Jul 19, 2010

kasut blink2

12:06 AM
reactions 
assalamualaikum =)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

tadi niat nak g jalan. walaupun mulanya tak tahu hala tuju.tapi last2 niat hanya tinggal niat bila duit yang dibawa semua abes! T_T tak pelah, sekali sekala la sangat kan.dush2

so ceritanya bermula begini.bila kami2 yang ketandusan idea xtau nk buat apa mengambil keputusan untuk jalan2. singgah di 100yen shoppu beli bihun utk esk nye bbq. then menuju ke apita. uwah dah berkurun tak datang shopping sini.

mulanya beli baju untuk adik pompuan aku. yela, nak balik raya ni xkan xbwk balik apa2. adik beradik 9 org. setiap sorg nak kena beli omiyage. kopak2 hihi tak bawak balik kang serba salah pulak. xpe lah, berkongsi duit yang dapat ni hihi

pastu pusing2 kat bahagian kasut. memang niat di hati nak borong kasut yang menggambarkan si pemakai mempunyai  ciri-ciri seorang perempuan yang ayu dan comel sebelum pulang ke malaysia nanti. sebelum ni asik beli kasut sports n sneakers je. entah bila nak bile kasut y ada sifat  keperempuanan nih. high heels sah2 la aku tak pakai.kang tak pasal2 jatuh tergolek.

disebabkan tadi ada sale secara besar-besaran dan cik quyum yang memang penghasut tegar. macam2 ayatlah yang dia pakai. kena rasuk terpukau macam mana pun aku tak tahu. so hari ini pulang bersama dua pasang kasut yang berharga 1500yen untuk 2 pasang. hihihi tu tak tahu la bila nak pakai.berhabuk dulu baru pakai kot.

aku ingat dulu time sekolah2, masa keluar nak beli kasut raya ngan abah aku. bahagian pertama yang abah aku pergi ialah sandal,heels ataupun kasut yang untuk perempuan la. tapi aku tak fikir panjang terus cakap taknak. nak yang macam ni. abes bangga la kalo ade selipar raya macam ni



pastu satu lagi cerita.pernah pesan kat abah suh belikan bag. tak ingat dah cakap ke tak kat abah nk buat letak kain sembahyang pergi solat terawih. sekali abah aku balik bagi aku handbag yang tali panjang tuh. abaaaaaaah~nak letak kain sembahyang la. malu la nak pakai macam ni.ish!

abah penah belikan baju untuk aku.penuh satu baju ada bentuk love kecik2.sweet je hihi tapi segan nak pakai T_T 

kesiannya kat abah. nak sangat tengok anak perempuan dia yang sorang ni seperti perempuan melayu terakhir T_T yela, dulu2 ada krisis identiti. tak suka jadik perempuan. nak jadik tomboy la konon2. taknak berpakaian yang kelihatan seperti perempuan.nasib baik la aku pakai tudung. sedikit sebanyak mengurangkan keiginan untuk terus berlagak macam jantan. yela, pakai tudung tapi nak jadik tomboy. bapak tak hensem kot. Alhamdulillah, tudung ini yang selamatkan aku dari sesat. sebab aku pernah cakap kat diri " nasib baik la aku ni pakai tudung, kalau tak memang nak tukar outfit semua macam jantan. jalan pon nak gebang2 tangan bajet hot wakakaka.

padahal sekarang tengok cacing atas jalan pun jerit satu uni dengar. dah namanya perempuan hihi

少しずつ、頑張ります!
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting