Nov 24, 2010

mengimbau kembali tahun pertama mengguna papan luncur snowboard

10:45 PM
reactions 
tahun pertama aku sampai jepun, senior2 bawak pergi washigatake di gifu-ken. ya, tempat yang sangat lah mencabar untuk beginner macam aku ni! bayangkanlah, tahun pertama nak kenal snowboard dah bawak pergi tempat2 yang cerun bengkang bengkok. sampai ke sudah aku duduk je atas papan tu hahaha. 



mula-mula nak belajar berdiri tu amatlah payah! nak berdiri papan tu, kena stabilkan diri sementara papan tu gerak. 



nampak macam mudah je. tapi patah gak la belakang, senak gak la bontot asik jatuh je. jatuh bukan men landing semat punyaaaaaaa. macam nangka busuk! berguling2 la atas tanah tu. kalau jatuh tempat salji menimbun amatlah nyaman dan bestnye. kalau jatuh tempat y keras, memang rasa berpinau gak lah mata.


sejak dari situ, aku jeles tengok orang lain boleh buat bentuk S, boleh lompat2. so aku pun nak jugak. tu yang jadiknye tak boleh tak pergi kalau org nak pergi. memang setiap kali ada orang pergi, aku wajib ada lah. teruk macam mana aku jatuh, teruk macam mana sekalipun aku kena langgar ngan orang lain, degil jugak. nak jugak main snowboard. 


alah nak tunjuk video aku jatuh guling2 xdak la pulak! hahaha
kotoshi mo yarukai~
semangatnye nak main snowboard balik!
tapi kali ni xleyh main byk2 dah T_T
duit xdak dah abes wuwuwuwu
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting