Nov 7, 2010

jangan beli Iphone 4g! buang baju upin ipin! kata mereka la. bukan kata aku ha ha ha ha

10:17 PM
fuhhhhh. baru ingat nak beli Iphone 4g. tapi terus tak jadi.baju upin ipin aku bawak 2lai dari malaysia! 1 kaler merah dan 1 lagi kaler hitam! dengan bangganya aku pakai. semangat aku beli balik raya 2 tahun lepas. kat adik sendiri pun aku tak bagi tau. tup2 harini nak kena buang ke?

kahkahkahkahkahkahkah. eh gelak langsung tak sopan lah! pe cite ni????

biasalah di hujung minggu bosan2 ni aku terjah sana sini. tiba2 mata terpacak di satu entri. 



aku curik ni dari blog pejuang kesenian extreme. eh tapi yang kat atas ni bukan dia tulis. die amek dari mana aku tak tahu lah. dinyatakan bahawa petikan kat atas tu tersebar luas di laman sosial tapi ni lah pertama kali aku jumpa di blog PKE ni.

aku tak berani nak kata yang ni betul ataupun salah sebab Allah lebih mengetahui. apa-apa pun berpeganglah pada quran dan sunnah sebab tu peninggalan yang benar. 

tapi kan, akhir-akhir ni banyak betul yang dikaitkan dengan konspirasi freemason. kalau yang macam video gaga tu aku mungkin akan terpengaruh sket2 sebab dia duk cte pasal hal2 kristian lah apelah mcm nampak logik. kalau dalam lirik lagu shinee pon nampak macam kena la jugak bila tengok lirik betul2 plus nama lucifer tu sendiri.

sumber : sini

tapi bila upin dan ipin bermaksud USA dan Israel? Iphone tu untuk Israel ? adehhhhhhhhhhh. dah macam2 pulak jadiknya. wallahuallam~

pasal iluminati dan freemason itu sendiri aku tidak menolak mahupun menerima dengan sebulat suara.

semoga Allah tidak membolak-balikkan hatiku. pimpinlah aku ke jalan yang lurus dan benar, jalan yang Engkau redhai. 

p/s : agak2 kat negara lain ada tak yang mengaitkan apa-apa dengan benda2 alah ni ek? kartun dorang ke. handphone dorg ke.

p/p/s : eh aku tak jadik beli iphone sebab mmg xde duit.

Comments (6)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
hrmmm...ade perkara yg aku sedikit tak setuju la..
cuma aku bukan la cendiakawan bijak nak bahas semua ni..
aku stuju ngn ckynwan,,,..
Tuhan Maha Mengetahui segalanya....
dari kita hamba yang kerdil...

semoga kita jauh dari azab neraka...amin...
My recent post suai kenal bloggeranda berminat
aku rasa bnde pasal freemason ni pon memangla kne percaya tapi takleh taksub sgt.aku pnah dgr ustaz aku ckp something like this.islam ni ada 70 jalan( tak sure angka die mcm mana) but jln yg sbenar hanya ada satu je.even dlm islam pon ada byk yg huru hara terpesong sana sini,apetah lagi hal2 bkn islam cmni.ape kate dari pening pale pk bnde ni,baik berbalik kepada islam yg sebenar.hal org jahat or dajjal bnde tu akan dtg,tp sme dibawah ketentuan Allah,xboleh nk buat apa pon.kita boleh amalkan surah alkahfi dan yg berkaitan je utk lindung kite. :) tp serius,makin lama aku makin annoyed lak bile org dah bangkitkan sal upin ipin etc ni.lawak jgk rasaaa kekdg...huhu tp gaga n shinee tu mmg sah2 hampeh
haha tu la pasalnye. aku pon xde la menolak hundred percen. sebab dah dinyatakan y dajjal , yakjuk makjuk tu sendiri adalah binatang dan juga satu puak(tapi aku selalu kompius dan tertukar yang mana satu puak n mana satu makhluk tu >,<). yang diberikan kekuasan, kelebihan oleh Allah dan manusia memang akan dikuasai sebelum turunnya Imam Mahdi dan Nabi Isa.

tapi bila dah timbul yang pelik macam ni kadang2 jadik pening kejap. cepat2 tanam dalam hati snirik,, lebih baik beri kepercayaan penuh kepada penerangan alquran dan hadis yang sahih.

kalau kau percaya pasal sumer benda alah ni, buang baju, tak beli iphone tapi kau buat dosa lain pun xde maknanya jugak kan. tak gitu ke?
ermm..taktau la nak kata kan. mungkin ada betul nya ,mungkin jugak kebetulan. kadang2 orang mencari sampai ada. orang suka mengadakan yang takdak.macam upin ipin ni. tapi yg apple tu taktau la kan sbb mmg depa punya. hehe. apa2pun, pegang alquran dan sunnah. tu yg penting.
xkan sebab guna iphone terpesong kot. huhu. slalu kan dpt emel yg tulis macam " sebarkan ini kalau tak solat tak sah la, hidup tak slamat la bla bla bla" .macam tah apa2. hanya Allah yg berhak menilai ibadah kita.

p/s: same ah tak guna iphone sbb x berkemampuan,hehe.
semua bergantung pada niat kita....kita orang melayu kita faham dalam bahasa melayu kenapa nak kena compare2 dengan bahasa lain pulak..bila kita sebut upin apa yg kita bayangkan adalah karakter kartun tu dan bukannya benda lain...kalau nak fikir macam tu matilah kita...sebab kita tak tahu pun apa yang kita cakap tuh apa maksud dia dalam bahasa lain....macam i-phone tu jugak...perkataan i tu bukan ke stand for inteligent kenapa pulak kita nak pening2 kepala nak pikir pasal benda2 lain pulak...as long as kita gunakan phone tu kearah yang betul insyaAllah takde apa2...sebenarnya orang yang banyak sangat fikir yang bukan2 ni lagi bahaya
Kah kah kah...saya rasa dah sengaja di buat ajer la teori upin ipin ni.. saya dulu pernah jadi pelatih kat Les Copaque ni, ( Boleh tengok di entri ini..
) takde pulak rasanya ada orang suruh dia orang create nama upin ipin ni kerana israel yahudi semua tu. Ini kebetulan ajer la...kalau ada agenda yahudi, dah lama upin ipin tu ajar supaya kurang ajar dengan orang tua, ajar cara2 mencuri, ajar cara2 supaya menjadi taksub kepada dunia..ada ke pernah dalam satu episod dorang ajar buat macam tu??

Bahkan dorang ajar cara hormati orang tua, ajar menyayangi binatang, ajar cara berharmoni antara kaum, ajar cara solat, cara baca doa sebelum bukak puasa... Yang kerja buat animasi ni pun 90% budak melayu beragama Islam..bos dia pun tak nampak pulak macam ahli freemason ke iluminati ke secret sociaty ke bagai...camon la...bila melayu nak up sikit, ada la melayu lain nak kasi pelingkup

Ala, jangan la sikit2 freemason, sikit2 iluminati sikit2 agenda yahudi..susah lah macam ni.
My recent post Kesian- motor jadi ikan

Post a new comment

Comments by

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting