Jul 28, 2010

asam pedas tanpa bendi, daun kesum, serai dan bungan kantan is not that bad

1:32 AM
reactions 
assalamualaikum =)
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

pulang daripada mitsuwa bersama harapan membuat carrot susu yang hancur berkecai, aku meneruskan niat murniku untuk membuat asam pedas la konon-konon. tadi beli barang2 kat mitsuwa. walaupun beberapa perkara  tidak mencukupi, niat murni diteruskan jugak hihi. ape yang xde?

  • bendi : aku tak suke bendi so xperlu nak letak
  • daun kesum : mana nak cekau daun kesum kat bumi jepun ni kak? dah la nk masak terus, xde la kat kedai jawabnya
  • serai : dah abes. lupa nak g beli kat surau @ baticrom
  • bunga kantan : kat jepun ada sama macam bunga kantan tapi bau nye kurang menyengat so aku beranggapan tidak akan memberi apa2 makna kalau letak pun hahaha

maka bermulalah resepi asam pedas tanpa barang2 diatas. gedik nak jugak letak nama asam pedas haha

ini bahan2 yang aku guna
  1. bawang besar
  2. 3 ulas bawang putih
  3. jintan
  4. ketumbar
  5. serbuk cili kering
  6. asam keping
  7. halia 
  8. ikan yang digoreng (tak goreng pun xpe)
  9. lobak merah
  10. daun saderi
cara-cara memasak
  1. kisar semua bahan 1 hingga 7
  2. kemudian masukkan lobak merah, garam dan gula secukup rasa.
  3. setelah lobak merah masak, masukkan ikan.
  4. masukkan air mengikut kuantiti yang disukai
  5. taburkan daun saderi
  6. siap

selamat menjamu selera =)

ini adalah nasi beras jepun 

air kosong yang menggantikan carrot susu yang tak jadi hihi

SELAMAT MENCUBA!


1 ♥:

AMIEROZIANA on July 28, 2010 at 1:43 PM said...

kin, beli gelas tuh 6 biji wat balik...berkenan la pulok...hehehehe mahal ko muroh? kalu mahal po bedil tok payoh la

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting