Dec 31, 2010

What inspires me all these days

9:59 PM
dalam menempuh hari-hari mendatang, paling tidak pun mesti ada something yang kita jadikan sandaran ataupun penguat semangat untuk terus maju ke depan. so sebagai menyahut day 17 happiness challenge  : what inspires me, maka harini nak  bercerita lah serba sedikit apa yang jadi pendorong dan perangsang serta pemberi semangat untuk aku terus berjuang sehingga ke akhirnya. ceh, ayat tetap takmahu kalah.

aku ada 2 akak dan sorang abang. masa aku kecik2 dulu, aku suka tengok akak-akak n abang aku pergi sekolah asrama. bila ikut abah aku nak hantar dorang, aku rasa best sangat pastu mula la berangan nak duk asrama jugak. kecik2 kau dah berangan nak duk asrama. dan akak sulung aku merupakan salah satu sumber isnpirasi aku. akak aku berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. sebelum tu masuk uitm arau, perlis kalau tak silap aku.  so bila akak sulung aku masuk U, aku memang lah teruja. rasa best.kagum. nak jugak jadik macam akak aku. nak jugak masuk U. orang kampung, kalau masuk U dah hebat kot masa tu kan.

kami ni orang kampung. kalau masuk simpang nak ke kampung aku memang dah xde jalan tembus. jauh pergi sket  lagi terus jumpa jalan mati. kat hujung kampung tu boleh jumpa kawasan air terjun yang udara bersih, fresh air jernih lagi boleh nampak ikan berenang-renang. nak cakap nya kampung aku nih belum diteroka sepenuh lagi la time tu. eh panjang pulak mukaddimah. masa aku bersekolah menengah kat besut, ada la segelintir kawan2 aku yang maybe la nak gurau2 je, duk ejek2 pasal kampung aku ni. ye la, mereka2 semua dari kecik lagi dah ngadap komputer. dah kenal internet. aku sumpah la xtahu kan. ape jadah tu? hari demi hari aku makan hati ngan ejekan dorang. cakap belakang rumah aku ni tempat harimau tidur lah.tapi last2 hujung minggu nak datang mandi sungai, main air tejun korang gedik2 datang jugak kan lalu ikut rumah aku ni.cehh. 

dari situ, aku tebalkan lagi nekad nak belajar rajin2, sebab aku nak keluar dari kepompong yang kawan aku duk ejek2, cakap kawasan umah ulu la ape la.walaupun aku tak tunjuk tapi memang terkesan jugak lah lam hati.masa tu memang aku geram, menyemarakkan lagi semangat aku nak tunjuk kat dorang, aku budak ulu pun boleh jugak berjaya. korang konon2 dah maju sangat kalau xberjaya xpayah la nak ejek2 orang yang tak maju macam aku ni. tapi xpe lah, thanks to them aku dapat masuk ke sekolah berasrama penuh after PMR. dan aku keluar dari kepompong orang2 yang mulut busuk nih. Terima kasih banyak2!

bila masuk SBP, orang sumer hebat2. daripada impian nak masuk U, keinginan aku mula berubah bila pengetua duk umumkan senior2 aku ramai dapat tawaran ke luar negara. bila duk belajar ngan orang pandai2 ni, kalau kau malas terus dapat no corot, malu dowh. malu sangat. so nak taknak kena la berusaha. mungkin usaha aku takde la berapa padu sangat ngan orang yang dapat keputusan bagus2 gila, tapi alhamdulillah aku dapat lah tawaran nak melanjutkan pelajaran ke Jepun ni. dan sekarang aku berada di tahun akhir. sepanjang tiga tahun duk sini, nak kata senang tu memang penipu tahap alam la kan. sebab aku bukan macam orang yang bijak pandai, yang baca sekali terus paham, yang kerajinan sentiasa 100%. so ada la jugak jatuh bangunnya. tapi untuk terus give up tu memang tak pernah terlintas di hati aku ni. kenapa?

pendorong terbesar : ABAH.

yes, selain daripada pendorong2 kat atas tu, pemberi semangat aku yang paling besar dan paling kuat is abah. macam mana sekalipun aku rasa down, rasa nak give up, aku mesti teringat kat abah. aku fikir balik macam mana susah abah kerja , kalau tak silap aku sebelum abah kawen ngan ma lagi abah da keje ngan syarikat perkayuan tu n until now, even abah dah nak  bersara pun orang tak nak bagi sebab x cukup orang kan, abah membanting tulang keja everyday,membanting tulang bukan sekadar penggunaan peribahasa je ok. abah   pernah keje mesin pokok2 balak lam hutan guna mesin tu. abah guna jentera berat hangkut2 balak masuk lam lori(?). balik rumah pun hujung minggu je dari aku kecik sampai aku besar, tolak hujung tahun la x keje sebab musim hujan. macam mana aku nak terfikir untuk give up sedangkan abah tak pernah pun give up nak  besarkan kami anak beranak, nak sekolahkan kami, nak bagi keperluan kat kami. dan  benda tu aku pun xtau sampai bila akan berterusan. adik2 aku ade lagi nak sekolah sumer. can u imagine that? macam mana aku nak give up bila fikirkan pengorbanan abah. tak sanggup lah. aku tak tahulah kalau korang sanggup nak stop tengah jalan, mungkin la korang family kaya raya. xlulus periksa boleh masuk university swasta. ada duit semua boleh jalan kan.

so bila masa aku down, aku rasa dah x larat nak kayuh dah perahu hidup aku yang terkontang-kanting ke, aku akan ingat balik semua. macam mana sekalipun, aku kena harungi jugak. sebab dah smpai masa untuk abah berehat. biarlah kami anak2 lak yang tanggung abah. semoga perjalanan aku kali ni selamat ke penghujung yang sepatutnya. tahun depan dah start keje, moga aku sentiasa dikurniakan hati yang baik untuk terus berbakti kat abah n family. semoga hati aku ni terus dengan ingatan nak berbakti kepada family. xmo lah jadik anak lupa daratan weyyyy.



 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting