Sep 20, 2010

jom geledah bag!

12:56 AM
seperti biasa la, kalau dah namanya pulang bercuti mestila bawak balik makanan satu bag kan. haaa aku memang tak ketinggalan. cuma kali ni, bag aku kecil sedikit berbanding tahun-tahun sudah. tapi satu bag kabin memang penuh dengan makanan. tapi makanan yang aku rasa bila kat sini nak sangat makan. kalau masa mula-mula datang dulu aku bawak banyak perencah. alih-alih aku pelbagaikan. perencah rendang pun aku gaulkan dengan ayam pastu grill je. macam-macam la resepi yang aku buat sendiri. maka kali ini aku tak bawak langsung perencah kecuali tandoori. sebab suka! gaulkan ngan ayam then grill. sedap wooo. eh jom kita terjah apa dalam bag aku kali ni.



nescafe 3 in 1

neslo keluaran nescafe

nesvita 3 in 1 oat as a breakfast

erm.. ya aku tahu. produk 3 in 1 yang sepatutnya dikurangkan. tapi ni semua faveret aku! aku cuba kurangkan pengambilannya ok....

3 bungkus mi goreng adabi dan sebungkus maggi perisa kari.

oh aku memang peminat setia mi goreng adabi. semenjak pertama kali aku makan ketika di kolej 12, UM dulu, aku terus jatuh cinta dengan mi goreng adabi. yang len tak minat! tak kisah la korang cakap indomee ke, mee sedap ke, aku tak layan. mi goreng adabi sahaja diterima.

serbuk santan. aku tak berapa gemar masak makan bersantan semenjak duk sorang2 ni so bawak sket je


oh i like air keladi! lastyearbwk dah nk abes sebotol. perisa sirap xberganjak pon. 

kiub pati ayam n ikan bilis

sardin dah tinggal satu tin je. satu tin lagi dah masak tadi haha

biskut tiger!. sihat dan kuat. eh tu iklan milo la

gula-gula mint satu balang hahaha

dan ada satu kh sos cili berserta 2kg cili giling. xsempat nk amek gambo aku dah masukkan lam balang. hehehe oh lupa. tandoori 3 paket juge.

dalam bag korang ada ape pulak?
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting