Dec 15, 2010

akhirnya...jalan diputihi(?) salji

10:25 PM

ada ke perkataan diputihi? haha lantak lah. kalau tengok ramalan cuaca pun ada dah dinyatakan. turun hujan yang campur2 ngan salji. petang tadi  masa solat maghrib kat tangga, nampak dari luar tingkap hujan salji ni turun. tapi xde la nampak salji ketul2 yang besar tu. kecik2 je ais tu tapi agak lebat la jugak.

labmate gua
bila dah nak balik tu, kuar je kat tepi jalan tengok dah putih2. mula la kuar segala sifat jakun hahaha. seronokkkkkkkk sangat. lagi2 kalau jalan yang orang belum pijak. putih je kan atas jalan. bila jalan nampak tapak kasut.


apa lagi yang ditunggu? ambik gambar la yang pastinya kan haha. walaupun camera xberapa nak canggih kat henset ni, dapat la jugak snap 2,3 keping. tapi kalau ikut ramalan cuaca ni, hari jumaat ni baru betul2 salji.esok pun hujan campur salji lagi. dengar citer, bala tentera pun dah bersiap-sedia nak g main snowboard 23hb ni. oh buat aku bertambah2 lah teruja. harini nak main bentuk apa ye? kekeke

dan akhir kata, dariku untukmu yang jauh nun di sana. tak dapat nak buat snowman sama-sama dah kali ni.sobs~
ok, terlebih jiwang sket haha

p/s : lupa padam tadi after tulis kat bangku.mintak2 mlm ni turun dgn lebat so that terhapus tulisan tu pagi esok. maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu nanti!
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting