kenapa aku baru nak sedar dunia ni macam ni sebenarnya ek? benda nampak simple bagi orang2 yang tidak meletakkan sepenuh jiwa raganya, tapi sebaliknya bagi mereka. tak pernah terfikir dek akal sampai macam tu sekali jadiknya.
atau mungkin sebenarnye perkara itu masih lagi biasa, tapi aku yang memandangnya dengan terlalu luarbiasa?
agak2 nanti ada tajuk dalam paper macam ni
dendam dunia blogging akhirnya terbalas, seorang blogger mati terbunuh
eceh, ada tak gaya macam tajuk kosmo ke, utusan ke kekeke. tapi tak mustahil kan suatu hari nanti, jenayah dunia blogging mungkin akan muncul di dada2 akhbar. mana taknya, orang ni buat entri macam ni, yang ni lak nak terasa, yang tu back up yang ni, yang sana lak bengang. adeh tak paham aku.
tu masing2 punya hal la kan. aku blogging pun suka-suka. menulis apa yang tersirat dari yang tersurat. kamu nak baca silakan, kamu nak blah pun aku tak pernah tutup pintu. kamu nak terasa pun, sorry aku tak pernah mention nama kamu jadi anggap sahaja kebetulan. kamu nak sayang, aku tak pernah paksa ikut aku. jadi, buat keputusan kamu sendiri, yang mana selesa.
ini dunia tafsiran aku, keluar dari kepala dan pemikiran aku melalui pemerhatian aku. hanya aku. kalau aku salah kamu boleh hentam aku tapi perkara kena bagi jelas, jangan main hentam membabi buta. oh, aku lupa tulisan ini tiada disertakan intonasi maka perlu aku ingatkan yang semua ini hasil dari pemikiran yang tenang.
eh apa aku merepek bangun pagi2 ni. eh dah tengahari. lapaaaaaaaaaaaaaaaaaa.