biasa lah, kalau umur dah cecah 20++ kalau tak cakap pasal cinta, pasal kahwin tak sah. tak remaja lah. aku pun tak paham apa maksud tak remaja kekeke tapi bila aku baca kat blog orang macam best pulak, so nk try guna. tapi sesuka hati sesedap oren je aku letak kat mana2 hahaha ok abes cerita.
sambung.
apa pulak pasal cinta yang aku nak membebel ni? kalau setakat nak bercerita pasal kahwin aku ada blog lagi satu. SILA TEKAN SINI UNTUK KE BLOG AKU YANG LAGI SATU
tu dia tulisan besar2 mcm nak marah orang je kan.
tu dia tulisan besar2 mcm nak marah orang je kan.
suatu petang , sedang A, B dan C bercerita kisah cinta masing-masing, si A berkata
A : apa-apa pun mesti sebab perempuan yang mulakan. lelaki tak akan mula kalau bukan sebab perempuan yang nak bagi dulu.
B n C : diam membisu. tapi dihati C pula "mungkin si A nih dah pernah melaluinya kot."
dan si A ialah kaum adam @ lelaki. mesti lah dia akan cakap macam tu sebab dia lelaki. kena la backing kaum sendiri kan. oh semestinya gaya penulisan aku ni macam tak puas hati je kan. apehal pulak macam tu?
tetapi suatu ketika dahulu, si D mengatakan perkara yang sama sebijik sejibon ngan apa yang si C cakap. dan D adalah perempuan. eh dia ni tak pulak nak backing kaum sendiri.
dan suatu hari E berkata perempuan takkan ke mana-mana kalau lelaki tak bagi respons.
oh, sedikit sebanyak menyokong pernyataan di atas.
so aku buat kesimpulan : when u r in a relationship, kebanyakan stage akan dimulakan oleh perempuan dan akan disusuli & dilengkapi oleh lelaki. anda setuju? tak kisah la macam mana anda nak tafsirkan 'start' tu kepada keadaan yang macam mana. kalau yang alim2 sikit anti couple2 ni akan merujuk kepada sms, tegur2. kalau yang biasa2 psl couple pulak akan refer tu sesi pegang2 tangan, cubit2 sana-sini sikit. nak up lagi pulak sesi ringan2. nak lagi advance sesi teroka sana sini.
HOIII! amboih sesuka hati sesedap oren je kan nak salahkan perempuan. kalau perempuan tak start, laki tak de la nak teruskan. dah kalau tahu perempuan tu hati keras macam kerak nasik rendam air dah lembik senang sangat nak start, kamu tu kalau dah rasa terlebih macho cukup bertanggungjawab kenapa tak stopkan je? dah nama rezeki. ewah2, semua nak cakap rezeki kan. banyak cantik!
Pastu pulak, bila si perempuan yang iman tak seberapa ni dah start dulu, depa terima aje kan. tapi jangan la kamu2 wahai perempuan di luar sana senang2 nak sengih2 dalam hati berbisik malu2 sendiri "eh, tanda dia sayang aku" pale hangguk kau! kat dalam hati dorg tuh, kalau tak banyak pun ada la terdetik " senang jugak rupanya awek ni, tak payah susah2 ayat dah dapat" oh..pecah berderai hati kan. ni dah bukan keras kerak nasik. berkecai macam kaca je. masa ni tak payah nk hulur dah rasa cinta setinggi gunung, kalau ego kau tingi sikit, pride terlebih sikit sampai ke sudah lah kau akan rasa terhina. padahal kau penat duk tunggu dia konon2 abes macho la mainkan perasaan orang.
oh, aku xtahu aku marahkan sapa sampai macam ni sekali aku emo. sebab nak exam barangkali. haha