Dec 31, 2010

What inspires me all these days

9:59 PM
reactions 
0 ♥
dalam menempuh hari-hari mendatang, paling tidak pun mesti ada something yang kita jadikan sandaran ataupun penguat semangat untuk terus maju ke depan. so sebagai menyahut day 17 happiness challenge  : what inspires me, maka harini nak  bercerita lah serba sedikit apa yang jadi pendorong dan perangsang serta pemberi semangat untuk aku terus berjuang sehingga ke akhirnya. ceh, ayat tetap takmahu kalah.

aku ada 2 akak dan sorang abang. masa aku kecik2 dulu, aku suka tengok akak-akak n abang aku pergi sekolah asrama. bila ikut abah aku nak hantar dorang, aku rasa best sangat pastu mula la berangan nak duk asrama jugak. kecik2 kau dah berangan nak duk asrama. dan akak sulung aku merupakan salah satu sumber isnpirasi aku. akak aku berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. sebelum tu masuk uitm arau, perlis kalau tak silap aku.  so bila akak sulung aku masuk U, aku memang lah teruja. rasa best.kagum. nak jugak jadik macam akak aku. nak jugak masuk U. orang kampung, kalau masuk U dah hebat kot masa tu kan.

kami ni orang kampung. kalau masuk simpang nak ke kampung aku memang dah xde jalan tembus. jauh pergi sket  lagi terus jumpa jalan mati. kat hujung kampung tu boleh jumpa kawasan air terjun yang udara bersih, fresh air jernih lagi boleh nampak ikan berenang-renang. nak cakap nya kampung aku nih belum diteroka sepenuh lagi la time tu. eh panjang pulak mukaddimah. masa aku bersekolah menengah kat besut, ada la segelintir kawan2 aku yang maybe la nak gurau2 je, duk ejek2 pasal kampung aku ni. ye la, mereka2 semua dari kecik lagi dah ngadap komputer. dah kenal internet. aku sumpah la xtahu kan. ape jadah tu? hari demi hari aku makan hati ngan ejekan dorang. cakap belakang rumah aku ni tempat harimau tidur lah.tapi last2 hujung minggu nak datang mandi sungai, main air tejun korang gedik2 datang jugak kan lalu ikut rumah aku ni.cehh. 

dari situ, aku tebalkan lagi nekad nak belajar rajin2, sebab aku nak keluar dari kepompong yang kawan aku duk ejek2, cakap kawasan umah ulu la ape la.walaupun aku tak tunjuk tapi memang terkesan jugak lah lam hati.masa tu memang aku geram, menyemarakkan lagi semangat aku nak tunjuk kat dorang, aku budak ulu pun boleh jugak berjaya. korang konon2 dah maju sangat kalau xberjaya xpayah la nak ejek2 orang yang tak maju macam aku ni. tapi xpe lah, thanks to them aku dapat masuk ke sekolah berasrama penuh after PMR. dan aku keluar dari kepompong orang2 yang mulut busuk nih. Terima kasih banyak2!

bila masuk SBP, orang sumer hebat2. daripada impian nak masuk U, keinginan aku mula berubah bila pengetua duk umumkan senior2 aku ramai dapat tawaran ke luar negara. bila duk belajar ngan orang pandai2 ni, kalau kau malas terus dapat no corot, malu dowh. malu sangat. so nak taknak kena la berusaha. mungkin usaha aku takde la berapa padu sangat ngan orang yang dapat keputusan bagus2 gila, tapi alhamdulillah aku dapat lah tawaran nak melanjutkan pelajaran ke Jepun ni. dan sekarang aku berada di tahun akhir. sepanjang tiga tahun duk sini, nak kata senang tu memang penipu tahap alam la kan. sebab aku bukan macam orang yang bijak pandai, yang baca sekali terus paham, yang kerajinan sentiasa 100%. so ada la jugak jatuh bangunnya. tapi untuk terus give up tu memang tak pernah terlintas di hati aku ni. kenapa?

pendorong terbesar : ABAH.

yes, selain daripada pendorong2 kat atas tu, pemberi semangat aku yang paling besar dan paling kuat is abah. macam mana sekalipun aku rasa down, rasa nak give up, aku mesti teringat kat abah. aku fikir balik macam mana susah abah kerja , kalau tak silap aku sebelum abah kawen ngan ma lagi abah da keje ngan syarikat perkayuan tu n until now, even abah dah nak  bersara pun orang tak nak bagi sebab x cukup orang kan, abah membanting tulang keja everyday,membanting tulang bukan sekadar penggunaan peribahasa je ok. abah   pernah keje mesin pokok2 balak lam hutan guna mesin tu. abah guna jentera berat hangkut2 balak masuk lam lori(?). balik rumah pun hujung minggu je dari aku kecik sampai aku besar, tolak hujung tahun la x keje sebab musim hujan. macam mana aku nak terfikir untuk give up sedangkan abah tak pernah pun give up nak  besarkan kami anak beranak, nak sekolahkan kami, nak bagi keperluan kat kami. dan  benda tu aku pun xtau sampai bila akan berterusan. adik2 aku ade lagi nak sekolah sumer. can u imagine that? macam mana aku nak give up bila fikirkan pengorbanan abah. tak sanggup lah. aku tak tahulah kalau korang sanggup nak stop tengah jalan, mungkin la korang family kaya raya. xlulus periksa boleh masuk university swasta. ada duit semua boleh jalan kan.

so bila masa aku down, aku rasa dah x larat nak kayuh dah perahu hidup aku yang terkontang-kanting ke, aku akan ingat balik semua. macam mana sekalipun, aku kena harungi jugak. sebab dah smpai masa untuk abah berehat. biarlah kami anak2 lak yang tanggung abah. semoga perjalanan aku kali ni selamat ke penghujung yang sepatutnya. tahun depan dah start keje, moga aku sentiasa dikurniakan hati yang baik untuk terus berbakti kat abah n family. semoga hati aku ni terus dengan ingatan nak berbakti kepada family. xmo lah jadik anak lupa daratan weyyyy.



salji akhir tahun

2:00 PM
reactions 
0 ♥
sedar atau tak, cepat atau lambat, harini merupakan hari terkahir bagi tahun 2010. macam tak percaya. tapi itulah hakikatnya. walaupun kehidupan kat sini macam xde la rasa sangat sebab sem masih belum berakhir. sekarang ngah cuti musim sejuk. dari 23hb haritu sampai la 5hb jan. dan kelas akan bersambung seperti biasa lepas ni sampai la awal bulan 2.final exam start akhir bulan 1 lagi la bagi pelajar tahun akhir. cuti pun macam tak cuti sebab makin busy ngan fyp. fyp presentation on 8/9 feb. graduation day will be on  23rd march. doakan agar aku dapat pulang dengan bergaya!

oh. berbalik kepada tajuk. sama seperti tahun lepas, hari terakhir tahun 2009 pun salji turun dengan lebat kalau tak silap aku. 1 january 2010 pun salji turun dengan lebat. sama macam sekarang. salji ngah turun dengan agak lebat.  penutup tahun yang menarik kan?

salji yang terkumpul di tepi tingkap umah

pemandangan luar rumah
umah aku di tingkat 3

salji ngah turun
esok dah masuk tahun baru. azam 2010 yang buatmasa 1 january dulu dah tertunai ke? aku no hal sebab aku x buat apa-apa azam pon =P hahaha aci x? xcaya, pergila selongkar balik entri hari pertama 2010 {post}. 

azam tahun 2011?kita tengok cmne mood aku esok nk  buat azam baru ke x haha.

ー真実はいつも一つであるー

Dec 30, 2010

the happiest day of my life

1:27 PM
reactions 
0 ♥
kalah dah. baru sampai half way aku dah kalah. bukan mengalah tapi terkalah? hahaha ape benda la yang aku merepek ni. ok. harini mari menyambung 30days challenge of happiness

day 16 : tell about the happiest day of my life

**************************************************

satu kenangan yang akan aku ingat sampai bila-bila. dulu masa aku kecik-kecik, setiap hari jumaat abah akan  bawak g jalan2. paling best g pantai. kat terengganu kan cuti hari jumaat ngan sabtu. abah kerja weekdays. weekend br ada kat umah. so selalunya hari khamis malam tu abah balik umah. esok nya mesti terus ajak abah g jalan2 after solat jumaat. yang paling best pergi tangkap lala kat tepi pantai. korang pernah ke? hehe time ni seronok sangat sebab best lah duk kejar2 lala tu kat tepi pantai, sebelum die lari masuk lam pasir. balik umah goreng kicap ke, sambal ke hehe

dulu kecik2, hari jumaat la yang paling best. sebab time ni je sumer orang ada. kalau sabtu pagi2 lagi abah dah kena gerak g kerja. akak yang duk asrama pun kena g asrama kan.

ni lah the happiest day in my life. kenapa? xde la nak kata hari2 lepas tu x happy. tapi sebab time kecik2 mana la ada nak  berdepan ngan masalah ke, nak fikir apa-apa kan. tahu bergembira je. best kan jadik budak kecik? hehe modoritainaaaa, ano toki ni.

so what is your happiest day of your life?

Dec 29, 2010

FEEL FREE TO FLY CONTEST : BARANGAN BODY SHOP UNTUK DIMENANGI

6:19 PM
reactions 
0 ♥
[DONE]1. Peserta HARUS menjadi followers blog http://falihinjasmy.blogspot.com/ terlebih dahulu ( bukan WAJIB, tapi peluang nak menang tu lebih cerah kalau tergolong dalam followers blog ni. )

[DONE]2. Buat satu entry bertajuk FEEL FREE TO FLY CONTEST : BARANGAN BODY SHOP UNTUK DIMENANGI

[DONE]3. Letakkan BANNER contest seperti yang dibawah dan di link kan ke post contest ni.

FEEL FREE TO FLY CONTEST : BARANGAN BODY SHOP UNTUK DIMENANGI
source : blog hebat

[DONE]3. Pilih SATU gambar anda melompat paling style. Tak kira lompat secara SOLO atau DUET atau GROUP. Gambar hendaklah original punya lompat OK. Tak nak yang edit2. Kalau edit hue, level, colour, brightness or etc tu boleh la. Ingat! hanya SATU gambar sahaja.


LOMPAT SAMPAI LEBAM

[DONE]4. Letakkan caption paling kreatif di bawah gambar dalam 3 perkataan.

aku pilih LOMPAT SAMPAI LEBAM. sebab apa? sebab lompat sambil snowboarding ni memang boleh jadik lebam. kalau jatuh tersungkur, alamatnya memang terus lebam.silap2 haribulan terbaring je la kat katil esok pagi.

[DONE]5. Copy dan paste senarai hadiah yang ditawarkan.


1 x 1st Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM100.00

1 x 2nd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 60.00

1 x 3rd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 40.00


[DONE]6. Tak perlu buat sticky mode. Tapi, perlu sertakan BANNER contest dekat sidebar jugak dan di link kan sekali.

[DONE]7. Tag sekurang-kurangnye 3 bloggers lain dan harus inform bloggers tersebut yang mereka telah ditag ye...

mahu tag :
http://akuinisimple.blogspot.com/
http://coklatakusuka.blogspot.com/
http://clockup555.blogspot.com/

sekian

I screwed up 57% of my teenage life

5:32 PM
reactions 
0 ♥
[ ]Kissed someone before dating
[ ]Gotten a phone taken away at school
[]Gotten caught chewing gum
[ ]Gotten caught cheating on a test
Total so far: 0

[X]Arrived late to class more than 5 times
[X]Didn't do homework over 5 times
[X]Turned at least 2 projects in late
[X]Missed school cause you felt like it
[ ]Laughed so loud you got kicked out of class
Total so far: 4

[ ]Got your mom,dad,etc to get you out of school
[X]Text people during class
[X]Passed notes
[X]Threw stuff across the room
[X]Laughed at the teacher
Total so far: 8

[X]Took pictures during school hours
[X]Called someone during school hours
[X]Listened to iPod,CD,etc during school hours
Total so far: 11

[ ]Threw something at the teacher
[X]Went outside the classroom without permission
[ ]Broke the dress code
[X]Failed a class
[X]Ate food during class
Total so far: 14

[]Gotten a call from school for something bad
[ ]Been called the worst student
[ ]Punished on a school trip because you behaved badly
[X]Didn't take your stuff to school
[]Given a teacher the finger when they weren't looking
Total so far: 15

[X]Faked your parents signature
[X]Slept in class
[X]Cursed at a teacher behind their back
[X]Copied homework
[]Got in trouble with the principal/viceprincipal/dean
[ ]Thrown food in the lunch room
Total so far: 19

Multiply by 3. Post as "I screwed up % of my teenage life"

How much of your teenage life have you screwed up.?

panggilan terakhir

2:41 PM
reactions 
0 ♥
tinggal lebih kurang seminggu je lagi peluang untuk sertai my 1st GA ; yang akan berakhir pada 5january. cepat2 siapa belum join meh la join GA y paling simple lam dunia ni! haha

nak join jenguk sini : {post}
nak check nama sendiri boleh check kat nama peserta di sini : {post}

nama y ada lam senarai peserta tu maksudnya aku dah p jenguk.
kalau dah pernah hantar link tapi xde nama lam senarai peserta maksudnya aku x g jenguk agi. mungkin terlepas pandang. so sila lah bagi link lagi sekali okeh.

azas~

penipuan tak beragak

12:41 PM
reactions 
0 ♥
semalam dapat msg cmni : maybank2u.com account update required. baca2 je aku terus tergelak2.

penipuan tak  beragak betol lah. kenapa aku  begitu yakin msg y aku dapat ni adalah menipu.

1st. aku mana ada pakai maybank. aku ada bank fukui, bank hokuriku je haha
2nd. celah mana lak hantar email kat no jepun aku.

cehhh. nasib baik la aku xleyh bukak n xleyh baca n aku xde akaun maybank n sekaligus aku tau la penipu! 
tup2 harini bukak  blog tubelawak ada lak tulis pasal benda alah ni.

so berhati2 lah semua orang. macam2 orang buat skang ni. sebelum ni pernah dengar gak pasal msg dr ayah yang duk balai polis konon2 suh topup tu . jangan la tertipu. y tu lagi la senang nak detect kot.

1st. bahasa panggilan ayah kt umah. kat umah panggil daddy dr kecik smpai besar tup2 dpt msg tulis ayah xkn boleh percaya kan
2nd. kalau ayah dalam kesusahan macam tu kat balai polis pon, pk logik la sket. alang2 call la guna no tepon balai ye x. xpon polis snirik kot y call.

macam-macam la sekarang ni. manusia ni memang menakutkan lah. wuwuwu~

Dec 25, 2010

salji yang turun bagaikan air mata dari hati..cehhhhhhhh!!

2:33 PM
reactions 
0 ♥
huhu. last entry was on 18th.genap seminggu aku xtulis blog. seminggu. SEMINGGU! seminggu aku xde mood, xde masa langsung nak fikir pasal blog ni. memang terabai. walaupun dalam kepala tu ada la jugak duk fikir2 pasal status nuffnang kena tarik balik kang naya je kalau x aktif. pernah kena sekali. semua duit BE jadik half.sedih wooo. 

yes, disamping aku merapik meraban kat sini, macam tulis diari, untuk orang jauh2 yang rindu aku nak tahu perkembangan aku kat bumi jepun ni..blog juga dah jadik sumber kewangan aku.cewahhh. org duk nampak aku dah macam gile blog. update hari2 sebelum ni. duk pelik2 je kan. bia la dah tu hobi aku. sama la jugak macam kamu2 duk main game kan. so xyah la pelik2 kalau selalu nampak aku update blog. kau pun main game selalu kan. so xde ape y pelik pon haha at leastaku update blog dpt duit kekeke.

ok. seminggu ni aku sibuk betul ngan fyp. aku kena siapkan programming. masa dah suntuk benor ni. so start dr skang pon mmg kena present hari2 la. my final presentation will be on 8/9th Feb. sebulan lebih je lagi. graduation day pulak on 23rd March. so saat2 genting camni terpaksa la aku abaikan blog jap. xsempat lah nak  buat sesi luahan perasaan ke apa. haha fyp lagi penting. kang kalau terkandas kat sini lagi setahun sape nak ooiiiii.

seminggu ni banyak sangat benda nak cerita2, nak kongsi2. oh sekarang dah masuk winter holiday. start 23rd ~5th jan. dan sekarang yuki(salji) ngah turun dengan lebatnyaaaa!sejuk.super duper sejuk. budak2 ni dah start g main snowboard dah. tapi aku xleyh la ikot. banyak keje.

k lah. tangan beku nak menaip.

Dec 18, 2010

Aku simpan hati kau dalam peti besi, baru orang tak curi. ok?

10:56 PM
reactions 
0 ♥
Amin dan Aminah berkawan baik.baik sangat2 lah. segala2 dikongsi bersama. saat aminah dilamun cinta, kecewa, putus cinta, sehingga dilamun cinta lagi sekalik semua nya dikongsi bersama si Amin. yelah, kadang-kala sesetengah perkara lagi best outputnya bila dikongsi bersama ngan seorang yang berlainan jantina. Tapi bukan setakat kisah cinta, semua kisah lah dorang ni kongsi. perjalanan hidup .apa yang best apa yang xbest.semua kongsi

sama la macam Amin. segala suka duka perihal cintan-cintun ni dia kongsi ngan Aminah. sampai dah jatuh cinta bapa kali putus sambung pun sumer lam poket Aminah lah. sehinggalah satu hari, saat si Amin dah kecewa ngan cinta yang didambakannya. dia bercerita la kat Aminah. then bila dah abes bercerita, dia mintak tolong ngan Aminah cmni....

  = Aminah
   = Amin

"weyh, kau simpan hati aku boleh x?"
"eh boleh2, mestilah boleh"
"kau simpan kemas2 jangan bagi orang curi tau"
"ye, aku simpan dalam peti besi kunci  ngan manga siap berlapis2 rantai besi"
"ni kompem xde orang boleh curi ni hahah"
"kata suh simpan elok-elok kannnn"
"ok, bagus2. nanti bila dah sampai masa , aku mintak balik hati aku tu."
"baik boss"

Agak-agak korang kan, ada maksud tersirat tak di sebalik yang tersurat?

bukan setakat senyum, malah ketawa berdekah-dekah

7:34 PM
reactions 
0 ♥
at first, macam ragu-ragu sket " TV show" tu macam mana ek? haha ok la kalau japan`s TV show ni sangat lah banyak kot. macam2 ada. tapi disebabkan dah berkurun aku biar je TV-gedabak-made-in-malaysia dalam bilik aku tu OFF sepanjang masa, maka celah mana aku nak ingat any Tv show. am i right? maka aku fikir2 la balik, malaysia`s TV show? hmmmmmm apekah itu.

Day 15 : A T.V. Show that makes me smile



fikir dan fikir dan fikir aku teringat la yang ni.


SPONTAN. junior yang susume kat aku nih. dulu tengok ramai2 ngan dorang. sumpah lawak tak hingat. lagi2 part pemberita berkepala 3. OMG~ pecah perut aku nak gelak2 ni weyh. tp sorry to say, aku x berapa suka part siapa ntah yang guna mulut buat gaya org gesek CD besar ala2 gaya rap tu. 

haaaa, kamu suka tgk TV show apa lak?

p/s : walaupun aku belajar kat negara orang, rancangan tv malaysia tetap menjadi po-ja-an hatiku.eceh. semangat patriotik beb~
p/p/s : eh perempuan melayu terakhir mana boleh keatwa berdekah-dekah

Say NO to holiday & snowboard.NO NO NO! T_T

4:45 PM
reactions 
0 ♥
its saturday everybody.SATURDAY. you know what it means when we write it in CAPITAL LETTER? dun know? like i care. yeah, its saturday yet im here in my lab.LAB.again in capital letter. but no surprise when i see my labmate here,even its saturday. 

ok.failed!

nanka kimochi tsutaenai(?) kalo aku gedik gelenya nak tulis in english. sorry for my bad english. ok diulangi.hari ni hari SABTU. kenapa aku tulis lam huruf besar2 gedabak tu .sebab biasanya kalau hari sabtu aku nonbiri(bermalasan) je kat umah.guling2 lam futon sambil layan conan kun. comel pon comel.conan kun la, aku comel sket2 je haha

eh tak jawab lagi persoalan.aku bukan saje2 nak rajin datang lab hujung minggu ni. tapi TERPAKSA. sebabnya programming aku baru je nak masuk separuh, tapi kalau ikut jadual sepatutnya dah siap kot. dan betapa malangnya nasib aku sebab programming ni kena siap hari rabu ni.which is 4hari lagi! dan another berita yang amat gembira ialah nak kena hapyou(present) kat sensei hari jumaat. hapyou tu maksudnye sotsuron hapyou. presentation for my fyp. tapi tidak termasuk result la sebab simulation tak jalan lagi.

oh.oh another GOOD news! hari selasa pulak pagi2 lagi kena pergi sekolah rendah sebab nak kenalkan negara malaysia ni kat budak2 sekolah yang berminat sangat nak tahu pasal negara lain. sila berterima kasih lah kepada labmate saya yang gedik2 pergi hantar nama kan. pagi2 buta nak kena bangun oihhhh.pukul 8 kotttttt.sejok2 ni?

so, now do you get it why im here eventhough it`s SATURDAY?

p/s : nampak gaya xleyh la follow dorang y nk men snowboard on 23rd. my presentation will be on the next day.gilo apo?
p/p/s : habes 15minutes sbb nk tulis blog HAHAHA

-back to my fyp-

Dec 17, 2010

A Convo that makes me happy

10:58 PM
reactions 
0 ♥
masa natsu yasumi (summer  holiday) tahun lepas. aku balik beraya kan. ada satu hari tu, abah cakap nak g pantai. sebab nak naikkan bot dia. nak bercuti dari pergi ke laut. sebab nak pergi kl after that 2,3 hari. sebelum kua tu, tetiba abah cakap macam ni

"ke nak bawak kin pergi ronda2 nek boat dulu?"
"ikut abah  lah mane-mane pon"

then abah bawak masuk balik tong minyak enjin boat lam kete, kami ronda2 naik boat abah. meluncur laju kat muara sungai. nak pergi ke laut mak x berani. mak x bagi haha.walaupun aku naaaaaaaaaaaaak sangat rasa pengalaman tu kan. 









abah aku  ni suka sangat memancing kat laut. hobi lah. then abah ni suka tau bawak anak-anak dia (kami la ) pergi tempat2 yang dia teroka. kalau tempat mancing tu abah bawak la p muara sungai. tangkap udang galah. takpun kat paya2 bakau tu kutip lokang. kadang-kadang abah bawak kami p tempat abah kerja lam hutan. tempat abah hangkut2 balak ngan jenteratu.seronok btol. sampai besar pon xkn puas tengok tempat kerja abah, hasil dari titik peluh yang membesarkan kami satu family.i lov u abah!

p/s : bila mode homesick dah datang menyeru2 ni payah laaaaa
p/p/s : Day 14 : a convo that makes me happy

ooo.macam ni ke cinta...

9:13 PM
reactions 
0 ♥
cinta tu apa ek? kalau di bangku sekolah lahirnya cinta monyet, dah besar2 ni cinta apa?

nampak orang hensem pastu blushing sorang2, cinta ke?

pabila malam kata-kata si dia terngiang2, cinta ke?

nak tidur duk ulang-ulang baca msg yang sama, cinta ke?

makan kenyang, tidur lena, mandi pun basah, bukan cinta ke?

hahahaha mace-mace la skang ni ye? so cinta tu apa?

cinta adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri menjadi mawar
mengubah cuka menjadi anggur
mengubah sedih menjadi riang
mengubah amarah menjadi ramah
mengubah musibah menjadi muhibbah
itulah cinta.....

haaaaaaaaaaaaaaaaaa.cuba teka mana aku curikkkkkkkkkkkk. oh bukan hasil tulisan aku hehe

putih itu suci

6:28 AM
reactions 
0 ♥
salji dah start turun. suhu makin menyejuk. kalau sejuk2 ni paling tak tahan sakit hujung jari. memang tak tahan lah. kalau tak pakai glove, masuk tangan lam poket. kalau duk bia je kat lua memang boleh sampai menangis.teringat awal2 persediaan before datang jepun dulu, sensei cte la sket2 cmne keadaan bila sejuk.

"nanti bila dah winter, sejuk sangat. tangan pun sakit. terutama sekali bahagian kuku. nanti sejuk. kuku kering, merekah sampai kuar darah"

time tu semua dah buat muka dahi berkerut2. pompuan lagi la.siap ngan sound effect agi.gerun punya pasal. tapi last2 sensei gelak je sebab tak tahan tengok muka kami yang comel lagi innocent ni. rupanya part berdarah2 tu tipu aje. jahat tau sensei ni.

tapi part sakit tu memang xleyh tahan la. bila sejuk, bahagian yang wajib lah tutup bungkus2 ialah kaki, tangan dan leher serta telinga. tapi sebab aku dah pakai tudung so telinga tu xrasa sangat la. tangan and kaki kena panas je selalu.sebab kalau dua2 ni rasa sejuk.satu badan pon menyejuk! hahaha 

ok2. berbalik kepada asal. bila dah masuk musim sejuk ni. perkara pertama yang aku buat selepas bangun tidur ialah bukak tingkap. ngantuk macam mana,  mesti pergi bukak tingkap dulu. sebab nak tengok kat luar salji ngan turun ke x. pastu nak tengok salji dah menimbun ke x. hehehe best woooo. lagi2 kalau salji tengah lebat. aku duk tingkat 3. boleh la tengok atap2 rumah orang. kekeke xde la terlindung sangat.



ni gambar tahun lepas tapinye hehe


kilang ape ntah tung tang pagi2 kat tepi umah.
urusaiiiii
sian kereta ni kekeke
sejokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!

Dec 16, 2010

Kontest Blog Terkemas

9:43 PM
reactions 
0 ♥
saja-saja gedik nak join contest jugaaaaaaaaaaaaaaaaak. hahaha bialah dah lama xjoin.agak2 blog aku  ni kemas x?  kalau kemas boleh la join contest kaaaaan kekeke

syarat2 penyertaan~
  1. Follow blog hana and Fyza . tak follow pun takpe but make sure korang salu update dengan blog kitorang ok :D[DONE] id :ckynwan
  2. make sure korang ada blog tau! no blog . no contest, no present ! hahah .
  3. buat satu entry dengan tajuk Kontest Blog Terkemas . amek banner tu sekali and make sure link kan terus ke blog hana atau link entry kontest ni .
  4. bila dah buat, bagi link entry korang dekat ruangan komen hana ok . submit link entry dekat blog hana je tau . senang sikit . kang tercicir habis kena pelengkung ngan korang . haha .
  5. kontest ni terbuka kepada semua warganegara malaysia tak kira umur dan jantina.
  6. tag 3orang blogger ok :)
  7. 3 orang pemenang je akan dipilih . kalau nak tambah nanti kitorang gitau . haha
  8. update : sebab takut ramai sangat, limit untuk join 500 orang sahaja . kalau nak tambah hana bagitau :)


aku nak tag mereka2 di bawah ini~
http://myairul.blogspot.com/
http://vortnetwork.blogspot.com/
http://wawa4eva.blogspot.com/

A Movie that makes me happy

11:42 AM
reactions 
0 ♥
day 13 : a movie that makes me happy

A movie? satu je? hadoiiiii cemane nak jawab ni. movie.movie.movie. happy? mcm mane tgk movie boleh buat diri happy ye?kalo happy ni mcm after tgk cte jiwang2 ke boleh la rs happy. kalau tengok cte y banyak2 aksi tu mcm excited. eh susah jugak soklan ni ye?

alaaaaaaaaaaaaa.skang tak tengok movie.tengok drama je. conan kun yang comel. start tgk balik dr awal.ep 1 ok. skang ni dah ada smpai 500++. n skang ngah tgk smpai ep 162. muahahahaha

hari2 aku ngadap conan. setiap kali makan.sehari makan 2x. dah abes 2ep.cmpor ngan waktu malam before tdo 1ep.so sehari ada la 3 ep kot.

skang dah xmelayan drama/movie korea.dulu kira hantu jugak lah.and dah lama tak pergi kua tengok wayang. last tengok wayang dulu ialah step up 3.omg~ ada laki yang cumels! but sorry, i love conan kun more!!! ngeh3.





"are-re?"<-- comel gilaaaaaaaaaaaa

Dec 15, 2010

akhirnya...jalan diputihi(?) salji

10:25 PM
reactions 
0 ♥

ada ke perkataan diputihi? haha lantak lah. kalau tengok ramalan cuaca pun ada dah dinyatakan. turun hujan yang campur2 ngan salji. petang tadi  masa solat maghrib kat tangga, nampak dari luar tingkap hujan salji ni turun. tapi xde la nampak salji ketul2 yang besar tu. kecik2 je ais tu tapi agak lebat la jugak.

labmate gua
bila dah nak balik tu, kuar je kat tepi jalan tengok dah putih2. mula la kuar segala sifat jakun hahaha. seronokkkkkkkk sangat. lagi2 kalau jalan yang orang belum pijak. putih je kan atas jalan. bila jalan nampak tapak kasut.


apa lagi yang ditunggu? ambik gambar la yang pastinya kan haha. walaupun camera xberapa nak canggih kat henset ni, dapat la jugak snap 2,3 keping. tapi kalau ikut ramalan cuaca ni, hari jumaat ni baru betul2 salji.esok pun hujan campur salji lagi. dengar citer, bala tentera pun dah bersiap-sedia nak g main snowboard 23hb ni. oh buat aku bertambah2 lah teruja. harini nak main bentuk apa ye? kekeke

dan akhir kata, dariku untukmu yang jauh nun di sana. tak dapat nak buat snowman sama-sama dah kali ni.sobs~
ok, terlebih jiwang sket haha

p/s : lupa padam tadi after tulis kat bangku.mintak2 mlm ni turun dgn lebat so that terhapus tulisan tu pagi esok. maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu nanti!

A Description or Picture of someone yang hensem who makes me happy

11:41 AM
reactions 
0 ♥
day 12 :A Description or Picture of someone who makes you happy.

ada ramai sangat `someone` yang buat aku happy di dunia ini. let say aku nak letak my future husband kan, lagi la afdhal aku letak  family dulu. lepas tu nak letak akak yang aku rapat, tapi yang lain2 pun adik beradik jugak. yang buat aku happy jugak. mace mano nih? hahaha xpe lah, letak sorang dulu. kalau rajing kang banyak la puloks yang akan kua. hehehe

ok. banyak sangat mukaddimah nih. mari masuk ke isi penting. 

hensem tak yang belah kanan tu?

this is my beloved adik. satu-satunya adik yang aku ada,seibu dan sebapa. adik aku ngan arwah mak. dia ni manja sangat kecik2 dulu. masa mak aku meninggal umur dia baru je 3tahun. xpaham apa lagi kot. aku yang masa tu umur 6tahun paham la jugak sket2 kan. kadang2 meratapi jugak arwah mak yang xde.sebab sempat kenal arwah mak kejap je. muka pun dah samar2 je dalam kepala ni. tapi kadang-kadang aku lupa la jugak, adik aku ni lagi la sikit je memori yang die boleh ingat kan. 3 tahun kot. kau ingat ke apa y kau buat masa umur 3 tahun dulu? tak kan. so atas sebab tu lah kadang2 aku ni pilih kasih sket ngan adik2 aku yang lain, yang berlainan mak. hehe. kalau boleh nak bagi yang terbaik je. bila nak balik malaysia, nak bawak balik souvenir yang best2 aje. menyesal la pulak tak simpan duit banyak2 bawak adik aku ni datang sini. kalau tak boleh men salji sama2 next week. kekeke

xpe lah, g main salji buatan je lah kat malaysia tu =P

adik aku ni ikut jejak langkah aku la. sekolah rendah yang sama. sekolah menengah yang sama tapi aku sampai form 3 je la.adik aku ni stay smpai f5.dapat tawaran g saser pon taknak pg sebab nak belajar lebih sket bahagian agama. yelah, sekolah agama kan ada PQS, PSI. kalau sekolah biasa tu ada PAI je kan. ikut harapan abah nih. bagus tau. anak soleh ni hehe siapa2 berkenan meh isi borang jadik adik ipar. tapi kena tanya empunya badan la dulu dah ada orang cop ke x. haha

Dec 14, 2010

A Story of something that made me happy this day.

10:59 PM
reactions 
0 ♥
Day 11 : A Story of something that made me happy this day.

aku tak de la manja sangat ngan abah. sebab manja ngan mak? nope. i lost my mom since i was 6. so dengan siapa lagi nak manja kalau bukan ngan abah kan. even though aku ada stepmom, yeah u know...susah kot nak manja2 ngan orang yang bukan mak sendiri. walaupun dah berbelas tahun membesar bersama. ok, taknak cter pasal tu. nak citer pasal abah.

aku bukan jenis yang banyak bercerita duk kat rumah. kiranya xde la sesi luahan perasaan, heart to heart ngan abah. cuma kalau ada perkara penting pasal sekolah ke barulah aku bercerita. dan abah pun bukanlah jenis yang manjakan anak-anak. xde nak manja2, nak gedik2 ke. malah dari tingkatan 1 aku dah start pergi asrama sendiri, jauhnya 2jam dari rumah. kena naik 2kali bas. oh , aku bet adik pompuan aku skang xmampu nak buat cmtu! hahaha

masa tingkatan 3, ada sesi perjumpaan ibu-bapa ngan guru. i told abah to come. jumpa guru tingkatan. discuss pasal pelajaran la kan. nak pmr. aku kan nak jadik pelajar cemerlang! haha. and that day, aku menangis terharu. menitik2 air mata depan cikgu tingkatan. kenapa?

"ikin ni saya tak risau sangat cikgu banding ngan adik-beradik yang lain. rajin buat kerja sekolah. kat rumah dia la yang paling rajin belajar bla bla bla....."

yes. very simple . but for me,priceless. sebab abah ni bukan jenis yang puji anak-anak dia depan2 mcm tu. bukan jenis yang nak cakap depan orang "abah bangga la ngan anak abah"no!abah jenis y cool.tapi, bila abah cakap macam tu kat cikgu, and yang paling penting depan aku sendiri..aku menangis terharu.sekurang-kurangnya aku tahu abah bangga dengan aku. dan beri aku semangat yang lebih untuk belajar.sebab tu la pmr dapat banyak A haha.

cerita ni cerita yang aku duk selalu sangat ulang2 ngan org sekeliling. haha gomennasaine~

Thanks abah~sayang abah sokmo. tetibe homesick. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa



kenangan 2010 di jepun [part 3]

5:59 PM
reactions 
0 ♥
(JAN & FEB)  part 1
(MARCH & APRIL ) part 2

sambungan mengimbau kenangan 2010 (MAY & JUN)

MAY :
bila masuk je bulan 5, jepun memang terkenal dengan cuti golden week. sebab 5 hari berturut2 cuti. selalu time ni lah pergi jalan2. tapi lain pulak ngan pelajar tahun 4. setiap tahun, cuti golden week ni akan diadakan job fair bertempat di tokyo. banyak la syarikat2 dari malaysia datang tokyo sertai jobfair ni. masa ni la dimanfaatkan sepenuhnya untuk ambil peluang yang ada. interview la.dan Alhamdulillah, aku dapat tawaran kerja pada hari yang sama jugak. gembira tak terkata. boleh rujuk {post}. 

oh tak sangka, time ni aku dah belajar buat kek pisang yang pertama! hahaha excited! ya la, aku mana la minat2 nak baking bagai ni kekeke

dan bila dah masuk sem baru as a 4th year student, lain sket la rutin harian.sebab kena pergi lab kan. memula macam seronok, tapi lama2 tension pon ado haha tapi tension2 pon sempat jugak g jalan2 wanda land & undou kouen. main2 go kart tuh.sah2 la aku jadik penumpang aje. xberani laaaaaaa

JUN
dah jadik aktiviti wajib bagi pelajar fukui kat sini. kenduri kesyukuran dianjurkan oleh pelajar yang dapat naik tahun 4. yang tukang masak nya budak tahun 4, yang lain2 tukang makan aje kekeke.. apa lagi ek aku buat time2 mcm ni. mari selongkar post2 lama lah. tak banyak la pulak aktiviti buat bulan 6 nih. 

oh ade2, hokuriku taikai bertempat di fukui. hokuriku taikai ni sebenarnya acara tahunan yang mengumpulkan pelajar2 malaysia di bahagian hokuriku jepun. main apa tu toksah tanye la sebab kompem2 la main bola! haha pompuan xde game sebab xde tempat nak men badminton. menerima tetamu jemputan dari nagoya yang kepingin sangat nak makan di rasa sayang. restoren org msia ok.super sedaaaaaaaaaaaaaaap!

bila baca balik entry father`s day, macam nak menangis pon ado.sobs~


Dec 13, 2010

perempuan, lelaki dan mimpi [part 2]

10:55 PM
reactions 
0 ♥
aku, kalau mimpi tu mesti ada warna-warni. rasa macam tak pernah la pulak mimpi hitam putih. kalau tak, takkan la aku boleh ingat pernah mimpi pokok bunga warna pink kat belakang umah time banjir. tadi pon mimpi schoolmate aku ada kuarkan majalah kaler merah2 makngah! pernah mimpi kenduri kahwen pakai baju tema purple. banyak sangat lah kalau nak senaraikan mimpi mainan tidur aku ni.

tapi, lelaki mimpi memang xde warna ke? aku bukan main serkap jarang aje. tapi pernah la baca kat blog mana ntah, dia cakap mimpi sumer colourhitam putih. tadi pun, dia cakap mimpi kawen. bila aku tanya apa colour baju, dia cakap x tahu.sebab mimpi hitam-putih. 

ish, bosannya jadi lelaki. mimpi x meriah langsung! hahaha

pssttt, dulu masa 1st time mimpi family dia datang meminang pun sumer pakai baju warna warni tau.meriah sket majlis i hahaha

you are my destiny ♥

10:47 PM
reactions 
0 ♥

day 10 : a youtube video that makes me happy

-sarangae-
(^_^)~



hari malas sedunia

10:00 PM
reactions 
0 ♥
hari ni ponteng ken9(=lab). semua gara-gara sakit perut yang sukar dimengerti.cewah. mana taknya, nak menggeliat pon sakit, nak ketawa pon sakit. kenapa ek? mcm sakit otot dalam perut.bukan sakit perut biasa2 tu.and harini langsung xde ciri2 nak jadik isteri solehah. eh belum jadik isteri lagi, cuma melatih diri. haha (o^_^o)

bangun tengahari. kalau hari minggu boleh pulak nak bangun awal, tapi masuk je hari isnin, nak pejam mata selagi boleh.sampai dah xdaya nak pejam baru bangun. tu pun terkedek2 aje. haihhhh malas betol. nasib baik masih mampu lagi nak masak nasik goreng kan. kalau ada kedai makan depan umah ni, kompem g makan kat kedai aje.

pastu harini langsung xde mood nak buat apa-apa. nak baca blog orang malas. nak BW lagi la malas. nak tulis entri pon super duper malas. apa yang aku rajin? tengok conan kun yang comel! hahaha

haihhhh tak leyh jadik  ni. cmne nak jadik isteri solehah mcm ni? jam dah pukul 22:57. dinner pon belum masak. sebab petang tadi terbungkang aje. sampai dah rasa xlarat nak pejam mata, maka aku bangun lah godek2 apa yang patut. kalau lah perut ni xde deria rasa lapar, kompem2 aku tak bangun masak.

hmmmm, cmno nak kawen ni oiii. nak bagi anak orang kebulur ke? haha
ok2, jom masak daging masak merah! nyum3~

Dec 12, 2010

ok, dah xyah risau kalau nak makan kuaci

5:57 PM
reactions 
0 ♥
ho ho ho. kalau sape pernah ingat lah, aku pernah buat entry pasal kuaci yang dipijak2 ni. yelah, sape nak makan kan. actually, tu bukan benda bentul pon. tu tipu je. thanx tu saudara syafiq marzuki sebab bagi tau siap ngan link video tu agi. hehehe. meh tengok2~



mari makan kuaci balik tanpa perlu risau! hahahaha. eh lamanya x mkn kuaci. kt sini mcm xdok je.

pengajaran : jangan percaya and terima bulat2 sesuatu benda.lagi2 la email yang diforward2 nih. ada benda tersembunyi y kita xtau kan

cara propose yang kompem2 jawab setuju?

3:41 PM
reactions 
0 ♥
ok. minggu lepas dapat email drpd sensei y uruskan foreigner student kat uni aku ni. yang kelakar nye, ade satu sekolah ni dia nak buat anketo la pasal lamaran perkahwinan. dia nak tahu la orang malaysia ni suka lamaran yang macam mana? tempat kat mana? waktu bila? pukul berapa?. haaaaaa sumer2 lah.

aku tak jawab lagi pon sebab tetibe je rasa mcm blur. kelakar pon ado. mcm mane la aku nak tahu org msia ni suka y macam mana kan. bg aku cukup lah nampak keikhlasan tu dr hati. eceh. xpakai baju comel2 pon xpe. xyah duk restoran mewah pon xpe. makanan tak mahal pon xpo. hahahaha konon2 la kan.padahal kalau tgk kt drama korea ke, jepun ke mau nye terguling2 skalik terharu.mula la berangan nk mcm tu jugak haha

yang penting usaha kena ade. hehe ish tetibe teringat balik pulak saat2 orang tu nak propose aku. hahaha comel! (o^_^o)

ok2. so apa kata korang sumer tolong aku sket. bagi yang perempuan, gtau la cmne cara lamaran idaman hati yang korang rasa sweet ke, macho ke..pendek kata susah nak kata "no" lah haha. tempat macam mana.suasana macam mana. yang lelaki lak, boleh la gtau cara yang korang rasa paling terbaik y korang nak propose si dia one day. bagi yang dah pernah melamar gadis pilihan hati, atau pun y pernah dilamar, boleh jugak kongsi2 cerita sweet you all dulu2

jom2. aku? hmmm cukuplah dengan cara dia propose aku. hehe.

aku gembira dengan kehadiran keduanya~

1:00 AM
reactions 
0 ♥
celoteh ckynwan

stepbystep
day 9. sites that make me happy

Dec 11, 2010

org putih topi merah makin banyak..i likee!!!!

10:19 PM
reactions 
0 ♥

harus sediakan mental dah fizikal. o yeahhhh~

ok.xtau nape excited terlebih salji nak turun.padahal aku ni mana la tahan sangat sejuknya. menggigil2 je. excited nak main salji ni!excited! masa mula-mula datang dulu lagi la jakun, tgk salji turun kan. dulu dalam kepala duk terbayang, salji ni lembut cam kapas. turun berketul2 macam kapas. tapi dah datang sini baru lah tahu hakikat sebenarnye. kalau time lebat tu, memang la nampak turun macam kapas. tapi still ia adalah ketulas ais. sejokkkkkk. jatuh atas baju basah lah jadiknya.

tapi best kalau ada salji yang banyak2 atas tanah, boleh men guling2. jatuh gedebuk pon xpo. sebab x sakit. hehehe jom tengok salji pertama aku di jepun.








tapi ni bukan kat fukui la. masa ni otw nak g main snowboard kat washigatake, gifu ken. berhenti jap tengah jalan sebab nak bagi org jakun tgk salji. hehehehe winter kali ni nak kumpul gambar salji banyak2 lah.nanti nak tunjuk kat anak cucu cicit.eh? (o^_^o)


kenangan 2010 di jepun [part 2]

7:05 PM
reactions 
0 ♥
entri lepas aku mengimbau masa bulan january and february. so harini nak jenguk balik lah apa aku buat lepas tu.

MAC:
time ni ngah bercuti. spring holiday. 2bulan lah.start february smpai march. april dah masuk new sem. so sebagai pelajar tahun tiga, aku memang busy lah. kena hantar report before spring holiday berakhir. orang pergi merayau2 merata, tapi aku terpaksa ikat diri kat rumah je. saat dapat tahu satu subjek wajib lulus fail,menangis tersedu2 depan sensei. tapi sebab kesilapan sensei. bukan aku. alhamdulillah last2 dibetulkan {post 1,post 2} .dan segala penat lelah aku p dating ngan sensei hari2 terbalas bila report berjaya diambil dengan jayanya. walaupun mungkin sebab belas ehsan dari sensei tu je{post}. ok, bulan 3 ni adalah graduation day senior ku, dan juga dia. dan majlis graduation day kat sini xsama macam malaysia nun.kat sini sempoi aja lah. terjah di post ini. kemudian kami adakan majlis perpisahan lah untuk senior2 yang nak balik msia dah ni. sobs~sedih

APRIL
sebelum sekolah (kenapa panggil sekolah? tgk sini) start, aku p jalan-jalan lah. mana taknye, sebelum tu kan duk berkurung siapkan report je walaupun hari cuti. maka kami jalan2 tengok bunga{post}. time ni sakura dah startmenampakkan diri. maka semua warga jepun akan sibuk berhanami. makan2 di bawah pokok sakura sambil melihatbunga.i buat kek coklat you! haha

dan awal tahun ni, start pemilihan lab research. kelam kabut gitu. dah start nak kenal lah ngan lab sendiri. kadang2 kalau dah tension2 p lari makan eskem haagen daz sket2 =P . kat sini ada hari yang best, 5hb, 15hb, 25hb setiap bulan ada special harga sket. 650yen(?) 5 sudu.banyak kau! xlarat nak makan.

pastu time ni dah gelabah2 nak g shukatsu/job fair di tokyo. gelabah tak hengat la kan. haha kelakar pon ado.nak kena siapkan resume, gelabah carik gambar passport. sudahnye aku snap snirik je lam bilik kekeke. daaaaaaaaaaaaaaan sempat jugak pergi tengok kebun tulip yang amat besar di toyama! sebab tahun depan dah tak sempat. kalau grad, bulan 4 insyaAllah dah berada di malaysia. nasib bek sempat g tgk tulip y lawa2! i like~

lepas ni sambung lak mengimbau kenangan 2010 bagi bulan may and jun! stay tuned~

mari makan nasi minyak.yeay!

5:15 PM
reactions 
0 ♥
oh.harini rajin terlebih.sebab ada orang datang rumah.so aku rajin bebenor nak masak sedap. duk sorang2 msk sedap2 makan sorang xde feel la beb!maka terhasillah nasi minyak buatan sendiri yang nak taknak ikot resepi! hahaha. act dah lama nak makan nasik minyak. dari mgulepas lepas agi. tp xterbuat. so alang2 ada tetamu ni aku rajin la sket nak membuatnye. hehe practice nak jadik isteri mithali skali. hihi

mari menjamu mata anda~




semua ni buat sendiri ok.masak sorang2.cepat puji aku cantik! haha xde motif.
ok sape nak resepi angkat tangan!
sape nak makan nasik minyak angkat tangan!

p/s: dorang puji sedap. (o^_^o)...nak amek hati ke, betul2 sedap ke aku xkesah. yang penting aku puas hati! next week makan nasik beriyani jom!

aku xde henfon canggih nak update twitter setiap saat

1:45 AM
reactions 
0 ♥
zaman skang ni maju.semua pakai henpon sumer canggih2. jadik dunia di hujung jari lah. hari2 check facebook kat henpon. hari2 chek blog kat handphone. hari2 update twitter kat handphone. eh kalau twitter tu, selang 3 saat ade je kan.adeeeeeeeeeeeee.mane ade tak ade!eh?

tapi kalau lah kita duk bertweet2(?), tag org kat twitter jangan la expect org nak balas on the spot. sebab ada y jenis bukak kat kom je (*mcm aku ni). bukan semua orang boleh nak update setiap yang dia buat kt twit cmtu je.duk kat dapo daging terbakar xkn nak lari2 masuk lam bilik bukak twitter semata2 nk tulis "daging terbakar xleyh nk mkn". ni contoh je lah. hahaha

so xyah la nk emo2 kalo ada org x tego kt twitter.lambat reply kalo tnye kt twitter. eh twitter die sukati die la kan. kalo xsuka, unfollow aje.haha

pastu y xleyh nk twit every second tu jgn la jeles,xpuas hati kalau kau x twit sebanyak y die twit smpai menyemakkan home twitter kau. sukati dia la nk twit byk2 mana pon kan.hahaha xsuka unfollow aje.abesla cte.

tapi manusia ni xpernah lah nk senang hati ngan semua benda. lepas satu, satu die nk kondem. contoh mudah. masa mula2 facebook glamour.sumer duk terkejar2. pastu ade y addicted(*aku la tu haha). semua la nak luahkan kat wall.kecik hati la.sedih la. gembira.geram.lapa. penuh newsfeed. mula la ada org bengang, annoyed enough to delete fren kan haha

pastu duk ckp2, facebook ni bukan tempat nk luah2 perasaan kan. sbb tu adanya twitter.senang je. utk status pendek2 contohnya. xde la meluas sgt mcm facebook tu. tp bila ada org duk twit/tweet/wuteva it is , ada jugak y xsenang duduk. rs rimas sebab setiap satu saat die duk update je kan. makan nasik update. tgk tv update. conan comel pon nak update. gelak sorg2 pon update. but still, dah mmg tu pon tujuan dia kan. xsuka unfollow je lah apa susah. haha

kadang2 xpaham jugak ngan MANUSIA ni, ntah mcm mane la y die nak baru mulut tu boleh diam. haha. haaaa xpayah nk hangguk2 jeling2, kita serupa je kekekeke

happiness is a way of travel, not a destination

12:08 AM
reactions 
0 ♥


day 8 ; Something i found when searching “Happiness” on Tumblr.

aku x reti la nk terang part "a way of travel" tapi "not a destination" tu kira mcm ok la sket. apa yang korang fikir berkaitan kebahagiaan.apa dalam bayangan kepala tu kalau sebut kebahagiaan.  amek contoh mudah.dapat kahwin ngan jejaka idaman? memang la seronok kan.gembira. tapi bila kau dah kahwin, dah siap akad nikah, dah peluk cium sumer, semua berakhir kat situ je ke? xkan? panjang lagi jalan yang kau perlu lalui.kenapa?









sebab  happiness is not a destination. its a way of travel. 

















hahahahahaha 

Dec 10, 2010

eh org putih bertopi merah dah nak muncul!!!

7:35 PM
reactions 
0 ♥


hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahaha!
ok.dah abes gelak.

sekarang super sejokkkkkkkkkkkkkkk! haritu act dah turun hujan ais. bukan salji lagi tapi cukup la nak memutihkan jalan kejap. tapiiiiiiiiiiiiiii, aku bangun lambat. perasan status junior kat facebook duk cakap putih2 tapi "one hour ago". can u imagine that??? ish jeles tol. ye, ye aku dah3 tahun duk sini. tapi still x sabar2 nak tunggu salji turun hahahaha

and tengok lah gambar kat atas tu! dah ada gambar orang putih kat website cuaca yahoo japan ni. suke.suke.suke. tiket snowboard dah beli. untuk yang terakhir, nak meluncur salji! hehehe nak buat orang salji banyak2 lagi n besar2 macam tahun lepas.





oh tak sabar! winter holiday  : 23 december~ 3january, yeay!

oh kesian kat adik saya yang xkesampaian nak tengok salji. 

eh, kenapa banyak sangat oh ni. haha

30 day challenge : 100 entries per day?

10:30 AM
reactions 
0 ♥
aritu ada kawan aku cakap, ade orang buat 30 day challenge, setiap satu hari kena 100 entry. hahahaha gilo apo?? aku yang kadang2 sampai 10 entry satu hari pon dah rasa macam tamak je. haha. lagi la sebab aku setkan auto publish kat facebook and twitter. setiap kali aku publish entry akan terus kua la kat fb and twitter. kompem la ramai yang delete fren ngan aku pahni kalo buat cmtu. hahaha

tapi macam menarik. xde orang nak try ke? haha. sape berani weyh? buat la. pastu aku follow. aku busy la skang. mana sempat nak buat 100 entry satu hari. kalau setakat nak tulis "harini makan nasik lemak" after 30min pulak tulis lagi 2nd post"minum air nescafe pulak"....bek tak payah. memang la orang xsuke hahaha

kalau macam tu dah jadik macam twitter@facebook la. ade pulak kang org buat fanpage "kami benci blogger" kat facebook. takpun paling menyayat hati "kami benci blog celoteh ckynwan" perghhhhhhh, berkabung la aku jawabnye hahaha

patut la fukui ni ceria je haha

8:33 AM
reactions 
0 ♥
day 7 : Something i found when searching “Smile” on Tumblr.

Dec 9, 2010

kenangan 2010 di jepun [part 1]

10:58 PM
reactions 
0 ♥
sekarang dah masuk bulan terakhir bagi tahun 2010. dah sampai ke penghujung. cmne ngan azam baru yang dibuat masa awal tahun dulu? semua tercapai ke? semua terlaksana ke? hehehe tapi aku kat sini xrasa sangat la dah nk smpai ke penghujung tu. sebabnye kat sini, segala2 bermula bulan 4. spring holiday start bulan 2 smpai 3. bulan 4 baru start sem baru

apa la yang aku dah buat sepanjang tahun ni ya. mari kita imbau kembali start dari bulan 1. hehe. kalau ikut calendar uni aku ni, 23dec - 3 jan tuh adalah waktu winter holiday. so sakan la bercuti di awal tahun haha

JANUARY
 hari pertama di tahun 2010, salji turun. cmne la ek tahun ni?agak2 turun tak ?2 january kami pergi jalan2 di nagashima spaland. pastu nabana no sato. ape tu? jenguk sini. cantik sangat! memukau lah. serius tak tipu. dan awal tahun ni jugak yang memberikan seribu satu kenangan. time ni aku berpeluang untuk lihat satu demi satu struktur salji. yang macam bunga2 tu. time tu rasa sangat kagum dengan ciptaan Tuhan. bila lagi kan berpeluang tengok benda macam tu. sebab bukan senang2 nak tengok. selalu salji turun seketul2 besar. tapi time tu, turun satu2 bentuknya, bersaiz 2-3mm je.berpeluang tengok sebab g men snowboard kat skijam.

and ada peristiwa paling penting. sebab ada orang mintak nak jadikan aku as one of tulang rusuknya.(o^_^o)

FEBRUARY
oh.oh.oh. time ni sibuk betul with exam and reports. time ni adalah masa-masa yang sangat lah cuak. dah xmo nak gi jalan mana2 dah. sebab harus setelkan repot yang menggunung. kalau kantoi satu pun, xleyh nak naik ke tahun 4 lah. and nak hantar report ni bukan la senang. kadang2 dah pergi jumpa banyak kali pon kena reject. mmg letih. dan boleh down gila2. tapi Alhamdulillah.semua berjaya jugak aku tempuhi.

cukuplah dulu. nanti sambung lagi. hehe 

kamu pula bagaimana?

mari berpantun guna bahasa penjajah!

5:39 PM
reactions 
0 ♥
di saat aku tensen, hilang semangat, sebab kerja x gerak2. masa dah xcukup sangat ni...



(programming xde progress)programming  susumanai.... 
(masa dah xde)jikan nai...... 
(tak boleh nampak masa depan )shourai mienai......

pastu ade pulak orang balas. lam pantun gak haha.

(perlu berusaha dengan lebih gigih)gambaranai to ikenai. 
(hanya perlu buat sesuatu)nantoka suru shika nai.
(jangan bimbang)shinpai shinai 

wuwuwuwuwuwu. gambaru shika nai ~T_T

andai dia senyum, aku bahagia

12:07 PM
reactions 
0 ♥

day 6 : A Picture of someone famous special smiling

okeh. ayat sebenar untuk day 6 ni : someone famous. tapi aku tukar special lah. kalau nak amek gambar orang famous like a celebrity, sorry mereka langsung tak layak nak tersenarai dalam list yang menyumbang kebahagiaan aku.. 

so i change it to someone special. dalam gambar ni ada someone special. my father/dad/papa/ayah and banyak lagi lah kan org guna. and this is my abah.dua dari kanan. kalau tengok abah senyum tu merupakan one of my happiness. tak sanggup dah rasanya nak tengok abah susah2. 

eh takleyh tulis panjang2, nanti menitik air mata. korang baca sini je lah. 

i love my abah!

dulu makan sikit je nak muntah

8:54 AM
reactions 
0 ♥
nyum3. smalam g makan sushi.sedap.sedap.sedap. dulu masa mula2 kena paksa makan ngan senior, nak termuntah pun telan jugak. sikit2 telan ngan air. dulu kalau pegi boleh makan yang masak2 je.mentah2 taknak makan.bukan taknak. nak muntah terus. eeuuuwww~

ya.sangatlah rugi kan duk jepun x makan sushi. yang fresh dan sedap itu. kalau nak compare sushi kat malaysia, budak2 yang dah balik msia ni katanya xbest. sebab xsedap.xfresh.xsegar. entahlah.aku xpernah makan sushi kat malaysia. sushi king ke.sbb dr dulu x minat. setakat sushi gulung kat carefour tu pernah la haha.

okeh. panjang la pulak. meh tengok aku mkn sushi apa malam ini kekeke.

tako sarada
salmon: super sedap!




kete f1 dtg hantar mkn


y ni paling sedap!

y ni kwn aku mkn.

y ni pon kwn aku y mkn

gambar x byk lak haha.lenkalilah


 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting