Nov 14, 2010

sekali-sekala macam budak-budak

7:31 PM
suhu semakin menyejuk(?), autumn bukan lagi in my heart kerna sonata musim salju pasti menjengahkan diri. dan kekangan masa semakin mencemburui masa lapang aku. akan mula sibuk, fyp yang semakin menyesakkan jiwa. dan meletakkan aku dalam kondisi yang kurang memberangsangkan!tiada lagi masa untuk bangun awal pagi dan menyediakan sarapan tengahari. ceh. pandai bukan aku mencipta alasan. dingin pagi cukup untuk aku berfikir banyak kali untuk bergerak dari katil. sejokkkkkkkkkkkkkkkkk! 

tapi perlu jugak. sebab nak sediakan bentou(=bekal) pergi lab. tak perlu aku menyesakkan otak untuk memilih makanan di cafe, walaupun pilihan makanan yang boleh dimakan tidaklah banyak mana.

maka aku perlu sediakan bentou sendiri. eh aku tahu masak tau! hehehe 

comel tak?
bekas bentou kanak-kanak yang comel gile kan! walaupun aku bukanlah begitu teruja sangat dengan pooh si perut buncit! haaa jangan nak samakan aku dengan pooh! baru je beli 2 hari lepas, di apita. harga 500yen. sila jangan convert sebab nanti nampak aku macam kaya gila beli bekas makanan RM19. eh ke murah bagi kamu? maaflah, aku kedekut dan miskin. eceh.

ni kali ke berapa ntah aku bazirkan duit beli bekas bentou. dulu beli yang biasa2 dekat kedai 100yenshop. tapi haritu aku aku bawak nasik ngan lauk sampai tumpah2 kuahnya! oh tension aje. cmne la berat aku nak naik kalau asik tension aje kan? ya, satu kerisauan yang aku pernah utarakan dulu. dah lupa? 

uwah bertingkat2!

tingkat pertama tempat letak chopstik!
walaupun aku maybe takkan guna sangat chopstik tu hehe

lapisan kedua : tempat letak nasi
lapisan ketiga : tempat letak lauk
haaaaa, senang la pasni aku nak bawak lauk ada kuah pon. xde dah tumpah2. bag bentou pon dah beli kat 100yenshop! hahah semangat tak semangatnye aku ni nak bawak bentou. tinggal nak rajinkan diri bangun masak je. kalau tak sia-sia la beli bekas! hahaha

ok, gambar makanan pencuci mata untuk kali ni! esok aku kongsi resepi okeh. serius sedap! tak tipu! hahaha


p/s : sebenarnye aku jeles kat labmate aku yanghari2 bawak bentou dalam bekas! mak dia masakkan T_T
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting