Sep 30, 2010

video ni buat air mata aku menitis lah..cmne?

9:34 PM 0 ♥
tadi ada frens aku kat facebook shared this video. memula aku tengok ok la kan, tapi sampai satu part aku termenitikkan air mata tanpa disedari. jom tengok video ni. agak-agak part mane yang buat aku menangis..?

berakhir sudah semester pertama

2:42 PM 0 ♥
harini 30september. maka secara rasminya berakhir sudah semester pertama sebagai pelajar tahun akhir di sini. esok dah start mula pembelajaran, semester kedua dan berharap agar menjadi semester terakhir aku kat bumi fukui ni. amin.


dan esok xde zemi! yeay yeay dan yeay hahahaha suke la kan xde discission ngan papa tiri aku tu. buat sesak nafas ok. zemi start next week. dan kemungkinan besar jumaat depan akan dibahagikan specific tajuk utk my FYP nanti. dan lagi 4 bulan sebelum final presentation dan sebulan after that akan ada graduation day!hohoho excited walaupun graduation day kt sini tak semeriah korang di tempat lain.jeles laaaa

semua menang la abes cerita!

9:35 AM 0 ♥


punya la lama kan aku nak buat keputusan bagi pengunjung bertuah yang ke 10000 dulu kan. setelah aku timbang-timbang maka aku dengan baik hatinya nak mengumumkan pemenang ada lah tidak ada. tapi aku bagi jugak hadiah saguhati kepada ketiga-tiga blogger yang tegar nak  bagi bukti walaupun bukan pengunjung bertuah yang sebenar kan hahaha




so kepada ketiga-tiga orang blogger yang tegar tu

Sep 29, 2010

i hate japan # 01

2:36 PM 0 ♥
eceh. ni aku nak amek balik mana-mana hati rakyat malaysia yang kalau2 terguris dengan coretan liar aku kat sini :


kali ni aku nak cakap pasal benda yang aku tak suka pasal jepun dan sekitarnya lak. apa ingat orang jepun ni perfect sangat ke? ish mestilah tak. because nobody `s perfect. eceh. 

okay, kalau hangpa semua nak tahu tempat yang aku belajar dan tinggal untuk sementara ni sangat la terkenal(pepandai aku je cakap) dengan musim hujan. memang hujan je selalu sampaikan aku buat teori sendiri 

mari jemur kain ramai-ramai

12:09 PM 0 ♥

kerana esok akan hujan.
sediakan payung anda
tapi kena

Sep 28, 2010

penyamun kali ni baik hati

8:06 PM 0 ♥
memang aku sangat yakin dan pasti, sebelum keluar rumah tadi memang aku ingat sangat2 bawak kunci dan kunci rumah sebelum datang kenkyu. tapi kunci pun tidak membawa makna apa-apa. dan baru aku tersedar bahawa tingkap dapur aku tak kunci. oh!tidak.

kalau kunci pintu tapi tak kunci tingkap dapur memang sama macam tak kunci pintu rumah la jawabnye. ketinggian tingkap rumah tidaklah bergitu tinggi kalau diukur dari floor.senang je nak bagi penyamun panjat masuk rumah. cuma kalau tidak bernasib baik tergelincir jatuh la ke sebelah sana. eh rumah aku di tingkat 3 tau. hujung sekali. sebahagian tingkap dapur berada di hujung. kalau intai dari tingkap kanan nampak floor, tapi intai tingkap kiri nampak la

korang layan cte ape skang ek?

4:05 PM 0 ♥
sekarang ni aku ngah layan cerita king of baking, kim tak  gu. yes! korean drama. sape suh tonton tak bagi aku login walaupun dah register 3x kan. walaupun aku ni duk jepun tapi minat terhadap korea tak pernah padam haha. ni drama yang aku tengok after cte bad guy. sobs, sedih hero pujaan mati la pulak.

semalam aku layan cte king of baking sampai kol 1 la jugak. start tgk br 2 3 hari lepas. memang dah tawan hati la walaupun tak macam bad guy tawan hati aku. hero pun ala-ala muka remaja gitu.ish tak best betul.

Sep 27, 2010

5 Surprising Ways You're Ruining Your Skin

10:59 PM 0 ♥
1. Outdated glasses/contact lens prescription:Anything that makes you squint — like reading or working in a poorly lit room, or not updating your contact lens prescription — leads to more fine lines and wrinkles around the eye area. Get thee to an eye doctor, stat!
Related: 4 Ways to Take Years Off Your Eyes

2. Steam rooms:
 We all love a good detoxifying sesh in a steam room or sauna, but Dr. Gross says to limit your exposure to these extreme-heat bad boys because they decompose skin's elastin and collagen. Eeeeek!
Related: 26 Secrets to Better Skin
3. Running (or any high-impact exercise):
 "While such exercise may benefit our hearts, it can cause the fat pads to slide south, and collagen and elastin to break down. If you enjoy running, try walking," explains Dr. Gross. OMG


explain needed..NOW!

8:15 PM 0 ♥
eceh emo je kan aku ni kan. aku ni peminat setia tv3. drama2 tv3 walaupun kadang2 tu tangkap leleh ade jugak yang memang aku layan. pastu sekarang ni aku xtahu apa motif tv3 nak tukar ke tonton pulak. eh bukan tukar. kalo nak tengok cerita ke apa2 hasil terbitan tv3 tu kena tgkkat tonton ke?


okay la aku tak kesah, lantak la korang nak tukar kat mana. masa aku tekan cerita y aku nak tengok tu terus dibawanya aku ke website tonton. uishhhh

bestnya kalau sensei aku ni org melayu yang boleh kecek ganu ha ha ha

3:02 PM 0 ♥
tapi masalahnye sensei aku ni orang cina! under sensei aku ni, ada 5 orang budak tahun 4 yang mana 2 orang jepun, sorang cina dan 2 org melayu. master lak ada 7 orang. 4 orang jepun dan 3 orang cina. phd lak ade 3 orang cina. so total semuanya adalah 7 orang cina, 6 orang jepun dan 2 org melayu.


kiranye kenkyu aku ni majoriti nya adalah cina. and dorg sgt best sbb nak berkomunikasi ngan sensei dengan bahasa ibunda mereka sangatlah tidak menjadi masalah. tinggallah kami yang

ayuh, kembali ke sekolah!

10:36 AM 0 ♥
ayuh kembali ke new era! haaaa ingat tak lagu ni dulu. suke betol aku hehehe. kalau diikutkan sem baru start 2hb 10, officially. tapi untuk budak tahun akhir macam aku ni, xdenye nak tunggu sem start. abes je cuti 2minggu haritu sepatutnya aku dah kena datang kenkyushitsu. 

tapi disebabkan minggu lepas sensei takde sebab outstation maka aku sesuka hati la kan tak pergi lab. harini baru sensei akan memunculkan diri maka

Sep 26, 2010

kalau nuffnang nak tolong bayarkan duit JPA takpe la jugak keke

4:29 PM 0 ♥
ehem.ehem. arini aku nak bercerita sket la pasal macam mana aku boleh mula jatuh hati pada nuffnang. pada mulanya, aku blog suke2. xde niat pun nak jadikan sebagai sumber pendapatan macam Kak Red dan blogger lain yang mantap. tengok je lah follower aku pun ciput je. masa aku duk blogwalking dulu-dulu, selalu la jugak nampak iklan nuffnang kat blog-blog lain. 


hati aku mula tertanya-tanya, ape benda lah nuffnang ni. so aku pun tanya la pakcik google. eh duit! haaa manusia mana yang tak suka duit kan. sama la macam aku. so aku daftar la kat nuffnang, tarikh tu aku tak ingat bila tapi korang boleh g click my profile la kalau nak tahu. aku try carik tadi xreti la pulak nak geledah kat mana hahaha

siapa menang ni?

12:46 AM 4 ♥
terbukti ketiga-tiga pemenang dah cakap. pastu semua comel taknak jadik pemenang. baru je aku ingat nak kasik hadiah kat semua tapi semua menolak pulak.adeh. nak hadiah ke tak kamu-kamu ni?

aigoo.....................

Sep 25, 2010

malunye akuuuuuu~

7:34 PM 3 ♥
ok. macam ni ceritanya. selepas aku berhempas pulas ekoran peristiwa 15 september, kami menuju ke Tanjung Harapan sebelum menuju ke destinasi sebenarnya iaitu rumah kakak aku di bandar sultan sulaiman. teringin sangat aku nak makan ikan bakar la tu la ni la, maka kami terjah la kejap. 


after pilih punya pilih, kami ambil la ikan untuk masak tiga rasa, ketam 2 ekor, sorong 3 ekor, dan udang 5 ekor agaknya. ni nak makan 2 orang je tau. ceh, tau la kamu duk sibuk cakap perut aku ni adablack hole kan, ade aku kesah? hahaha dan kami tak perlu tunggu lama pun sebab memang cepat betul hidangan sampai.

aku buntu nak buat keputusan

1:05 PM 7 ♥
ngengade sangat nak buat contest kan. pengunjung bertuah la sangat. alahaiiii nasib badan. aku excited sangat kan nak tunggu pengunjung ke 10000. pergi la canang satu dunia konon2 nak cepatkan sikit sebab aku dah tak sabar2. seksa jiwa raga aku menunggu ni tau tak?

aku bangun je pagi tadi tengok counter dah 10067.uwah dah lepas.amboih korang ni, tau ade hadiah baru ramai2 nak terjah blogaku kan. tapi xpe. yang penting sekarang ni aku pening2 lalat. sebabnya ada 3 orang yang bagi aku bukti yang dorang pengunjung ke 10000.

Sep 24, 2010

aku pulak yang berdebar2 haha

9:33 PM 7 ♥
semasa aku menulis entri  ni. counter menunjukkan angka 9959. lagi 41 sebelum menuju angka 10000. aku pulak yang cuak. this will be last post for today pastu aku nak bangun esok baru bukak mata tengok lebih tak 10000. haiihhh cuak tetibe hahaha. tak pasal2. apa-apa pon goodluck semua! hehehe

pelawat ke 10000 plis come faster bebeh!

sejuk menggigil2

8:52 PM 2 ♥
hohoho sebelum balik aritu suhu mencecah 30++. sekarang? musim panas sudah berlalu. autumn sudah menjelma. suhu sekarang adalah 20 ok. sejuknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. aku ni dah la tak tahan sejuk. perumpamaan seperti lahir kattepi bara api. sebab aku lagi boleh tahan panas daripada sejuk.bukan macam seetengah orang yang umpama lahir dalam iglu hahaha


malam tadi tidur dah pakai futon, pakai mofu. selimut yang tebal gilos.

yang paling bawah alas tidur , yang tengah tu selimut.
ni bukan aku yang punya.amek lam internet ja. haha
haaa this one is mofu. dah macam promote selimut pulak

semalam aku tidur gabung dua tu.satu mofu satu futon.ko bayangkanlah sejuk tak sejuk. kaki dan tangan dah mula membeku dan menyejuk.huwaaaa ni baru autumn. belum winter. kipas dah tak perlu. nak kena keluarkan heater. oh miss my heater.ehem2 dan nak kena beli minyak tanah. oh tak sukanya.dah kena pakai baju tebal2.

perut macam orang beranak?

4:13 PM 2 ♥
haaa tak pelik ke pelik tu.cmni citernye.masa aku balik beraya last few weeks in malaysia tercinta, terengganu   tersayang, kampung terbest dan rumahku syurga ku tu. ada satu inciden menarik yang buat aku sentap. haha nak sentap2 jugak lah kan.masa tu aku ngah baring2 duk tengok cerita ngan adik-adik aku. then tetiba adik bongsu aku si syafik tu cakap

gemok aaa perot kak nor ni macam orang beranak

what???? dia cakap perut aku gemok macam orang beranak? dan aku betulkan balik. bukan orang beranak la, orang mengandung. kalau beranak tu dah kuar anak.

oh kecewa. tapi few days later hati aku berbunga riang. sebab adik aku ni cakap balik

kurus sangat kaknor ni. kat sini kurus(tangan tunjuk perut) tapi kat sini(tangan lagi satu pegang bahu aku) besar.

masa ni aku dera dia suh urut bahu aku haha.haaa tau pun nak bodek nak duit raya la tu kan? hahahaha penat aku jogging, sit up nak bagi selim haha (yeke?)

Sep 23, 2010

result dah dapat tapi papa pulak tak ada

4:14 PM 6 ♥
haha tajuk macam rindu bebenor kat papa kan. haa jangan salah paham cakap sugar daddy ke apa. papa tu penasihat lab research aku ni. bagi cuti 2 minggu je kan. balik2 rupanya die outstaion smpai 27hb ni. kalau lah aku tahu baik aku balik 31 hb ni je kan. ceit sungguh!


ok taknak cakap banyak pasal papa. nak cakap pasal result je lah. exam haritu aku ambil 5 subjek. 1subjek hisshu, 1 subjek gensen dan 3 subjek ippan. hisshu ni wajib lepas. gensen ni kalau lepas sangat lah berbaloi sebab next sem tak perlu amek banyak subjek. ippan lak subjek yang aku ngade2 nak ambil. padahal pointer utk ippan aku dah cukup. so tengah2 sem aritu aku drop je 3 subjek tu. sebab malas nk amek exam n subjek susah seketul padahal ippan je pun. haiihhh.


so aku hanya amek exam dua subjek sahaja. dua2 ni repeat paper. apa ingat orang yang dpt g oversea semua lulus dengan cemerlang ke? orang lain ada la yang lulus cemerlang tapi aku ni lulus cukup2 makan je haha. Masa exam aritu Alhamdulillah aku dapat la jawab untk subjek hisshu tu. tapi subjek gensen tu half pon xlepas. sebab sensei tukar soalan. kalau 2 3 tahun sebelum ni soklan sama je. aku jawab mana yang rasa boleh dan pastu mula la mengira2 markah. kira punya kira..ish macam tak lepas je ni. mana cukup 60! 40 markah pun belum tentu. masa ni down gila2 lah. pasrah betol..

so dalam kepala aku ni dah set, kompem analog(subjek gensen) aku tak lepas. alamatnye kena amek banyak subjek la next sem. 

Tapi Allah itu Maha Pemurah, Maha Kaya, MAha Pengasih Maha Penyayang sebab doa aku dah dimakbulkan. Petang semalam aku check result kat komputer sekolah and aku lulus untuk kedua2 subjek!!!! yokatta! memang aku tak jangka pun! Dah la masa exam aku duk depan sekali! takleh nak toleh kiri kana depan belakang. memang menahan perasaan je time exam tu.

Syukur tak terkira.

Sep 22, 2010

milk toof kembali dengan cerita baru!

7:16 PM 0 ♥
remember MY MILK TOOF.? ada gamba dan cerita terbaru yang comel! i like~


kejut lardee bangun sahur! haha kidding~

jepun VS malaysia versi mesra pelanggan

2:58 PM 6 ♥
ok. masih lagi berkisar pasal perbandingan. kalau sebelum ni versi pengankutan awam, kali ni versi mesra pelanggan lak. oh, bagi taknak menimbulkan apa-apa masalah dah tanggapan, ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. bukan dengar cerita orang. mesra pelanggan ni biasa la, mana lagi kalau bukan pasaraya, kedai mahal barang berjenama takpun kedai makan. tarik nafas panjang-panjang, dan baca dengan senyuman. eceh.


pengalaman pertama aku. balik beraya tahun lepas. belum sampai jauh pun lagi. masih di KLIA. international epot lagi tu. aku ngan kawan aku masuk kedai apa aku dah lupa. tapi kat situ aku beli topup. ada 2 orang jurujual. sorang melayu dan sorang india.kedai tu pun penuh barangan letrik. ade camera semua kan. so aku ni carik2 la nk topup eh ke nak beli nombor ntah tak ingat pulak.. pastu pulak jakun. sebab nya ada macam-macam. celcom blue la, xpax, maxis (eh tak pasti ada ke x). aku n kawan aku bertanya la kat minah melayu bertudung tu. tapi mak aih sombong gila! layan tak layan je. pelanggan ni. rakyat malaysia pulak tu. memang panas hati la. nak kata senyuman tu toksah cerita la, jauh panggang dari api. masam mencuka. macam mana bisnes nak laku? ceit. buat hilang mood je.

pengalaman kedua. aku masuk kedai. kedai ada nama jugak la. sebab nak bayar tu kena seret dan menang dulu. menggeletar la jugak masuk kedai mahal-mahal ni. aku ni bukan le jenis suka sangat perabih duit kat barang mahal2. tapi mengecewakan sebab takda langsung layanan mesra. aku tak harap pun yang istimewa. cukup la sekadar layan biasa2. mungkin sebab die nampak gaya aku ni semacam je. baju pun xde la ada brand. pakai pun kasut biase2 je.boleh pulak dorang buat bodoh je duk borak2 sendiri kat kaunter pembayaran tu. kira macam tak nampak la aku ni sebagai customer. tuptup aku panggil dorang sebab berkenan kat satu barang tu. baru la datang. masa nak bayar aku bagi la kad credit special, baru la nak senyum2 tetibe je mesra rakyat kan.siap tanya lagi mana dapat kad credit yang comel tu. hampeh!

ape salah ke orang yang berpakaian 3-seploh-hinggit ni nak masuk kedai mahal2. ape la mentaliti mcm tu.

kalau kat jepun ni. servis mmg tiptop. masuk kedai je memang bergema la satu kedai 

irasshaimase = selamat datang.

sebabnye semua pelayan dalam kedai akan cakap mcm tu setiap kali pelanggan datang. SETIAP KALI. bukan sekali sehari. pastu mesti senyum sampai telinga. tak kesah la kau pakai seluar  koyak kat bawah ke, baju buruk ke, selipar jepun ke sama je layanan ngan orang yang pakai kasut jimmy choo tu. ehem! pastu layan baik la walaupun kadang2 rimas asik nak promote je kan. kau masuk la kedai barang yang paling mahal sekalipun, layanan tetap ada!

aku paling suke makcik softbank. masa mula2 nak beli henset n line. dengan masalah bahasanya. dengar penerangan berjam-jam pon dia senyum je. sejuk hati aku ni. kan seronok.rasa nak datang lagi. tak gitu?

Sep 21, 2010

jepun VS malaysia

3:47 PM 6 ♥
ok. mungkin entri aku ni aku bikin panas saja kan. tapi aku nak sangat berkongsi pengalaman aku kat negara maju 10 tahun ke depan ni. sila relax dulu ok semua orang. tunggu aku abes tulis dulu br nk label aku lupa daratan atau apa okeh. hari ni aku nak cakap pasal pengangkutan awam di malaysia. komuter. gara-gara peritiwa 15 september, memang aku nekad nak buat entri ni.tak nak cakap pasal benda lain, tapi pasal komuter atau tren. erm bas sket2 masuk jugak

aku bukan nak compare cmne.cuma nak ceritakan dari awal semasa korang tunggu tren sehingga lah korang turun balik. ok lapang kan dada. taknak hard-feeling okeh.

1. semasa tunggu tren. 
cmne korangtunggu tren? ya aku tahu la duduk, kalau seat penuh korang berdiri. tapi kat mana korang tunggu?

nampak tak perbezaan? serius aku tak tipu. walaupun aku jarang-jarang naik tren kat sini, tapi kalau travel memang ini yang aku nampak dan kena prektikkan. di setiap stesen akan di pintu tren akan berhenti kat mana. so tak perlu nak berpeleseran satu platform tu sementara tunggu tren sampai. just tunggu tren smpai. tapi kat malaysia macam mana la sangat stesen kan. dan mungkin lagi satu kekurangan sebab tren men suke2 je berhenti kan. 

2. apabila tren sampai.

time ni semua dah berpusu-pusu gerak g kat tepi tu. intai-intai. pastu bajet kat mana tren nak berhenti.



pastu tak reti2 nak tunggu orang keluar dulu. sebuk je kan nak redah masuk. pastu mula lah ade yang tertinggal anak dalam tren. berbeza sekali kat sini, org jepun memang tunggu semua yang nak turun habis turun dulu baru la yang kat luar masuk. kalau dah penuh tak perlu nak tolak2 boloskan diri jugak nak masuk sampai kena ada orang jerit baru nak stop.

nampak muka senyum kaler biru kat atas tu? haaa kalau kat sini, dorang yang muka kaler biru ni akan turun dulu kalau dorg kat depan pintu sebab bagi laluan org nak keluar. kemudian masuk balik. aku tak tipu. sebab haritu baru je aku naik tren dari airport nak balik fukui.

3. manner dalam gerabak

ni memang out terus lah kalau kat malaysia. aku tak cakap sembarangan sebab haritu masa naik tren dari stesen putra ke batu tiga tak henti-henti aku dengar macam-macam bunyi. lagu raya ada, lagu omputih ada. macam-macam ada.ayat kursi pun ada. takbir raya pun ada. lengkap. boleh tak kalau nek tren silent mode? 

kat sini memang kena silent mode kalau masuk kenderaan awam. tak kira la bas sekalipun. aku pun dah terbiasa setiap kali nak naik bas atau tren, mesti silentkan henset. 

orang jepun ni bukan nye tak de henset. bukan xde org dorg nak msg atau call sebab dorg ni workaholic. tapi bisnes pon kena layan. dorg msg je memanjang. malah kadang2 semua duk pegang henset je lam tren. tapi in silent mode la. kalau ada important call sekalipun masuk, boleh je angkat tapi terus cakap 

"eh, aku dalam tren ni, nanti aku call kau balik ok"
4. ladies coach. 

heh tak macam ladies coach je aku rasa kan. ada lagi yang tak boleh kenal pasti jantina masing-masing. 
so apa yang kita perlu buat?lu pikir la sendiri. malu kadang-kadang bila kawan atau cikgu jepun yang pernah holiday kat malaysia. 

ujian penilaian sekolah rendah

1:48 PM 2 ♥
eh betul kan tajuk aku tuh nama penuh UPSR? haha dah lupa la pulak. dah lebih sepuluh tahun lepas aku amek upsr. pelajar harapan sekolah ni dulu. tapi sekolah rendah je la. naik sekolah menegah lingkup terus. haiihhh..


hari ni kan upsr. so di sini dengan berbesar hatinya aku mengucapkan semoga berjaya kepada adik aku bernama mek ira, jawab exam molek2. ingat apa y kak nor ajar aritu? mak aihhhh nak terkeluar anak tekak aku ajar die matematik ngan sains. bile die tanye n aku xsure jawapan maka aku buat2 la tanye dia balik. haha keji x. lupa dowh. padahal ujian darjah enam je pun. agak- agak kalau aku amek balik exam tu boleh dapat 5A tak? dulu aku tak dapat 5A pun. bukannye bijak sangat macam kamu-kamu.


agak-agak aku ni boleh jadi kakak contoh dia tak? ye la dah belajar jauh2 ni kot2 boleh jadik sumber inspirasi kan. sebab dulu2 aku jadikan akak aku y sulung tu sumber inspirasi. dapat tau akak masuk U memang rs semangat lah. nak masuk U jugak. walaupun sekarang orang macam dah tak heran kalau boleh masuk U. yeke? eh heran lagi la. sebab bukan semua boleh masuk U kan. kan. kan. tak kita lah yang kena bayar lebih ke bayar sikit ke tak payahbayar ke kan.

jawab molek2. 

haaiihh macam mana la adik aku ni.tahun depan tingkatan 1. xleyh nk imagine macam mane nanti. ada harapan jadi mangsa buli ni. mana taknye, bila cikgu cakap jangan mandi sungai dah dekat2 nak exam ni, memang dia tak pergi mandi sungai langsung! patuh pada arahan. good. jangan jadi mangsa buli sudah.


Sep 20, 2010

mother`s love

3:51 PM 0 ♥
tadi dapat emel daripada peng`forward` emel yang tegar. so seperti biasa aku kongsi ngan korang lak okeh.




lagu raya mode

11:36 AM 2 ♥
bangun tadi aku bukak emel. tengok-tengok komen balas dari teman di alam maya. lalu aku buka laman sesawang sue-sama, LORD ZARA 札拉 , Mohd Fakhrurazi Jamaludin dan jugak ザ-sylver-shooter. dan kedengaran lagu OST syurgamu ramadhan. oh aku tahu ni datangnya dari blog  



 selepas membalas komen, aku tekan butang x di atas sana.


eh, kedengaran lagu raya. uwahhhh. ni kalau bukan shery mesti si lord zara, takpun si MFJ. raya sakan hangpa naa. 

selepas aku tutup sesawang dunia sebelah zara dan Jam itu telah berbunyi lagi..., lagu raya masih berkumandang. sah! ni mesti shery punya keje. mentang2 lah kau tak balik raya abes satu dunia kau nak suruh org dengar lagu raya ek. lantas aku pergi ke shoutbox nya yang samar-samar itu. lalu menaip....

"ceh, kau rupanya yang semangat beraya......"

belum sempat aku tekan shout button, mataku terpandang itunes di toolbar bawah di sebelah kiri. aku padam kembali apa yang aku tulis tadi dan menekan tanda x di sebelah atas blog  si


dan laguraya masih rancak berkumandang.

erm, aku rupanya yang smangat beraya

ampunkan aku MFJ, shery n zarasensei. haha

jom geledah bag!

12:56 AM 0 ♥
seperti biasa la, kalau dah namanya pulang bercuti mestila bawak balik makanan satu bag kan. haaa aku memang tak ketinggalan. cuma kali ni, bag aku kecil sedikit berbanding tahun-tahun sudah. tapi satu bag kabin memang penuh dengan makanan. tapi makanan yang aku rasa bila kat sini nak sangat makan. kalau masa mula-mula datang dulu aku bawak banyak perencah. alih-alih aku pelbagaikan. perencah rendang pun aku gaulkan dengan ayam pastu grill je. macam-macam la resepi yang aku buat sendiri. maka kali ini aku tak bawak langsung perencah kecuali tandoori. sebab suka! gaulkan ngan ayam then grill. sedap wooo. eh jom kita terjah apa dalam bag aku kali ni.



nescafe 3 in 1

neslo keluaran nescafe

nesvita 3 in 1 oat as a breakfast

erm.. ya aku tahu. produk 3 in 1 yang sepatutnya dikurangkan. tapi ni semua faveret aku! aku cuba kurangkan pengambilannya ok....

3 bungkus mi goreng adabi dan sebungkus maggi perisa kari.

oh aku memang peminat setia mi goreng adabi. semenjak pertama kali aku makan ketika di kolej 12, UM dulu, aku terus jatuh cinta dengan mi goreng adabi. yang len tak minat! tak kisah la korang cakap indomee ke, mee sedap ke, aku tak layan. mi goreng adabi sahaja diterima.

serbuk santan. aku tak berapa gemar masak makan bersantan semenjak duk sorang2 ni so bawak sket je


oh i like air keladi! lastyearbwk dah nk abes sebotol. perisa sirap xberganjak pon. 

kiub pati ayam n ikan bilis

sardin dah tinggal satu tin je. satu tin lagi dah masak tadi haha

biskut tiger!. sihat dan kuat. eh tu iklan milo la

gula-gula mint satu balang hahaha

dan ada satu kh sos cili berserta 2kg cili giling. xsempat nk amek gambo aku dah masukkan lam balang. hehehe oh lupa. tandoori 3 paket juge.

dalam bag korang ada ape pulak?

Sep 19, 2010

cepat-cepatla abes belajar

9:12 PM 10 ♥
tiket 15 september aku dah pesan kat abah suruh beli awal-awal sebelum aku balik terengganu lagi. bimbang kehabisan tiket. maklumlah semua orang raya sakan. sampai je di terengganu, malam tu abah bagi aku tiket yang dia beli. turun kat kuala lumpur katanya. bas seawal 8pagi. tak apa, janji ada tiket. kalau tak merana la aku ketinggalan flight macam tahun lepas. eh bukan aku nak cerita pasal tiket 15 september. tapi pasal abah.

pagi 15hb tu aku bersiap-siap selepas sembahyang subuh. aku bajet2 nak gerak dari rumah pukul 730 walaupun aku tahu cuma 10 minit sahaja nak ke stesen bas. so aku siap-siap ala kadar, pastikan semua dah masuk dalam bag. tiba-tiba aku dengar motor abah masuk ke halaman rumah. oh abah dah balik. tapi...



"dah tu nak ke mana lagi tu?"

kedengaran suara ma bertanya. dan aku tidak mendengar jawapan dari abah, cuma bunyi motosikal sahaja yang jelas. jam menunjukkan pukul 740 pagi. kemudian aku dengar lagi bunyi motosikal dihidupkan. ma hantar ira ke sekolah tambahan. tahun ni nak ambil UPSR. eh semua orang nak ke mana aku nak balik dah ni.

jam menunjukkan pukul 750. abah belum pulang. begitu juga ma. aku terus kejut adik aku, joe. minta dia hantarkan ke stesen bas. selesai punggah bag ke dalam kereta, abah pulang dengan muka slamber nya. 

"abah pergi mana?"
"bukan pukul 830 ke?"
"pukul 8 la abah......"

dan abah ambil alih tempat duduk pemandu, menghantar aku ke stesen bas. nasib baik pemandu masih leka minum kopi agaknya. sebelum naik bas dua tingkat tu, aku salam joe, salam abah dan peluk cium abah. sedih je nak berpisah. time tu jugak abah hulurkan kepingan not 50. berapa keping aku tidak pasti. pantas aku menolak.

"tak payah la bah. kita dah ada....."

seraya tangan menolak suaan tangan yang mengandungi not 50 itu. kemudian aku masuk ke dalam perut bas. terimbau kembali kenangan masa aku form 3 dulu. kalau abah datang melawat memang sesuatu yang aku rasa nak melompat riang. seronok sangat.

pernah suatu hari abah datang, bawak duit 30 ringgit. kalau tak silap aku yang mintak untuk kegunaan sekolah ataupun asrama. abah cakap, itu duit pinjam. aku sebak. tapi aku tahan. abah datang kejap je, hantar duit kemudian pulang.

petang tu aku menanges tersedu-sedu di atas katil tingkat atas. betapa besar pengorbanan abah nak sekolahkan kami adik-beradik  dan aku mengambil peluang ni untuk abeskan belajar insyaAllah sehingga tahun depan sebelum bekerja. mahu tolong abah. biarlah sekarang abah berehat.


ni je y ada masa sesi bergambar raya. joe si tukang tekan camera, yoe hilang entah ke mana.

Sep 18, 2010

bahana belajar di jepun

3:15 PM 2 ♥
suatu hari, sedang aku masak-masak padahal goreng ikan je pun, datang la adik aku. suruh masakkan megi goreng. ceh megi je ke. so aku turunkan segala ilmu dalam bab masak-memasak ni. maka selesai lah satu menu megi goreng berkuah. aku taruk telur 2 bijik. maka aku panggil la adik aku syairazi n syafik tu untuk menjamu selera. bila syafik makan sesudu dua....


"sedapnye! kak nor masak macam ni ke kat jepun?"

aah. macam ni la kak masak. sedap kan? hahaha padahal aku ni dah gelak pecah perut tapi dalam hati. budak-budak kena layankan aje.

kemudian, satul agi insiden hari raya ke berapa ntah. aku buat air bandung. sila baca lagisekali. AIR BANDUNG. bukannya air teh jepun pun. sekali lagi...

"sedapnye! kat jepun kak nor buat air ni jugak ke?"

hahahahahaha aku gelak guling-guling. itu lah telatah syafik, adikku yang kini beradadi darjah satu. nampak macam cool tapi masih terserlah kebudak-budakan nya. tak cukup dengan peristiwa dia buat aku malu dengan diri sendiri haha nanti aku cerita lagi

tragedi 15 september

10:44 AM 3 ♥
raya belum abes lagi tapi dah siap ada tragedi. haa jangan salah paham bukan tragedi putus tangan kena mercun atau patah kaki kena langgar atau apa-apa yang seangkatan dengannya. ceritanya begini, 15 september aku bertolak dari terengganu naik bas di Setiu pukul 8 pagi. sepanjang beberapa tahun aku berulang-alik dari sekolah ke rumah since 2003, ni merupakan kali pertama naik bas 2 tingkat. teruja! hahaha sampai di stesen bas putra pukul lebih kurang 6 petang . tapi terpaksa naik komuter ke stesen batu tiga.Alhamdulillah, dekat stesen putra tu aku sempat la membolos atas bantuan makcik yang baik hati copkan tempat duduk untuk aku. walaupun penat aku tinjau2 ladies coach tapi tak jumpa. teringin gak nak naik. eh, apa yang tragedi sangat? haaaaaa, lepas ni la tragedi nya.

Di setiap stesen seterusnya, memang tak putus-putus la orang menyerbu masuk. aku duk kat gerabak last. xde pulak orang keluar. asik masuk je. Sampai la di satu stesen. Kalau tak salah dan mengikut kekuatan daya ingatan aku ni, tragedi tu berlaku kat stesen KL SENTRAL. 

Bila tren berhenti je kat sini, orang berpusu-pusu masuk. aku boleh tengok la dari luar tingkap tu memang penuh sangat. tak ada tanda-tanda orang akan stop masuk walaupun kat dalam gerabak dah penuh gila. sesak. nasib baik la aku sempat duduk masa mula-mula masuk. Tiba-tiba....

"woi, kalau dah tak boleh masuk tu jangan la masuk!"

lantang sekali suara. perempuan. masa tu jugak dengar suara budak menangis. aku terkejut gila masa tu. ya la, macam rusa masuk kampung. last naik komuter pun tahun lepas. tapi orang tak berhenti. terus-terusan dari luar menerjah masuk ke perut komuter. yang kat dalam ni dah tak tahu macam mana keadaannya. muka berkerut-kerut, ada yang tahan sakit dirempuh.

"Dah tak muat tak payan la masuk! Ingat ni tin sardin ke!!!"

lagi sekali suara lantang. oooohhhhh maaaaiiii gooddddd. tu je yang terkeluar dari mulut aku. seram sejuk weyhhhhh! 

Dan komuter meluncur perlahan menuju kestesen seterusnya. Sampai di stesen batu tiga, makcik tadi jugak yang tolong aku angkat bag aku. kalau tak, memang tak boleh keluar. fuuhh! lepas jugak.

mungkin ini adalah perkara biasa bagi mereka yang dah biasa menggunakan komuter. tapi bagi aku ini pengalaman baru. erm, memang selalu macam ni ke weh?

Sep 17, 2010

tadaima~

3:53 PM 3 ♥
Alhamdulillah aku selamat sampai ke destinasi. mana lagi kalau bukan bandar kentoku ni. Setelah berhempas pulas, terliuk lentok, tersengguk-sengguk selama :

  • 10jam di dalam bas dari terengganu ke kuala lumpur
  • 7jam di dalam kapal terbang dari kuala lumpur ke jepun
  • 3jam di dalam keretapi dari lapangan terbang ke fukui
  • 5 minit jalan kaki menuju ke urban ritz,kentoku

dan akhirnya aku tiba dirumah yang telah aku tinggalkan, dan sangat tak seronok sebab aku demam. demam mengejut mungkin. semalam di malaysia harini di jepun. 

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! sungguh tak suka.

Sep 14, 2010

lucky 30000

12:06 AM 0 ♥
nampak counter kat sebelah ni? yang warna merah ni la kak. haaa kalau hangpa datang jenguk2 tetibe nampak counter tertulis total = 30000, cepat2 p amek camera amek gamba, takpun print screen bak mai sini tunjuk kat aku ek. orang y komen 1st berserta bukti sahaja akan dikira pemenang. tak kesah la ramai orang nampak ke tak kan. kena ambil iktibar dari kisah lalu hehehe. sile letak komen di sini

hehehe

saje gedik2 nak tunggu pengunjung ke 30000. jauh lagi kot. tapi xpe, aku menunggu dengan sabar. 






blogger visitor

Sep 11, 2010

haiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~

4:58 PM 2 ♥
selamat hari raya!

Sep 10, 2010

are you my best friend?

3:28 PM 0 ♥
you might be best friend for one year

pretty good friends the next year

dont talk that often the next year

and dontwalk to talk at all the year after that.
So, i just wanted to say

even ifi never talk to you again in my life,

you are special to me and you have made a difference in my life


i look up to you, respect you and truly cherish you.


Send this to all your friends,

no matter how often you talk,

or how close you are,

and send it to the person who sent it to you.

Letold friends know you havent forgotten them,

and tell new friends you never will

Remember, everyone needs a friend,

someday you might feel like you have NO FRIENDS at all,

justremember this 

and take comfort in knowing

sombody outthre cares about you and always will

alolo comenynye~
rindu pulak zaman berforward2 msg zaman muda-muda remaja dulu. sekarang masih muda. erm maybekaum adam xbuatmacam ni kothehe. tapi sekarang dah  kurang dah email fwd2 y comel2 mcm ni kan? saje je menggamitkenangan silam.

TO ALL MY FRIENDS yang pernah menjejakkan kaki ke 
  1. skkg besut, setiu(1993-1996,1998-1999)
  2. sk kg buluh, setiu(1997)
  3. smka nurul ittifaq, besut(2000-2002)
  4. kisas, klang(2003-2004)
  5. aaj, um(2005-2006)
  6. fukui universiti, fukui(2007-present)
kita mungkin pernah duduk sebangku semeja, satu kelas satu dorm satu asrama, insyaAllah aku tak lupa pun korang. walaupun aku mungkin tak pernah pun nak sms berutus surat berkirim email tanya khabar, tapi aku stalk fb kamu, blog kamu . hahaha kantoi jadik stalker aku tahu kamu dah kahwin, dah ada anak, kamu dah jadik doktor, jadi cikgu, jadi lawyer. 

selamat menyambut hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin buat semua!!!

Sep 6, 2010

6:00 AM 0 ♥
kat jepun memang cepat je tangan belek bahan-bahan kat belakang makanan, sebab nya rata-rata makanan kat jepun memang tak boleh dimakan. jepun bukan negara yang penuh dengan orang islam. so sikit je la makanan yang boleh makan. makanan jepun ni memang tak boleh lari daripada arak, dan kadang-kadang kena make sure lemak haiwan ke lemak tumbuhan. kalau lemak haiwan memang xboleh ambil risiko utk makan. 

latihan cukup untuk aku berhati-hati bila balik malaysia, sebuah negara Islam tapi tahap halal dan haram makanan tidak boleh dijamin seratus peratus. so di sini ada sedikit panduan. dah lama dapat email. biase la fwd2 emel ni kan. mari kita berhati-hati dalam memilih makanan okeh. jangan main bedal je.




MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT















1
E
100

16
E
280

31
E
434

46
E
482
2
E
110

17
E
300

32
E
435

47
E
483
3
E
120

18
E
301

33
E
436

48
E
491
4
E
140

19
E
325

34
E
440

49
E
492
5
E
141

20
E
326

35
E
441

50
E
493
6
E
153

21
E
327

36
E
470

51
E
494
7
E
160

22
E
334

37
E
471

52
E
495
8
E
161

23
E
335

38
E
472

53
E
542
9
E
210

24
E
336

39
E
473

54
E
570
10
E
213

25
E
337

40
E
474

55
E
572
11
E
214

26
E
422

41
E
475

56
E
631
12
E
216

27
E
430

42
E
476

57
E
635
13
E
234

28
E
431

43
E
477

58
E
904
14
E
252

29
E
432

44
E
478

59
E
920
15
E
270

30
E
433

45
E
481




















 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting