سُوۡرَةُ العَصر
Al-Asrبِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
وَٱلۡعَصۡرِ (١)
Demi Masa! (1)
إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢)
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2)
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)
tadi hajat di hati ingin tidur.tapi sebelum itu aku pasangkan video ustaz azhar idris. seronok dengar sebab penyampainya orang ganu kekekeke maka aku buat autoplay.senang sikit tak payah aku tekan2. aku dengar2 sehinggalah aku tertidur. bila aku bangun betul-betul part dia ngah terang pasal surah al.asr. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. tetiba rasa macam kena atas hidung sendiri lebih-lebih lagi bila ustaz cakap macam ni
dalam sehari ada 24jam.tak kiralah di mana-mana sekalipun. samada waktu siang lebih panjang dari malam atausebaliknya, sehari tetap 24jam. tapi susah sangat untuk manusia luangkan masa 25MINIT SAHAJA untuk jumpa Allah. cincai2 solat 5minit je.buat cukup syarat tak payah baca surah panjang tak payah wirid.tak berdosa pun kalau tak wirid. so total 5waktu solat ialah 25 minit. tapi liat sungguh untuk luangkan masa tersebut.
diberi pula contoh macam ni. tiap2 minggu ada meeting terbang sana sini.pergi hongkong, singgah singapura, pastu patah balik pergi london. sebab bisnes.penting! tapi surau@masjid tepi rumah tak pernah jejak.
Ya Allah kuatkan hati hambaMu ini dalam mengejar kasih sayangMu. amin
2 ♥:
terasa jugak.oh selalu solat tonggang tonggek jer.
maka marilah sama2 luangkan lebih masa untuk jumpa Pencipta =)
Post a Comment