Sep 26, 2010

kalau nuffnang nak tolong bayarkan duit JPA takpe la jugak keke

4:29 PM
reactions 
ehem.ehem. arini aku nak bercerita sket la pasal macam mana aku boleh mula jatuh hati pada nuffnang. pada mulanya, aku blog suke2. xde niat pun nak jadikan sebagai sumber pendapatan macam Kak Red dan blogger lain yang mantap. tengok je lah follower aku pun ciput je. masa aku duk blogwalking dulu-dulu, selalu la jugak nampak iklan nuffnang kat blog-blog lain. 


hati aku mula tertanya-tanya, ape benda lah nuffnang ni. so aku pun tanya la pakcik google. eh duit! haaa manusia mana yang tak suka duit kan. sama la macam aku. so aku daftar la kat nuffnang, tarikh tu aku tak ingat bila tapi korang boleh g click my profile la kalau nak tahu. aku try carik tadi xreti la pulak nak geledah kat mana hahaha

tapi aku just daftar. sebab memang buntu gila tak tahu apa yang aku perlu buat. so aku biar la kat situ. jadi ahli tapi sekadar ahli biasa. masa tu profile aku tu xde pun aku letak blog ke apa.

tapi makin lama aku tengok makin banyak pulak orang duk bercerita pasal nuffnang ni. tak kurang jugak la yang duk cerita pasal 1st cash out. perghhh. menariknye. untuk orang yang agak aktif berblog macam aku ni, apa salahnye aku try kan.

so pertengahan jun 2010 aku letak blog aku, letak ads nuffnang kat blog. Alhamdulillah, aku pelan2 la masuk ke dunia blogging. aku kutip follower hehe. eh aku tak paksa , dorg y nak follow aku hehe. thanx lah sebab jadik follower walaupun aku ni suke mengarut merapek dan meraban hahahaha

hari-hari check duit nuffnang yang bertambah. tak banyak macam korang pun. cukup la beli eskem sebatang haha pastu BE pun dah ada 3. seronok la jugak. 

tapi aku still tidak menjadikan blogging sebagai perkara nombor satu.walaupun kadang-kadang tu aku gila la jugak duk blogging.sampai 10 entry satu hari hahaha. lagipun sekarang aku di sem yang terakhir kat bumi asing ni. perlu tumpukan perhatian kat kenkyu jugak. kang naya aku tak balik tahun depan nuffnang nak bayarkan kat JPA ke? 
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting