suhu sekarang semakin menggila. cukup untuk buat aku malas bangun pagi. lebih selesa dengan futon dan mofu yang membaluti tubuh. oh, hotblanket juga tidak ketinggalan, berserta stokin bulu-bulu. eh bulu-bulu?
menghitung hari, saat ketika dan waktu untuk Allah turunkan salji yang memutih ibarat kapas. itu hanya pandangan. tapi yang sebenar tidak ubah seperti hancuran ketulan ais. ah, mana mungkin aku lupa pengalaman melihat sendiri struktur salji yang pelbagai bentuk. indah ciptaan-Nya.
dan aku masih teruja, menunggu salji menjelma di saki-baki perjalanan hidup di bumi asing ini. meskipun ada kalanya aku lebih gemar andai suhu tidak terlalu dingin.
tapi sebaliknya di sana. mereka tidak pinta untuk dikurniakan `salji` yang begini. berat sekali bagi mereka. aku yang hanya kesejukan di sini, mungkin tidak layak untuk dibandingkan dengan kesulitan mereka.
rentetan dari peristiwa letusan gunung merapi di yogyakarta. bayangkan kalian di tempat mereka.
p/s : lantas, masih mahu mengeluh? anda sudah cukup beruntung!