-Taubah:87

Begitu pula kami pasang selubung di hati mereka, dan sumbat di telinganya, agar mereka tidak dapat memahaminya. Dan apabila engkau menyebut Tuhanmu saja Sedang nama-nama dewa Lata, 'Uza dan Manat tidak disebut-sebut di dalam uraian Al-Qur'an, mereka berbalik surut dan lari tunggang langgang. Al-Isra:46

Sesungguhnya pada peristiwa itu, benar-benar ada peringatan bagi orang-orang yang berakal dan menggunakan pendengarannya, sebab dia menyaksikan sendiri. Qaf:37

Jauhnye aku tersasar. tapi tangan ini laju je menaip. maafkan daku :(

Abah

1:28 PM 0 ♥
Day 10 - A picture of someone who inspires you



Feb 21, 2012

My dream car

8:41 PM 0 ♥
Assalamualaikum! :)

Tetiba kan,baru perasan yang 100 challenges ni mcm buat entry syok sendiri aje. mana tak nye, bila dah buat sampai 4-5 posts baru perasan sumer pasal gambar.gambar.gambar. gambar sendiri lak tu. gedik gila kan!!!

I tak suke tau entry syok2 sendiri ni tapi nak wt cane,dah start xleyh patah balik hak2. eh sukati la kan. aku duk kat umah xde ape yang boleh dibuat. sebelum start keje kan.ewahhhhhh. yakin je boleh dapat keje tu. xpe2, aku bersabar tunggu sampai 23hb ni. kalau ada rezeki,insyaAllah ada la job utk aku hihi.

sooooooooooooooooooooooooo, harini nak tempek gambar  ni pulak lah hehe. 


Day 9 - A picture of your dream car

p/s : tetiba rs mcm x cantik ponnn

Feb 20, 2012

Snowboard aku tau la

8:42 PM 0 ♥


Day 8- A picture of your favorite board game

Feb 19, 2012

Kami suka makan2!

4:43 PM 0 ♥
kami makan di haagen daaz

ini di gusto

ini kedai ayam penyetkanaaaa. with sempaisssss

with fren at rasa sayang

kenduri 4nen 2009

kat umah erm....kobayashi sensei?

mikuni hanabi taikai?
mcm bukan
bbq!




ok enough.i have to stop here. sebelum air mata saya merembes keluar. rindunyeeeeeeeeee

Day 7 - A picture of you and your friends eating

*susah upanya nkcr gambar ms g makan2

p/s: when a picture isnt enough

Feb 18, 2012

Rindu sekolah!

4:42 PM 0 ♥
ini tempat saya di lab

ini pintu depan sekolah 

ini one of my class

ini tempat sy buat fyp presentation

ini cafe tempat saya makan.
oh si hensem itu suami saya hihihi *blushing*

ini sekolah saya bila semua daun jadik kuning

ini semasa university festival

ini sekolah saya semasa winter

ini juga sekolah saya

Day 6 - A picture of your school

p/s : xcukup satu gambar ahakz

Feb 17, 2012

kegemaran/ kesukaan/ favourite?

6:13 PM 0 ♥
Assalamualaikum!

Aku adalah manusia yang tidak mempunyai specific kesukaan / kegemaran / favourite. ala macam contoh kecik2 time sekolah dulu isi biodata kan.. ada minuman kegemanarn, makanan kegemaran, warna kegemaran, artis kegemaran, bla bla bla.....

Dari memula start tulis sampai ke bila kali terakhir of cos la aku tulis benda sama tapi bila aku fikir2, aku xde la suka sangat ,xde la suka gila-gila ke apa. macam sesetengah orang suka sampai setengah mati kan. minat band k-pop sampai beli cd, hafal semua lagu lam album, minat ct nurhaliza beli cd,tampal gambar,poster...minat twilight sampai beli buku,beli cd ori bla bla bla...

Tapi aku xde obses macam tu....kot. cuma aku lebih kepada umum. contoh macam suka cte jepun ke korea?of cos la korea sebab mamat hensem cute comel bla3 tp xde specific la pulak pelakon mana. janji cte tu layan. suka makanan melayu ke western ke cina ke...haaa y umum cmtu je aku tau nak bezakan kegemaran aku.nakmasuk secara detail xleyh.xreti

pastu kalau suke tu ikut zaman. macam sesetengah orang suka band DBSK contohnya. dr awal smpai abes DBSK aje la kan. aku pulak ikut lagu y keluar time tu,kalau aku tertarik ngan lagu tu,aku suke la. xkesah band mana, artis mana, janji aku layan. pastu kalau kuar lagu baru len yang best,aku minat y tu pulak.

So....





Day 5 - A picture of your favorite movie











sebab aku tak tengok lagi underworld!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
sebab aku serius takleyh nak recall balik movie y best2!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
enough said.
bai

p/s : sorry introduction aku berjela. korang nak marah,ade aku kesah?

Feb 16, 2012

malas nak fikir tajuk lah

11:15 AM 0 ♥
Assalamualaikum!

Pagi ni tetiba masuk mode sedih,sayu dan pilu pulak. sebabnya dengar lagu nasyid hehehe. sebab tu la lebih baik dengar lagu nasyid daripada lagu2 rock kapak ke,lagu k-pop ke, jpop, ke, a-pop ke, m-pop ke...haihhhh semua nak ber"pop2" hah. 

sebabnya,kebanyakan lagu nasyid ni banyak menyeru kita ke arah mengingati Allah, menginsafi diri. almaklum saja lah kita manusia ni bukan sempurna, jauh dari sempurna..dosa sana sini..*Astaghfirullah...

Baca Quran pun jarang2 kan. so,kalau rasa malas nak baca quran, boleh dengar quran. buat satu playlist. dengar pun boleh dapat pahala.insyaAllah dapat menyucikan hati.

okey..okey..pagi2 lagi nak buat orang sentap kan hahaha. tp xsalah sekali sekala bagi isi membina hehe.

alkesah ngah sayu2 mode insaf ni tetiba dapat tajuk mcm ni pulak.lagi la syahdu kan

Day 4 - A picture of something you no longer have

Masa mula2 baca tajuk tu,terus teringat arwah ma n my baby. paling terasa arwah ma. n ofcos aku xde gambar arwah ma. hmmmmm..ok xnk cte panjang kang nanges tersedu-sedan nanti cmne? hubby ngah keje jauh okayyyyyyyyyy.

so instead of sad story, i came up with this! tu pon lepas bukak balik folder2 lama. abes tu   nak sangat gambar kan. cari punya carik dapat la yang ni hehehe

during my 1st year at uni fukui
basikal tu dah xde,payung dah xde. sob2.tulah peneman aku pergi gakko (sekolah ; org jepun panggil uni sekolah). payung dah kena curik,basikal tinggal kt jepun sebab dah berkarat2 n xmuat kontena haha

oh ada lagi satu yang dah xde. 

duittttttttttttttttttttttt jeponnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!

1 万円 = RM390.4602

Feb 15, 2012

hoorayyyyyyyyyyyyy!

11:08 PM 0 ♥
Assalamualaikum!!

hehehe

perasan tak? plis la perasan sekarang! hahahaha

act baru je siap geledah HTML layout blog ngan incik suami td hik2.dan akhirnya berjaya jugak lah ubah y mana nak ubah. ni layout lama y aku jumpa kt website ape ntah lupa. 


apa y berubah?

1. gambar header

gambar lama
so aku tukar gambar tunmpak lagi comel hak2. tetiba terfikir nak je tukar ke kartun muslimah y comel. tp cari2 kat google belumada y berkenan. nantilah aku try lagi esok2 ke

2. body layout


layout lama ada 2 sidebar. so content aku jadik sempit. so harini godek sana sini ubah nombor sana sini dengan bantuan incik suami hik2, maka dapatlah hilangkan sidebar 1,dan jugak content pon makin besar.

ada lagi y nak ubah. warna tulisan mcm xnampak sangat kan.nanti lah. ni pun macam nk meroyan dah gembira hak2



i miss those places

5:35 PM 0 ♥
*amaran awal : post ini penuh dgn gambar y menggamit kenangan silam.ahakz

eiheji

wakigatake, 1st time snobod

1st time esketing kt jepun


toyama taikai..kanaaa



kyoumizudera

awl2 snobod xreti lagi.duduk pon jadi lah

wiyh mama mixot. izumi kot




kyoto


















mampu letak ni je. ni pun random pilih satu gambar lam setiap folder. aduhai rindu sungguh zaman itu. when we did almost everything together. doraibu here and there. rindu mahu kembali ke zaman itu. rindu serindu-nya..namun apa daya..orang tak sudiiii...eh dah keluar lagu pulak hak2

Day 3 - A picture of you and your friends out somewhere


yeah..a picture lah sangat! biarlah,suka hati aku lah kan hak2.actually td browsing all pics from my HD. banyak sungguh gambarnye. dulu aku gila dengan gambar. xdela minat y secara mendalam nak amek gambar cantik2, edit2 bagai. tp just suka amek gambar banyak2, pastu masuk blog, edit sket2 masuk facebook. kadang2 tu sanggup balik2 je bukak kom upload gamba terus. macam satu kepuasan pulak. 

tapi skang dah x mcm dulu. since kamera gabak pon dah bagi adik. pastu dah bersuami pulak. manala nak ada can jalan2 mcm dulu. plus ongkos nye kurang haha. aku kan surirumah sepenuh masa skang. xpe2, nanti dah ada keje nak plan pelan2. banyak sebenarnya impian aku y belum dilaksanakan. wait n see

p/s: mungkin akan ada part 2...hihihi
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting