memang aku sangat yakin dan pasti, sebelum keluar rumah tadi memang aku ingat sangat2 bawak kunci dan kunci rumah sebelum datang kenkyu. tapi kunci pun tidak membawa makna apa-apa. dan baru aku tersedar bahawa tingkap dapur aku tak kunci. oh!tidak.
kalau kunci pintu tapi tak kunci tingkap dapur memang sama macam tak kunci pintu rumah la jawabnye. ketinggian tingkap rumah tidaklah bergitu tinggi kalau diukur dari floor.senang je nak bagi penyamun panjat masuk rumah. cuma kalau tidak bernasib baik tergelincir jatuh la ke sebelah sana. eh rumah aku di tingkat 3 tau. hujung sekali. sebahagian tingkap dapur berada di hujung. kalau intai dari tingkap kanan nampak floor, tapi intai tingkap kiri nampak la
tanah.
tanah.
walaupun aku letak banyak barang di tepi tingkap, setakat nak alihkan letak atas mesin basuh kat luar tu senang sangat lah. pastu panjat je. kat tepi tingkap ada dapur gas tempat memasak.oh jangan pelik kebanyakan rumah di jepun akan jumpe dapur dulu kalau masuk rumah baik punya nak pijak sebelum landing. penyamun kali ni agak cuai, sebab ada kesan tumpahan minyak di atas alas kaki. alas kaki aku!!!!!! dush2.
lepas tu semua bekas2 comel yang aku isi kunyit, jintan dan ketumbar jatuh ke lantai. nasib tak pecah. satu jatuh lam bakul kat tepi tu. haiihhhh. aku boleh rasa la kesusahan dan risiko tu.
sebelum masuk sah2 la kena banyak hati-hati.silap langkah kau jatuh terus ke tanah dari tingkat 3 ni. lepas tu mata kena besar dan jelas pandangan sebelum landing. kalau kaki tak masuk lam minyak, masuk jugak la dalam tong sampah yang aku isi pinggan pecah tu. nasib baik kau la selamat wahai penyamun kan.
korang rasa geram tak?
p/s: eh jangan nak menyumpah2 pastu doa2 yang tak baik pulak kat penyamun tu. tak baik tau sebab penyamun baik hati tu aku. haha kunci rumah aku hilang. terpaksa jadik penyamun kat rumah sendiri hehe