Dec 7, 2010

di mana silapnya....mari bersemangat!

10:28 PM
reactions 
amaran awal : pemerhatian ni ke atas diri aku sorang je. xde kaitan ngan orang lain, sama ada yang hidup mahupun yang dah meninggal dunia. kalau ada persamaan hanyalah kebetulan, atau dalam erti kata lain kita serupa! haha

zaman tadika & prasekolah:
bangun pagi semangat nak g sekolah. semangat nak pakai baju cantik-cantik. sorry lah, tadika aku time ni belum ada baju seragam petak2 tuh. so suka hati nak pakai baju apa. zaman tadika ni, berlumba2 nak siapkan latihan cikgu bagi. lumba ngan kawan aku, siapa lambat hantar kat cikgu akan kalah.

darjah 1-darjah 6 :
time ni toksah cerita la. semangat nak belaja membuak2. rajin betul. kerja sekolah pon selalu jadik rujukan kawan-kawan. kat kelas belajar betul2. sebab nak jadik pelajar cemerlang.paling cemerlang. tamak. taknak bagi orang lagi pandai dari aku. penolong kelas tu dah memang xde muka lain. ketua pengawas pon aku  lah. ketua rumah pon aku. solo nasyid pon aku. komander kawad kaki pon aku. ketua pasukan puteri islam pon aku. semua aku lah. pelajar harapan katakan. time nak upsr pon pejam mata lah.sebab rajin buat latihan time kelas tambahan. balik rumah tengok tv pon abah x marah. cemerlang tak aku? bagi kawasan kampung aku, paling cemerlang la. haha

form1-form3 :
sebab upsr dapat 4A je, masuk sekolah dapat kelas ranking no 2. sebab aku skema, g prep belajar rajeng2. walaupun kadang2 aku tdo je haha. tapi bila nak exam, aku pulun. pulun gila buat latihan. hapal sana sini. rezeki aku, dapat masuk kelas 1st time form 2 n 3. bila nk PMR, pulun jugak. orang lain dapat 9A xkn aku xleyh kan. tapi dah xleyh nak pejam mata la jawab exam.sebab aku xterer semua subjek. kureng sket. haha

form4-form5 :
Alhamdulillah, result PMR ok. dapat masuk SBP. time ni dah merundum sket. sebab nak kena fight ngan sumer yang terer2. subjek makin banyak. 12 subjek. tekanan pun makin tinggi. kerajinan pulak makin kurang. masa duk sekolah ni la 1st time aku tepon abah masa nak exam. sebab risau takut xleyh jawab exam. and masa ni aku xbelajar sama macam aku belajar time nak upsr and pmr. dulu belajar nak pastikan semua aku tahu. supaya nak masuk exam x cuak. semua lam kepala. org tanya dah boleh jawab. tapi time ni, boleh kira ngan jari je ilmu yang betul2 aku serap lam kepala. masa ni pun dah start dah pk, cukup2 makan pon xpe. xcemerlang macam orang lain pon xpe. xdpt masuk top 10 pelajar cemerlang pon xpe. janji spm aku xteruk sgt.

AAJ :
after SPM, dapat tawaran study kat jepun.so kena amek foundation kat RPKJ, UM. time ni toksah citer la. tahap ketensenan belajar yang paling tinggi kot lam hidup. haha. subjek sikit je. tapi sebab aku ni xsuka la belajar bahasa, memang silap la. sebab time ni la nk belajar fizik, kimia, matematik lam bahasa jepun. time ni baru nak belajar hiragana, katakana, kanji. time ni dah hilang semangat nak jadik orang paling cemerlang. dalam kepala, kalau dah lulus pergi jepun pun dah kira syukur sangat2. bape kali gak la nama naik ngan mama ros sebab result teruk. nanges2 banyak kali jugak lah. dalam kelas belajar apa pun xtahu la. dalam kepala banyak perkataan tensen, tensen, tensen je kot haha.

Tahun 1-4 di fukui university :
Syukur tak terhingga sebab ada rezeki jugak nak sambung ke sini. walaupun result cukup2 makan. tahun pertama ngan kedua,satu sem 15-16 subjek. exam seminggu je. satu hari 3-4 paper.minggu ni last belajar minggu depan start exam. tanpa study week. semangat tu pelan2 jatuh. impian nak jadik yang paling cemerlang pun dah lama hilang, cukup kalau dapat jawab soklan time exam. tu pun pernah masuk exam sambil termenung je. zaman kena repeat subjek. zaman bila xdpt jawab soklan dah start kira markah bagi cukup2 je lulus. kalau dapat A tu memang terus sujud syukur 

alam kerjaya : ??? 
macam mana la agaknye ye? hmmmmm....

marilah sama-sama bangkitkan kembali semangat kamu wahai ckynwan! semangat2! kau bukan orang mcm ni tak lama dulu. org len boleh menten je jadik yang paling cemerlang, kenapa kau xleyh? dush3~

wuwuwu~
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting