Sep 19, 2010

cepat-cepatla abes belajar

9:12 PM
tiket 15 september aku dah pesan kat abah suruh beli awal-awal sebelum aku balik terengganu lagi. bimbang kehabisan tiket. maklumlah semua orang raya sakan. sampai je di terengganu, malam tu abah bagi aku tiket yang dia beli. turun kat kuala lumpur katanya. bas seawal 8pagi. tak apa, janji ada tiket. kalau tak merana la aku ketinggalan flight macam tahun lepas. eh bukan aku nak cerita pasal tiket 15 september. tapi pasal abah.

pagi 15hb tu aku bersiap-siap selepas sembahyang subuh. aku bajet2 nak gerak dari rumah pukul 730 walaupun aku tahu cuma 10 minit sahaja nak ke stesen bas. so aku siap-siap ala kadar, pastikan semua dah masuk dalam bag. tiba-tiba aku dengar motor abah masuk ke halaman rumah. oh abah dah balik. tapi...



"dah tu nak ke mana lagi tu?"

kedengaran suara ma bertanya. dan aku tidak mendengar jawapan dari abah, cuma bunyi motosikal sahaja yang jelas. jam menunjukkan pukul 740 pagi. kemudian aku dengar lagi bunyi motosikal dihidupkan. ma hantar ira ke sekolah tambahan. tahun ni nak ambil UPSR. eh semua orang nak ke mana aku nak balik dah ni.

jam menunjukkan pukul 750. abah belum pulang. begitu juga ma. aku terus kejut adik aku, joe. minta dia hantarkan ke stesen bas. selesai punggah bag ke dalam kereta, abah pulang dengan muka slamber nya. 

"abah pergi mana?"
"bukan pukul 830 ke?"
"pukul 8 la abah......"

dan abah ambil alih tempat duduk pemandu, menghantar aku ke stesen bas. nasib baik pemandu masih leka minum kopi agaknya. sebelum naik bas dua tingkat tu, aku salam joe, salam abah dan peluk cium abah. sedih je nak berpisah. time tu jugak abah hulurkan kepingan not 50. berapa keping aku tidak pasti. pantas aku menolak.

"tak payah la bah. kita dah ada....."

seraya tangan menolak suaan tangan yang mengandungi not 50 itu. kemudian aku masuk ke dalam perut bas. terimbau kembali kenangan masa aku form 3 dulu. kalau abah datang melawat memang sesuatu yang aku rasa nak melompat riang. seronok sangat.

pernah suatu hari abah datang, bawak duit 30 ringgit. kalau tak silap aku yang mintak untuk kegunaan sekolah ataupun asrama. abah cakap, itu duit pinjam. aku sebak. tapi aku tahan. abah datang kejap je, hantar duit kemudian pulang.

petang tu aku menanges tersedu-sedu di atas katil tingkat atas. betapa besar pengorbanan abah nak sekolahkan kami adik-beradik  dan aku mengambil peluang ni untuk abeskan belajar insyaAllah sehingga tahun depan sebelum bekerja. mahu tolong abah. biarlah sekarang abah berehat.


ni je y ada masa sesi bergambar raya. joe si tukang tekan camera, yoe hilang entah ke mana.

10 ♥:

quyyum said...

Very like this.sedih dowh post ni.ni yg aku xnak balik fukui ni :P

ckynwan on September 19, 2010 at 9:50 PM said...

hoihhh
saje je kan xnkblk jumpa papatiri ko kat sini~

teman la aku bersedih ktsini pulakkk

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on September 19, 2010 at 11:03 PM said...

Orang Fukui!

:)

ckynwan on September 19, 2010 at 11:07 PM said...

hai zara! hehe

ihatepapatiri said...

dgr je nama papatiri tu lagi lah aku menyampah nak balik..hak3
takpe hari khamis nnt kita pergi kenkyuu sama2 ok? hehehe

ckynwan said...

hahaha
khamis?
lambatnye
semalam aku jmpe kekasih gelap ko kat shingo. haha

Mohd Fakhrurazi Jamaludin on September 19, 2010 at 11:39 PM said...

sedih.serius.

ckynwan on September 19, 2010 at 11:42 PM said...

hakikatnye begitu.
time menaip tadi pun aku tersedu-sedu.

aku demam terus after sampai sini
homesick!

Unknown on September 20, 2010 at 12:16 PM said...

tu la kan..besar pengorbanan ayah kita..

ckynwan on September 20, 2010 at 1:10 PM said...

sangat besar kalau kita nak bandingkan memang xkn terdaya

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting