Nov 29, 2010

operasi melambung daun merah!

10:34 AM
reactions 
tak sangka banyak pulak terhasilnya entri after g jalan2 ke toyama nih. tapi xpe lah. janji best. next ialah sesi mencari daun merah. hahaha tu memang salah satutujuan utama pun bila sampai. mata meliar spot pokok berdaun merah. so bila dah abes main badminton, kami jalan2 lah sesi snap gambar sendiri lak. jumpa banyak sangat pokok berdaun momiji ni. dah la merah2. sangat teruja la. 



lepas tu kami ni berangan nak amek gambar sambil lambung2 daun merah tu. kamera sah2 lah duk guling2 kat  atas tanah. set timer. pastu bajet masa yang sesuai untuk lambung. perghhh masa ni memang la kelakar. timing selalu salah. pastu momiji tu x jadik berterabur. jadik berketul-ketul. hahaha

daun jadik bergumpal. kami tak puas hati

masa ni tak tahu bila nak lambung. sudahnye pegang aje lah daun tu

ni pulak tercepat sket. daun sumer dah jatuh2 tinggal tangan aje baru tersnap

tapi kami nak jugak cuba kan haha
haiihhhh. bukan senang upanya nak pakai timer ni. hahaha cmpor ngan gelak ketawa lagi. last2 amek gambar simple sudah lah. janji masuk lam gamba kan.

kan senang mcm ni! hehe

jumpa lagi pokok daun super merah!


masa ni dah gelap dah. sepatutnya dah beransur balik ke kereta. lepas tu kami dapat tahu majlis penyampaian hadiah dah abes. sangat sedih sebab xde saper pon inform kami. nak jugak kan merasa amek hamper y kami menang no 3 tu! hahahaha dah gelap pun dorang tak panggil2 lagi, kami teruskan je la amek gambar setiap kali jumpa daun merah.


junior ku semangat nk g baring2 kat situ! =P





percubaan terakhir nak lambung dan masih tak jadik! hahaha pasrah aje lah
ni mungkin peluang terakhir aku nak nikmati keindahan momiji ni. lepas ni susah dah la. isk2, sedih pon ado. tapi xpe, balik malaysia masuk ict shah alam lah pulak. hehehe
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting