Sep 22, 2010

jepun VS malaysia versi mesra pelanggan

2:58 PM
reactions 
ok. masih lagi berkisar pasal perbandingan. kalau sebelum ni versi pengankutan awam, kali ni versi mesra pelanggan lak. oh, bagi taknak menimbulkan apa-apa masalah dah tanggapan, ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. bukan dengar cerita orang. mesra pelanggan ni biasa la, mana lagi kalau bukan pasaraya, kedai mahal barang berjenama takpun kedai makan. tarik nafas panjang-panjang, dan baca dengan senyuman. eceh.


pengalaman pertama aku. balik beraya tahun lepas. belum sampai jauh pun lagi. masih di KLIA. international epot lagi tu. aku ngan kawan aku masuk kedai apa aku dah lupa. tapi kat situ aku beli topup. ada 2 orang jurujual. sorang melayu dan sorang india.kedai tu pun penuh barangan letrik. ade camera semua kan. so aku ni carik2 la nk topup eh ke nak beli nombor ntah tak ingat pulak.. pastu pulak jakun. sebab nya ada macam-macam. celcom blue la, xpax, maxis (eh tak pasti ada ke x). aku n kawan aku bertanya la kat minah melayu bertudung tu. tapi mak aih sombong gila! layan tak layan je. pelanggan ni. rakyat malaysia pulak tu. memang panas hati la. nak kata senyuman tu toksah cerita la, jauh panggang dari api. masam mencuka. macam mana bisnes nak laku? ceit. buat hilang mood je.

pengalaman kedua. aku masuk kedai. kedai ada nama jugak la. sebab nak bayar tu kena seret dan menang dulu. menggeletar la jugak masuk kedai mahal-mahal ni. aku ni bukan le jenis suka sangat perabih duit kat barang mahal2. tapi mengecewakan sebab takda langsung layanan mesra. aku tak harap pun yang istimewa. cukup la sekadar layan biasa2. mungkin sebab die nampak gaya aku ni semacam je. baju pun xde la ada brand. pakai pun kasut biase2 je.boleh pulak dorang buat bodoh je duk borak2 sendiri kat kaunter pembayaran tu. kira macam tak nampak la aku ni sebagai customer. tuptup aku panggil dorang sebab berkenan kat satu barang tu. baru la datang. masa nak bayar aku bagi la kad credit special, baru la nak senyum2 tetibe je mesra rakyat kan.siap tanya lagi mana dapat kad credit yang comel tu. hampeh!

ape salah ke orang yang berpakaian 3-seploh-hinggit ni nak masuk kedai mahal2. ape la mentaliti mcm tu.

kalau kat jepun ni. servis mmg tiptop. masuk kedai je memang bergema la satu kedai 

irasshaimase = selamat datang.

sebabnye semua pelayan dalam kedai akan cakap mcm tu setiap kali pelanggan datang. SETIAP KALI. bukan sekali sehari. pastu mesti senyum sampai telinga. tak kesah la kau pakai seluar  koyak kat bawah ke, baju buruk ke, selipar jepun ke sama je layanan ngan orang yang pakai kasut jimmy choo tu. ehem! pastu layan baik la walaupun kadang2 rimas asik nak promote je kan. kau masuk la kedai barang yang paling mahal sekalipun, layanan tetap ada!

aku paling suke makcik softbank. masa mula2 nak beli henset n line. dengan masalah bahasanya. dengar penerangan berjam-jam pon dia senyum je. sejuk hati aku ni. kan seronok.rasa nak datang lagi. tak gitu?

6 ♥:

^akulife^ on September 22, 2010 at 6:21 PM said...

nak komen bukan sebab anti malaysia tapi memang suka jepun dari zaman tadika lagi..hehe

bestnya awk dapat g jepun..
berazam nak g jepun gak satu hari nanti..huhu..

cKyN WaN on September 22, 2010 at 7:17 PM said...

tiket air asia tengah murah kan. new promotion. meh la hehe

ザ-sylver-shooter on September 22, 2010 at 8:15 PM said...

eee, bestnya awak blaja jepun, tringin nak gi jepun la satu hari nnti...hikhik

cKyN WaN on September 22, 2010 at 8:24 PM said...

haha gedik la ko!

Danial Ikhwan Jaafar on September 24, 2010 at 9:38 PM said...

hahhaha..nanti kalau dah kena balik malaysia, mula la terindu-rindu nak balik sana. teringat sana...at least senyum jugak. sini, kebanyakan tak senyum lah. tengok kedai jugak aa.
memang orang jepun budaya dia camtu kan, tengok drama banyak hehehe.

cKyN WaN on September 25, 2010 at 10:17 AM said...

bila pk2 kelebihan cmni mmg rs mcm xnk blk msia. tapi hujan batu di negeri sendiri pun baik lagi di negeri sendiri kan? hehe

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting