Jul 31, 2010

mimpi mainan tidur

9:17 AM
reactions 
semalam mimpi ngeri.

sejauh mana korang percaya mimpi? kadang-kadang mimpi nih banyak yang mengarut2. memang mengarut pun. tapi kadang-kadang mimpi ni macam petunjuk pun ada bagi sesetengah orang. mimpi mainan tidur. dan aku ; sebagai manusia yang susah sebenarnye nak mimpi melainkan jika keadaan emosi aku pada ketika dan waktu itu kurang stabil, macam2 la yang aku mimpi.

sebanarnya, mimpi adakalanya datang sebab 2 3 hari sebelum tuh duk asyik terfikir je pasal benda sama. aku xtahu orang lain macam mana tapi aku jenis yang macam tu. contohnya, dulu masa kat sekolah, ada satu ketika ni aku selalu duk belek2 bulu mata aku ni depan cermin. yelah, bulu mata tak lentik, tak lebat dan tak panjang. tapi aku bersyukur dengan ciptaan Tuhan. so setiap kali ngadap cermin aku duk belek2 cari lah seurat dua bulu mata yang agak2 lentik sikit kan. 

"hmmm, ada jugak bulu mata aku yang lentik. walaupun tak sampai 45 darjah macam iklan mascara tuh."

nak jugak sedapkan hati. pastu, tak lama lepas tu aku mimpi dorm-mate aku 2 3 orang duk puji bulu mata aku lentik. ha ha ha ha nak sangat kan? terus mimpi. so kadang-kadang kalau dapat mimpi entah pape, jangan la cepat sangat panik. kita terlampau fikir sangat sampai masuk lam mimpi hehe

tapi tak mustahil ada orang yang taksub ngan mimpi kan? terlalu mempercayai mimpi. dapat mimpi macam tu macam ni terus fikir macam2.
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting