Sep 27, 2010

bestnya kalau sensei aku ni org melayu yang boleh kecek ganu ha ha ha

3:02 PM
reactions 
tapi masalahnye sensei aku ni orang cina! under sensei aku ni, ada 5 orang budak tahun 4 yang mana 2 orang jepun, sorang cina dan 2 org melayu. master lak ada 7 orang. 4 orang jepun dan 3 orang cina. phd lak ade 3 orang cina. so total semuanya adalah 7 orang cina, 6 orang jepun dan 2 org melayu.


kiranye kenkyu aku ni majoriti nya adalah cina. and dorg sgt best sbb nak berkomunikasi ngan sensei dengan bahasa ibunda mereka sangatlah tidak menjadi masalah. tinggallah kami yang lain ni terkontang-kanting. tapi sensei aku ni mahir la berbahasa jepun walaupun pelat sana sini.

kole wakalanaito, zenbu wakalanaiyo.
ni adalah ayat femes die lam kelas. aku pun dah jadik bahan ngan budak2 ni. haihhh..

lagi la seksa jiwaku kalau lepas bercuti. lama tinggal nihongo, pastu tetibe nak guna balik memang la terkial-kial jugak. sama macam pengalaman aku kat sekolah dulu. after cuti je kena train lidah nk ckp kl. susah woooo.ingat senang2 ke org ganu mcm aku ni nk ckp kl. kadang2 terkeluar la jugak dari landasan. tambah `g` kat mana-mana perkataan yang tak perlu pun. haha

nanti dah balik malaysia after grad kompem2 la aku dah tak prektikkan bahasa jepun ni. cakap ngan future husband je la. amin. 

p/s : eh mari kecek jepung nga aku pulok deh!
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting