Jan 31, 2011

salji turun xhenti2. Allah turunkan makhluk Nya untuk sama2 berdoa mungkin?

10:46 AM 0 ♥
since last few days, salji turun x henti2 kat sini. yup, skang dah masuk musim sejuk. sejuk yang xmenahan. kalau xbukak heater memang kejap je boleh tahan menaip. kang membeku tangan takleh nk gerak.serius xtipu.
180210_501120859830_854564830_5832852_64435_n
179053_501120204830_854564830_5832839_6810187_n 
167186_501120944830_854564830_5832854_8028201_n
macam malaysia jugak, hujan turun xhenti2 kan kat sana? kat sini sebab musim sejuk, titisan air tu jadik salji lah. turun ke bumi. jalan2 dah memutih. salji dah menggunung. and harini kelas semua cancel sebab yuki lebat sangat. kete takleh nak gerak kot. nak merungut memang tak  boleh sebab tu semua dari Allah. makhluk ciptaan Dia. semua yang terjadi adalah aturan dariNya. so daripada duk merungut2 baik kita fikir positif.
sekarang ni rasanya semua orang tahu pasal keadaan di Mesir yang teruk. mula2 aku memang tak tahu menahu. duk sini bukan bukak berita tv pon. tak baca paper pon

bila tengok dan baca berita2 pasal huru-hara ni di facebook rakan2 yang belajar di Mesir, memang menakutkan. dengarnya boleh tengok rusuhan di luar rumah je. dengar bunyi tembakan macam tu je. Ya Allah aku xpernah alami dan lalui ketakutan yang macam tu. banduan semua terlepas dari penjara. rompakan berleluasa. banduan bebas merata2.

 Ya Allah beratnye dugaanmu buat mereka. bank tutup. makanan di rumah dah hampir habis. macam mana nak survive? nak keluar rumah pun takut. depan pintu letak sofa,almari sebab takut orang pecah masuk. cuaknye kalau aku jadik mereka. hanya mampu berdoa je dari jauh.

kita kat tempat masing2 yang baru turun salji macam ni, hujan lebat sikit xhenti2 pun dah merungut sebab xleyh nak gerak g mana2. leceh la, tu la ni la, cuba bayangkan mereka kat sana yang xleyh nak keluar rumah sebab keadaan yang macam tu. so mari kita fikir positif. mungkin Allah turunkan titisan salji dan hujan sebagai makhlukNya untuk sama-sama berdoa kesejahteraan dan keselamatan mereka di sana. semoga semua selamat. semoga kawan2 aku kat sana selamat.

p/s: kalau tgk website ramalan cuaca ni salji akan trn sampai esok je. hopefully betul. sejuks.

Jan 28, 2011

semoga segalanya dipermudahkan olehNya.

2:03 PM 0 ♥
just a simple n quick update.

susunan untuk final presentation dah kuar. aku adalah orang terakhir di hari terakhir. sesi pukul 5:25-6:25 pada 9hb 2. siapa nak datang mai memeriahkan majlis tapi jangan hentam. kalau aku buat onar buat2 xkenal sudah ahaha.

ok ni jadual dan tarikh penting.

8febb  : final exam
9feb   : final exam + fyp presentation
10feb : final exam
18hb : hantar thesis
18feb-5mac : kemas umah,packing barang, hantar barang
6mac : kuar rumah, menumpang kasih kat rumah kouhai
23mac : graduation day
26mac : flight to malaysia


Ya Allah permudahkan lah segala urusanku.

Jan 25, 2011

ada orang terasa nampaknya.....

12:58 PM 0 ♥
seperti yang aku cakap dalam entri sebelum ni, aku agak sibuk sekarang. tapi mungkin ada jugak segelintir orang yang pelik bin ajaib sebab busy2 pon sempat jugak kan nak tulis blog. yes, memang aku amek dan curi kesempatan ruang dan waktu yang ada untuk bagitahu, untuk tulis perkembangan aku kat sini dekat blog aku ni. kenapa? penting sangat ke nak bagitahu semua orang apa kau buat dekat blog? 
penting bagi aku tapi aku bukan tulis nak bagi semua orang baca, ku tulis sebab ada orang yang rapat dengan aku akan baca. aku tulis untuk dorang baca. macam family aku, kawan aku. tapi kalau semua orang nak baca pun aku xkesah. xnak baca lagi la aku xkesah kan.

keadaan aku sekarang ni memang agak susah untuk aku sentiasa contact semua orang, maksud aku yang jauh2. samada family atau kawan kat malaysia mahupun kawan kat nihon ni.sekarang saat genting sket. aku sekarang guna 3 komputer nak buat simulation. satu laptop buruk dah nazak nak buat slide untuk final presentation. lagi 2minggu aku nak present, result nak kena dapatkan as soon as possible. tdo pon xtenang. makan je kenyang.

saikin datang lab pon kadang2 ingat kadang lupa je nak bukak ym, nak bukak twitter. kena pulak ngan komputer lembab sebab ngah buat simulation, memang xdapat bukak. dalam kepala otak aku sekarang ni fikir pasal fyp je. xsempat dah nak pk pasal hal lain. 

so kalau ada sesiapa yang terasa kat luar sana cakap aku ni sombong la, xnak contact la, nak lupakan member ke apa..aku mintak maaf2 sangat2. cuma aku harap semua orang memahami situasi aku sekarang. sikittttttt je lagi. insyaAllah pertengahan bulan 2 everything akan setel. blog semua orang pon aku dah xterjah. tgk la traffik aku xsampai 10 kot sehari skang. BE aku semua dah hilang. tapi aku dah xdaya nak pk semua tu. yang aku pk aku nak balik malaysia. so pahamilah daku ye semua org. i lap u all lah. muah2

Jan 24, 2011

pura-pura ke singapura demi misi rahsia..

1:24 AM 0 ♥

uwaaahhh lamanya aku xbergelumang ngan blog, facebook twitter dan segala macam yang seangkatan dengannya. semuanya bermula gara-gara misi rahsia ke singapura. kalau ade lah yang perasan aku duk merapek meraban sebelum ni ada orang tu terpaksa pergi singapura untuk outstation. sedih x sedih jugak lah. pastu macam bijak2 je timing outstation tu dari 13 smpai 16 hb. dah la 15hb tu birthday aku. maunye tak sedih?

a week before tu, kami bertungkus lumus siapkan misi rahsia masing2. kena hantar sebelum dia gerak ke spore on 13th jan. nasib2 je lah sampai awal. so boleh bukak 1st sampul on 12th which is our 1st anniversary gitu. (o^_^o). pastu esoknya dia kena gerak g epot. katanya sejam dah boleh smpai spore. aku duk pesan berbakul2 suh contact kalau dah smpai. tapi sedih dan pilunya bila dah lewat malam baru msg ckp dah smpai.kesian je kan penat keje. chat x smpai 5 min dah kena sign out sebab kena bayar katanya. so sbg seorang awek comel yang memahami, aku pun ok je la kan.

malam 13hb aku bukak 2nd sampul sorang2 sebab dia x online. sedih gak la. naseb bek hadiah comel2 gitu. buat aku terharu. sampai nak termenitik air mata. hadiah 1st n 2nd lebih kurang sama so aku dah mula berangan apa hadiah dalam sampul ke3. kena bukak 5minit sebelum besday.bukak2 xde hadiah. ade kad je. sedikit sedih di situ. tapi sebab aku lampi, memang xmampu nak pk ape2 la kan.

kemudian pada hari lahirku, aku menetap di rumah sahaja lah. sebab ada orang pesan jangan g mana2. tup2 dapat panggilan tp xkua nombor. bila cakap2 dengar suara dia. terus tanya cmne keje. tapi dia pulak terus terjah tanya aku keluar ke, xde kat rumah ke, then terus letak phone. aik? kenapakah? kemudian aku tetiba pk benda yang macam mustahil je  berlaku. terus lari2 g bukak pintu. nampak kotak besarrrrrrrrrrrrrrrr depan pintu. bukak lagi pintu luas2 nampak bag. ada nama yang aku kenal. bayangkan la macam mana perasaan aku time tu.

tunggu2 punya tunggu x muncul2. aku turun bawah. kemudian muncul sesusuk tubuh yang aku kenal sangat dari simpang kat rumah aku. orang yang tipu aku cakap pergi singapura tapi tetiba ada di depan rumah aku sebab nak selesaikan misi rahsia sempena sambutan hari lahir aku. suwit kan? hihi i like!

sebab tu la aku  busy sket. cabut dr lab pun awal sepanjang minggu ni sebab hari2 nak g jalan2. pastu weekend g sesatkan diri di lautan manusia kat tokyo. ni pun baru je sampai rumah malam tadi, penat tak hilang lagi. nanti next time i story lagi ye ehehe.

p/s : lenkali kalau cakap nk g outstation taknak caya aci x? =P

p/p/s :haaaaa sape2 yang belum wish lagi besday aku sila wish sekarang! aku terima je kekeke

Jan 13, 2011

30++ days left…n im free!!!

12:13 PM 0 ♥

ye.ye,ye.sejuta kali dah aku ulang2 cakap benda yang sama dan aku akan cakap benda yang sama jugak sampailah benda ni berakhir. lagi sebulan lebih @ kurang sehari dua, aku akan 

bebas.bebas.BEBAS.BEBAS.BEBAS!!!!!!!

 

haha puas hati aku. so sekarang ni mata akan berpinau dengan nombor2 yang agak banyak, erm  nombor 1 dan 0 je pun tapi dengan jumlah yang agak banyak. sampai ke tahap 2000x2000. tapi aku belum lagi tiba di situ. baru je 4x4. haha

esok aku ade presentation. latihan untuk final presentation yang entah kali keberapa. kalau taknak kena marah, memang kena all out lah harini. paham2 je lah sensei aku punya angin ribut tu x boleh dibendung. kang sesuka hati dia je nak marah. kalau belakang2 dia puji belum tentu time present esok dia  buatbenda sama. alih2 kuar jugak perkataan “atama warui” tak ke naya? so sebelum dia kuarkan kata2 azimat tu, mari siapkan bekalan. perisai kapal bagai. haruslah lengkap.

lepas habis presentation pada 8/9 feb, kena siapkan thesis. dalam masa seminggu gitu lah masa yang diberikan.dan juga kena siapkan jadual JABEE. setiap hari pergi lab apa kau buat.total kena lebih 420jam. pastu masa kau “lepak2” ngan sensei pon kena l ebih 110jam. so mari kita berusaha!

kemudian kena uruskan pasal barang2 yang nak bawak balik malaysia pulak. macam nak ambil perkhidmatan yang door to door tu lah. 2mx2mx2m kena bayar 6man gurai. ok la kot. pastu 23mac graduation day. tunggu junior sampai untuk bagi barang2 rumah yang mana boleh bagi, then 26mac insyaAllah aku akan pastikan diri aku berada dalam pesawat MAS menuju ke tanah air tercinta!

doakan aku ye kamu2!

p/s : awak yang nak ke singapura today, jaga diri hiasi peribadi.jangan flirt2, jangan nakal2. arasso?

Jan 12, 2011

gelap sekejap duniaku

10:15 PM 0 ♥

semalam aku nanges agak lama. gara-gara si dia yang x cukup tidur. haishhh. boleh x benda serius2 tu dia layan secara main2. aku kat sini dah macam apa je. nanges tersedu-sedan, macam budak kecik dah. jantung pun dah macam nak meletup je. sabar aje lah. ok, let me ask you guys something :

“bila seorang lelaki tetiba cakap nak mula care, amek perhatian pasal ego dan pride yang mungkin selama ni diketepikan, apakah maksudnya itu?”

kerana benda ni lah, semalam aku tak senang duduk. takut sangat pisang berbuah dua kali.sebab some of the problems bermula exactly macam ni. bila soal ego dan pride diungkit. masa ni aku blur, terkejut sebab teringat balik cerita lama. nak argue pon dah xde daya dan tenaga. cuak.

tapi nasib baik semuanya salah paham je, aigoo. nappun saram! dan aku dah warning dia awal2

“walau apa pun yang terjadi, jangan lepaskan aku. walaupun aku sendiri yang mintak dilepaskan kelak, jangan sesekali benarkan ia berlaku.”

sebab apa? korang pepandai sendiri lah pk, perempuan ni suka sangat babitkan emosi. kejap2 nak putus. haha so budak2. but now, saya dah matang. kekeke

DSC_0119hold me till the end…arasso?

sarangae~

happy anniversary sayang(o^_^o)

Jan 11, 2011

testing2 one two three

10:30 PM 0 ♥

saje ngade2 nak menulis kat sini guna windows live writer. apa guna nya jangan la kome tanya aku sebab satu hape pon aku tak paham. tadi aku cari benda lain, jumpa benda lain. pastu jumpa benda baru xpernah guna maka aku gedik2 nak try. tengok lah hasilnya.

DSC_0325

hmmm macam makin senang je nih. kekekeke

Jan 10, 2011

hirup angin segar sampai salji masuk lam hidung

2:01 AM 0 ♥
harini hisashiburini aku keluar dari rumah pergi jalan2, have fun, lepak2, borak2, main2 game, berpurikura. yes, lama dah kot duk berkurung lam umah nih. sejokkkkkkk! so harini kua la. mula2 pergi makan2 kat saizer. lama sungguh aku tak makan 小エビカクテルサラダ. <-- ntah betol ke tidak ejaan tu haha. makan.makan.makan.borak.borak.borak.

banyak lah jugak  borak. then salji makin lama makin lebat. aku perangai macam biasalah kan, jakun macam 1sttime tengok salji je haha.

pastu sepanjang perjalanan tu cuak je, mana taknye. trauma. dulu pergi main snowboard kereta berpusing2 sikit je lagi nak masuk gaung. mana aku tak trauma kan? so tadi tu memang doa banyak2 lam hati. kussss semangat.

dah borak 2,3 jam kami menghala ke game center. 1game 100yen. main lah sampai duit habes kan. pastu main game tembak2 lam kapal lanun, jerit sampai nak tercabut anak tekak. siapa kenal aku tu tau lah cmne gayanya kalau main game. mulut xreti nak diam2 hihi

pastu men game ketuk2.game tembak2. dan last skalik berpurikura. jepun sangat terkenal dengan mesin purikura. sekali main 300yen. murah la nak compare ngan malaysia tu kan hehehe

p/s : tetibe keitai buat hal xleyh nak upload gambar best tadiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! tensen lah oi!

Jan 8, 2011

keputusan pemenang GA.

8:53 PM 0 ♥
ok setelah berhempas pulas menerjah mana2 entri yang aku belum terjah, maka dengan ini aku pun dah dapat lah pemenangnya. tapi aku nak tukar sikit lah. jangan risau. pemenang masih lagi ada 3. tapi aku nak tukar. 2 pemenang kategori referrer tertinggi akan dapat hadiah dari sponsor blogger akma. manakala pemenang lucky number aku yang bagi. hadiah simple2 je lah tapinye. jangan la berangan lebih2 ye ehehehe tapi aku tengah pening lagi, nak tambah satu lagi pemenang ke x. sebab aku ngah baik hati. haha sebab programming aku dah betul akhirnya. Alhamdulillah.

so nak tahu pemenang ke x? haha . aku malas nak  berbasa-basi so pemenang bagi kategori 1 : iaitu menerusi pemilihan lucky number jatuh kepada :


pemenang kategori referrer tertinggi menerusi link ialah

pemenang kategori referrer kedua ialah

dan sebab aku baik hati aku pilih lagi sorang pemenang menerusi lucky number. 


so, kepada semua pemenang sila emailkan alamat anda semua kepada saya di : xboxx_blinx[at]yahoo[dot]com
kalau malas nak email tinggal lam ruangan komen pon xpe kalau kamu semua tak kisah.
tahniah!
siapa nak join GA lagi angkat tangan!!!! ahahaha

mengejar misi rahsia la konon-konon

1:33 PM 0 ♥
entah apa yang dikejar pon aku tak tahu lah kan. haha. act start drpd haritu aku ngan dia ada buat misi rahsia sempena our 1st anniversary y akan tiba x sampai seminggu pun lagi. kelam kabut aku nak siapkan misi rahsia tu hahaha. and now misi rahsia ktorg dah sampai kat tangan masing2. serentak sampai pada hari yang sama. padahal aku guna pos laju jepun dia guna pos biasa malaysia. cmno tu? haha

tapi misi ni ada syarat. ada tarikh dia kena bukak. tarikh tu dah tentu lah tarikh anniversary kan. eh korang nye tarikh anniversary tuh tarikh ape ek? haha tarikh 1st jumpa ke, 1st jatuh hati ke, hari propose ke hahaha. pening kepala. eh ok abaikan bab tu. sebab skang ni aku dah macam cacing kepanasan je nak tunggu hari boleh bukak misi kami ni. tensen ajo.sabar ckyn,sabar ye.. nanti kita tengok bila dah sampai masanya.

napa ngade2 nak buat misi rahsia? alkesahnye, dia nak kena pergi outstation 13hb sampai 16hb. maksudnya masa birthday aku  kang dia xde la. xleyh la nak sambut sama2 ala sweet2 gitu. no!T_T dia kena g singapura. mintak2 la dalam hotel kang ade wifi ke internet ke kan, xkan la xde. bapak sedih gilo kalo cmtuh. so aku cakap kat dia nak hadiah banyak2 sebab nanti dia xde kan. busy keje sumer. so alang2 sekalikan la ngan hadiah anniversary. pastu main rahsia2 lak haha ngade2 je masing2. so sekarang ni menghitung hari sajolah.

oh.oh. my GA dah habes. skang ni aku ngah berusaha nak menjejaki semua la entri peserta2 sebab nak carik referrer tertinggi kan. mak aih, susah upanya nak carik pemenang ni ye. mana taknyeeeeeeeeeeeeeeeee, satu2 blog nak loading makan masa berjam2. ada 75 entri. gilo apo! so jangan salahkan aku lah kalau lambat umum. kita kena bersabar ye. korang kena sabar, aku lagi la kena sabar ni kak oi. tapi jangan risau, insyaAllah harini jugak aku umum siapakah yang bertuah.jangan risau sangat ye. 

Jan 6, 2011

tamat sudah.

12:39 AM 0 ♥
huwaaaaaaaaaaaaaah. dah tamat rupanya my 1st GA. dulu masa buat dulu rasa mcm lamaaaaaaaaaa je nk tgu 2 bulan. dengan senarai penyertaan sebanyak 75 orang. uwah2 semangatye kamu2 semua. good2. i like.
nanti i akan tgk balik entri2 kamu semua. nak pilih pemenang kan. referrer tertinggi sumer. tapi xdapat la nak janji bile boleh announce tu sebab skang i sibuk sket. tp dun worry, as soon as possible lah insyaAllah.
so mana yang join sila check lagi nama anda ye. kang xde jangan salahkan i. eh dan2 ber "i" ni kenapa? buang tebiat ke ape. n dun worry, lepas dah umum pemenang, dah dapat nama dan alamat, segera kita suruh sponsor pos hadiah hehe. 
tunggu ye. sapa la agak2 y bertuah tu ek. hehe

Jan 5, 2011

happy new year!

6:55 PM 0 ♥
sedar tak sedar dah masuk tahun baru. eh rasa macam dah buat entri new year, tapi xpo lah nak buat lagi haha.
dah masuk tahun baru, maksudnya :

  1. umur akak aku yang sulung terus bertambah hehehe. nak buat macam mana, lahir 1 january hehe, HAPPY BIRTHDAY KAK! hadiah tgu adik balik msia dulu lah eh hehe
  2. anas pon akan masuk 2tahun esok! lahir 6 januari, dan2 je sama bulan ngan ibu dia ek. rindu anas lah! 
  3. adik pompuan aku akan masuk sekolah menengah. haiiihh cannot imagine la macam mana dia ni nak bersekolah menengah. jangan kena buli sudah. good luck!
  4. oh, aku dah nak abes belajar insyaAllah. lagi sebulan fyp presentation.
  5. and today is birthday my long-distance-bestfren. tak sangka kan dengan relationship y special ni.dah kawan 8tahun tapi baru jumpa 2x. hahaha.cant wait to meet u again, maybe on ur wedding day? hehe

erm apa lagi ek? tu je kot hehe

a picture that gives hope

1:36 PM 0 ♥
day 21 : a picture that gives me hope

daripada dapat nilai Energy_2 no besar2 akhirnya dah kecik
daripada loop yang xreti2 nak  berhenti akhirnya berhenti
dan last sekalik nye matrix tu masih lagi samar2 je nih
hidup segan mati tak mahu je keluar no 1 ni ye!
cepat la keluar jawapan betul oiiii!

p/s : harini hari terakhir untuk kamu2 join my GA. tepat jam 12 malam waktu malaysia, sebarang penyertaan tak akan dilayan. anda boleh check nama di senarai peserta

Jan 4, 2011

wishlist 2011?i dun have any. kecuali......

7:53 PM 0 ♥
 all i want is to graduate on time, which means on 23rd march 2011.
i just want to go home,badly.
 i dun want to be here anymore.


ganbare! ato sukoshi

nih gambar yang aku dapat 4tahun lepas dari sensei nihongo(guru bahasa jepun) sebelum aku datang jepun. gambar sawah padi yang memutih diliputi salji tebal.di belakang gambar ada aku tulis tarikh 3 januari 2007. cukup2 je 4tahun kan. siapa2 yang satu kelas ngan aku masa ni mesti ingat kan. simpan lagi tak weyh sumer org? setiap kali aku down, and kalau ternampak gambar ni mesti aku teringat balik detik2 dulu. aku dulu lembab sket belajar bahasa ni. duk pun kelas last. giri2 je nak lepas datang jepun ni.so bila tengok gambar ni time2 ngah down ni, sedikit sebanyak mengembalikan semangat aku. 

ye, sikit je lagi. gambaru shika nai!

卒業できるように、頑張ろう!
みんな待っているから~

A Picture of the last time you were happy.

5:30 PM 0 ♥

gambar ni bertarikh 24 dec 2010. tapi bukan la bermakna selepas takrik tu aku tak happy. cuma ni lah gambar terakhir lam camera aku ni. lepas2 tu aku x p mane2 n x amek gamba2 pon. so amek y ni je lah.

gambar ni diambil masa aku p sekolah rendah kat jepun ni. jumpa ngan  budak2 sekolah y kiut miut comel lotey. perkenalkan malaysia kat dorang. tolong dorang practise nak speaking 2, 3 ayat. then balik. 

seronok sangat layan dorang ni. jumpa pulak ngan budak kecik yang comey taknak berenggang ngan aku. kejap2 nak peluk lah. pastu tangan aku sejuk2 ni aku pergi amek haba kat pipi dorang yang panas. haha pastu cakap tangan sejuk ni kokoro attakai. ke terbalik ntah. tangan sejuk ke tangan panas aku xingat. pastu mak dia gelak2 je hehe

main game macam-macam ngan dorang ni. budak kecik kan, excited je sokmo2. dan yang paling seronok ialah, bila dah abes tu pengetua sekolah bagi sorang 5000yen = RM 186. cakap sepatah dua, borak2 gelak2 tak sampai 2 jam dapat seratus lebih. sapa tak seronok kan hehe

day 20 : a picture of the  last time you were happy

ni pulak gambar2 dorang y comey2








Jan 3, 2011

peserta GA

12:02 AM 0 ♥
  1. ekinashikin
  2. si hitam comel
  3. nurezzat
  4. cikShomel
  5. Qilah
  6. sunsWeetz
  7. mama zarfan
  8. sallcontest
  9. aisha
  10. zaikulim
  11. has
  12. nadiah
  13. miza yusof
  14. nur
  15. yuna
  16. bibie
  17. anin
  18. suzie
  19. norgadis
  20. deeya
  21. QaQa
  22. nurielahi
  23. lin azlina
  24. azatie
  25. mumun
  26. imanmom
  27. sue
  28. cute mum
  29. nad
  30. cikanna
  31. siti munirah
  32. ilasaleh
  33. nana
  34. mamaerish@eb
  35. kay
  36. syu90
  37. mommamia
  38. ibu_rizqi
  39. eita
  40. norazwa
  41. aisha
  42. mommyajim
  43. humaira
  44. ateh
  45. ezannurhafiz
  46. nadia
  47. tiefazatie
  48. mamaema 
  49. ezzamalik 
  50. fideila 
  51. Cik DYa 
  52. remizati
  53. zahidah
  54. Asfz
  55. amor
  56. nadiah sidek
  57. orked
  58. Izzatul Iman
  59. Asid
  60. ibu damia
  61. fa10
  62. kaypochee
  63. nureen
  64. dya adriza
  65. raudhah
  66. nida
  67. chacha
  68. nanakimie
  69. mira momo chan
  70. aanie
  71. huda
  72. aimi razman
  73. ruqayah amanina
  74. lin azlina
  75. bada
  76. ummuabdullah

Jan 2, 2011

happiness tu apa ek?

3:38 PM 0 ♥
happiness tu adalah kebahagiaan.
kebahagiaan macam mana ye?
kebahagiaan masa lalu, kebahagiaan masa sekarang dan kebahagiaan menempuh hari2 mendatang.

yela..bahagia tu macam mana? senyum sorang2 tu bahagia ke? erk..

hmmmm.........susah nye soalan???

day 18 : define happiness in your own words

rasa bahagia itu wujud apabila
*kau boleh tersenyum, gelak ketawa dengan gembira
*kau gembira, ada orang yang tumpang gembira
*kau bersedih, ada orang di sisi untuk berkongsi kesedihan
*orang sekeliling kau bersedih, kau berusaha kurangkan kesedihan tu, diajak untuk berkongsi sama-sama
*orang sekeliling bergembira, kau boleh tumpang gembira, diajak bergembira

source: sini

woih susah lah nk define happiness in my own word. what say you about happiness?

nak masuk top 20 jugakk!

1:46 PM 0 ♥
erm..erm... cmne nak cakap ek. eh cmne nk tulis ek. satu malam aku termenung nak tulis ke x. kalau tak tulis kang, kompem2 la aku kena tendang. tapi bila tulis cmni nampak cm desperate lak. malu nye! malu! malu! oh malunye saya. 

tapi xpe lah, disebabkan aku teruja sangat kan nak masuk top 20, so tebalkan muka ngan salji tulis jugak. 

meh sini nak bercerita. suatu ketika dulu, ada orang ajak aku g lompat2. kalau lompat paling best menang hadiah. so dengan muka tak malunya aku pun masuk lah jugak saat2 akhir tu. post kat {sini}. lompatan yang aku pertaruhkankan ialah muka tak malu yang ni.

LOMPAT SAMPAI LEBAM

tup2, semalam aku dapat feedback dari penganjur cakap aku terpilih masuk dalam senarai top 50 daripada 184 penyertaan. fullamakkkkkkkk. gembira beb! hahaha gelak guling2 sorang2 dah smalam. *ok tipu aje. so apa yang perlu aku buat?

dalam masa seminggu ni akan diadakan undian untuk memilih top 20. sebab tu la aku gedik2 tulis post ni. supaya korang yang sayang aku undi aku masuk top 20. cepat undi aku! kata sayang aku kan. xpe, xsayang aku pon xpe, just undi je hahaha

nak harapkan menang tu jauh sekali lah sebab after masuk top 20, barulah akan diadili oleh 4 prang pengadil! kalau sorang boleh lah jugak aku bodek, rasuah2 ajak makan sushi ke haha. kalau 4orang maunye kopak gak la nak belanja kan.kot2 la masing2 selera macam hantu =P hehehe gurau je  bos!

so marilah undi aku di sini! FFTF 047 cKyN WaN jangan salah undi weyh dah la kekekeke
fullamakkkkkk dah ramai y vote, xde lagi org vote aku nih cmne nk masuk top 20! hahaha
ok, sila pergi vote NAU!


babai

Jan 1, 2011

“Love” on Tumblr.

5:32 PM 0 ♥



DAY 18 : something i found when searching "love" on tumblr.



 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting