Nov 19, 2010

resepi pertama cubaan aku masih berjaya!

9:55 PM
reactions 
seperti biasa, resepi pelik2 memang aku suka buat. lantak lah perut aku yang nak makan kan. sedap menjilat jari pun aku sorang je yangrasa hehehe. sebelum ni pernah upload gambar ayam tu tapi nampak macam ayam berempah biasa je kot. maka aku upload lagi sekali lah. pedulik lah, ayam aku kan haha

ayam goreng SUPER rempah


kenapa super rempah? jom tengok resepi ayam goreng SUPER rempah

bahan-bahan :
  1. beberapa ketul ayam
  2. rempah tandoori
  3. tepung kentucky
  4. telur
  5. sos tiram
  6. sos tomato
  7. air
  8. butter


cara-cara :
  1. gaulkan ayam dengan rempah tandoori. campurkan dengan sedikit susu.
  2. perap kan ayam. lagi lama lagi bagus untuk rempah meresap ke dalam ayam
  3. gaulkan dalam telur
  4. golekkan dalam tepung kentucky
  5. goreng dalam minyak panas


sos :
  1. panaskan kuali dan cairkan butter
  2. masukkan sos tiram, sos tomato dan air
  3. tunggu sehingga pekat
  4. curahkan atas ayam


siap untuk dimakan. sedap nyum3 



idea tercetusnya resepi:
sebelum tidur haritu aku rendam siap2 ayam ngan rempah tandoori.esoknya nak grill. lepas tu keesokan harinya teringin nak makan ayam goreng tepung lak. nak golek2 lam telur tapi xkan nk letak lam minyak terus kan? menyesal dah perap siap2. tapi, last2 aku golek lagi sekali dalam tepung kentucky yang dah berempah tu. maka jadiklah ayam super rempah!

nak cuba taknak cuba ikot suka hangpa lah!
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting