satu botol gam tumpah. aku tak sedar dan x perasan langsung. abes satu botol baru perasan. satu hal pulak nak kena alihkan2 katil. kena lipat2 dulu. nak lipat kena buang futon segala. buncuk, bunbun dan boo-boo sama la.meja desktop pon kena alih. karpet pulak 3 lapis. 3 lapis ok! TIGA! nak lipat segitiga tanpa alihkan meja desktop memang tak mampu nak tengok tempat tumpahan gam kena lantai rumah ke x.
nape banyak sangat karpet?haruslah letak karpet. kalau alih2 barang papan calar balar nanti kena bayar duit banyak bila keluar nanti. karpet rosak xpe, asal bukan papan rumah. kenangan lalu cukup lah. papan lantai rumah lama rosak teruk, hampir saja kami kena bayar 400000yen, 100 yen =RM3.8. kiralah sendiri.
tapi bila tumpah macam ni, menyusahkan hidup la pulak nk alih2. papan punya pasal, aku terpaksa lah berhempas pulas mengubah segala. tension2
oh, kalau nak tahu ni lah rahsia aku kurus. ubah posisi perabot lam rumah sebulan sekali. kompem kurus. tak percaya cuba lah! T_T