Sep 4, 2010

cinta itu buta

6:33 PM
reactions 
orang kata cinta itu buta. betul ke cinta itu buta. ?atau pun kita yang buta bercinta. ?orang akan cakap cinta itu buta bila kita dah tak nampak keburukan orang yang kita sayang. kentut pun bau wangi. orang kata la, bukan aku. sebab kentut dia tetap busuk! haha


***************************************** 
Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itu 
juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.
"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor 
yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari 
situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta 
tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya 
kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya 
pesan ikan pais dan sayur masak asam bang"............
Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu 
memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari 
kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas 
dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais 
dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan 
menu lainnya.

Amin memberikannya 
kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata,
"Bau sudu yang ini sedap juga, seperti 
habis diguna untuk makan ayam 
bakar dengan sayur ulam dan sambal 
belacan." Amin mengiyakan dan si 
lelaki buta memesan makanan tersebut.

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. 
Dia datang lebih awal ketika belum 
ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang 
boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat 
nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan 
sebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati, 
kamu usapkan sudu ini di 
ketiak kamu"
"Apa-apa lah abang ni ?" tanya Yati tak faham.
"Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setengah 
memaksa. 
Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan 
menyerahkan kembali kepada Amin. 
Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta 
itupun menghidu sudu itu, dengan 
mengernyitkan keningnya, lelaki buta 
tersebut berkata, 

"Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di 
sini....... boleh saya jumpa dia"
Amin: ????????????????.(bengang)
Sesungguhnya Cinta itu Butaaaaaa..................... 

*********************************************


hehe sekian. saje hiburkan kamu time puasa ni. 
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting