Nov 29, 2010

perempuan itu materialistik? kata lelaki

6:14 PM
reactions 
dalam perjalanan pulang dari toyama, kami decide untuk makan di kedai kashmir. tempah beriyani. tapi sebelum sampai tu, mereka ni duk provoke la kata kedai tu x cantik la, macam reban ayam la, macam2 lagi lah. pastu ada la kawan laki aku ni bertanya/berkata : 

"eh orang perempuan kalau nak masuk kedai makan la contohnya, mesti pentingkan persekitaran yang cantik kan? nak masuk kedai yang dihias cantik-cantik aje. buruk2 ni taknak la."

aku sentap! eh, ada ke macam tu? maka aku dan junior ku terus la mempertahankan prinsip kami, yang nasib baik la serupa kan. hahaha. 

bagi aku, kecantikan sesuatu kedai tu merupakan satu bonus la. janji makanan sedap. tapi jangan la sampai tikus2 pun meliar aje kat lantai. lipas2 pun merata2 sampai bersiar2 dalam pinggan. lalat2 terbang di sana sini. kalau dah takat macam ni punya kedai orang lelaki pun x masuk kan?

mungkinlah ada kaum perempuan di luar sana yang nak masuk kedai mahal2 je. kedai murah2 taknak masuk. tapi orang lelaki pun ada je kot yang macam ni. selalunya yang kaya raya la tu takut saham jatuh masuk kedai buruk. yang tak kaya bajet kaya pun ado jugak.

haaaaa, kamu-kamu macam mana?


p/s : curik 7 minit nak update blog jap hehe
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting