لا اله الا الله محمد رسول الله
dari kecik kita belajar. kita dengar. kita sebut. kalau tanya makna, siapa yang tak tahu? tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah. sebagai orang Islam, kita percaya dan mengakui Allah itu Tuhan yang satu. wajib percaya. tapi cukupkah sekadar percaya dan mengakui macam tu je? cukup sekadar kita percaya dan tak g sembah tuhan lain ke?
harini aku nak kongsi sikit. ilmu yang aku dapat. kalau dah selalu dengar, sebagai peringatan dan boleh betulkan mana-mana yang tersilap. ilah (إله) tu sendiri mempunyai ciri-ciri tersendiri yang perlu kita patuhi, kemudian barulah lengkap pengertian tiada ilah selain Allah.
1) yang diharapkan.
tiada yang diharapkan selain Allah. dalam meniti kehidupan di dunia, kena letak sepenuh pengharapan kepada Allah. yang utama.
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (2:186)
bila kita tension, sedih siapa yang kita harapkan untuk hilangkan tension, sedih kita tu? hilangkan masalah? siapa yang mula-mula kita nak cari tempat mengadu untuk dengar masalah tu. bila sedih nak menangis, kepada siapa kita nak menangis pada mulanya? siapa yang pertmanya terdetik di hati?
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (13:28)
2) yang ditakuti dengan harap.
perasaan takut melebihi rasatakut terhadap benda lain. rasa takut apabila kita buat kesalahan dan dosa. rasa takut untuk membuat salah dan dosa. kadang-kadang kat dunia ni, kita lagi takut pada kuasa lain walaupun benda tu kita tahu jahat. tapi rasa takut ni perlulah seimbang dengan harap. pengharapan yang bila kita dah buat salah tu, Allah maha pengasih, Maha Penyayang, Maha pengampun.
وَقَالَ إِنِّى ذَاهِبٌ إِلَىٰ رَبِّى سَيَہۡدِينِ
Dan Nabi Ibrahim pula berkata: Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Dia akan memimpinku (ke jalan yang benar). (37:99)
4)yang diikuti dan cenderung kepadanya
5)tenteram kepadanya
Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan) dan yang reda (berpuas hati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami. (7) Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah Neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan. (8)
6)merasa terlindung olehnya
إِنَّ ٱلَّذِينَ لَا يَرۡجُونَ لِقَآءَنَا وَرَضُواْ بِٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَٱطۡمَأَنُّواْ بِہَا وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنۡ ءَايَـٰتِنَا غَـٰفِلُونَ (٧) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مَأۡوَٮٰهُمُ ٱلنَّارُ بِمَا ڪَانُواْ يَكۡسِبُونَ (٨
(10 : 7-8)Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan) dan yang reda (berpuas hati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami. (7) Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah Neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan. (8)
6)merasa terlindung olehnya
ٱتَّخَذُواْ مِن دُونِ ٱللَّهِ ءَالِهَةً۬ لَّعَلَّهُمۡ يُنصَرُونَ (٧٤) لَا يَسۡتَطِيعُونَ نَصۡرَهُمۡ وَهُمۡ لَهُمۡ جُندٌ۬ مُّحۡضَرُونَ
Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan harapan) semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu). (74) Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka. (75)
7)rindu kepadanya
hari-hari kita merindui. rindu sesuatu yang milik kita. rindu family. rindu kawan. rindu boyfriend/girlfren. rindu tunang. rindu semualah. kalau tak jumpa kejap tu rindu membuak2. tapi pernah ke kita ada rasa rindu yang macam tu untuk jumpa Allah. bila tinggalkan Allah, kita rindu sampai macam tu sekali x?
ini adalah ciri2 ilah yang perlu ada di dalam kita, dan kita kena ada ciri-ciri ilah ini hanya terhadap Allah. tak boleh ada yang lain melebihi terhadap Allah s.w.t
erm, penerangan tak reti nak olah tapi harap boleh bagi sedikit input yang aku dapat. sebab rasa macam tak pernah dapat intipati macam ni. selalu belajar simple je pasal kalimah syahadatain ni. cukup sekadar tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. tapi bila teliti ciri2 di atas, rupanya masih jauh dan perlu kepada penghayatan sebenar. penghayatan dan makna sebenar setiap kali diucapkan "la ilaha illallah"
p/s : sekadar berkongsi. mana yang kurang harap dapatlah ditambah. mana yang pincang haraplah dibetulkan