Nov 29, 2010

sekali sekala main badminton pakai skirt. ok what~

12:31 AM
reactions 
ok. masih lagi pasal hokuriku taikai di toyama. pada mulanya fukui tak hantar pun team untuk pertandingan badminton. sebabnya kami nak jalan-jalan aje! lagi satu, kalau pergi mana-mana pertandingan badminton ni, team fukui selalu main half way je. sebab tak cukup orang. main cukup syarat aje lah. dah agak penat main kami blah tengok bola lak. tu lah yang selalunya berlaku.

tapi kali ni, agak menyedihkan sebab ada dua team aje yang nak  bertanding. so tak fun lah kan. lepas fikir punya fikir, kami setuju lah join. team penuh sepatutnya 2 double dan satu single. tapi sebab kami kepupusan wanita yang datang, maka kami hantar 1 double and 1 single aje lah.tapi sebab sebenar ialah kami nak hamper. sebab kalau kalah pun still dapat no3! hahaha memang gila makanan betul.

sah2 lah kami ni tak ada baju persalinan yang sesuai utk berpeluh2 main  badminton. sebab mmg dah cakap xnak main kan. tapi makanan punya pasal, main la jugak. memang main pakai pakaian yang ktorg pakai time tu la. kasut pun tak pakai haha.

kasut pon xdok nih

junior ku yang comel
junior aku ok la sket sebab pakai jeans kan. aku ni haaaa, pakai skirt! kat dalam just pakai legging aje. nak main badminton tu. haha kasut tak pakai pon. tapi nak hamper sangat kan, redah aje lah haha



gambar aku main xde lak orang snap. sebab semua ngah tumpu kat game junior aku yang comel2 ni. hahaha sumpah lawak gila dorang main! sepanjang game aku gelak aje tengok dorg main. n yes, team fukui memang selalu main sambil bergelak ketawa kekeke

aku single. main sorang ajelah

dorang main double

eh tak kena! kekeke
lawan , lawan, dan lawan... abes la game. tapi sebenarnye aku lawan skalik aje. haha junior aku lawan 2x. selebihnya tak perlu lawan, sebab keputusan dah jelas depan mata. kemudian kami bincang2 la keputusan, sama ada aku perlu lawan lagi ke x untuk tentukan johan dan naib johan. bukan aku tapi orang lain la untuk kira  mata. haha lawak je. tapi aku cakap awal2, xyah lawan la. sebab kompem kalah haha

satu-satunya budak batch aku yang datang nih
dari nigata daigaku

sebok bincang nak tentukan johan dan naib johan

pengadil ngah kira2 mata kedua2 pasukan
dan bila segalanya selesai, kami amek gamba ramai2 lah untuk kenangan bersama-sama. cuba carik sikit orang paling ayu hahahaha



ok, lastly ......the comelest n the most ayuness badminton player ever! hahahaha



sekian laporan dari fukui. oyasumi people.
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting