dulu-dulu kami biasa bergelak ketawa bersama
waktu dulu, dia kerap bergurau senda
walaupun kadang-kala aku tahu barannya bagai menggila
tapi jenaka nya tetap aku suka
dulu-dulu, kepulangannya tetap aku nanti
saban hari aku rindukan mesranya kami
mungkin nampak biasa
tapi bagi aku dia begitu berharga
kerana hanya dia seorang pangkat itu yang aku ada
tapi segala berubah
dek kerana suatu perkara
ramai yang menghambur caci nista
sehingga tiada lagi riang di muka
senyum hanya seketika
jauh sekali dengan jenaka
oh aku rindu ketukan di kepala yang manja
aku mungkin tak pernah zahirkan semua
tapi dialah segalanya
maafkan aku, termenitik juga air mata ini
dan aku rindu dia, rindu mencengkam hati
dia yang lama kukenali
alangkah bahagianya, andai dia yang dulu kembali
tapi aku hanya menghitung hari
dan aku buntu kini.......
p/s : aku rindu kamu, harap kamu tahu itu
Istighasah, boleh ke tak?
3 days ago