Oct 19, 2010

sikit pon aku tak sentap lah

9:12 PM
harini aku pergi lab macam biasa, takde yang luar biasa. cuma lambat sket , dalam kol 1 lebih cmtu. aku jalan2 aku berangan, jalan lagi aku  berangan makin panjang. tak payah la tanya ape yang aku angankan. paling2 kurang pon nak ada majlis cinderella-wedding.






sampai je di lab, terserempak ngan sensei kat depan pintu. aku sapa sensei macam  biasa. cukup sekadar ucapan selamat tengahari. takkan aku nak tanya dia dah lunch ke belum pulak. lepas tu, terus dia meluahkan kata-kata menusuk kalbu. seperti tajuk entri kat bawah ni.

"report yang kamu hantar tu, saya tak paham nihongo kamu."

aku terkejut tapi takkan aku nak terkedu terduduk ke apa kan. small matter je tuh.

"oh, ye ke."

aku jawab lambat-lambat. muka dah sah2 la menunjukkan ekspresi risau-tak-tahu-nak-buat-apa. lepas tu sensei suh aku g je la masuk lab. lepas tu mood aku terus hilang di bawa angin petang yang sejuk. aku bukak kom, aku bukak balik report yang aku hantar semalam. aku baca dan baca. ayat pendek-pendek. mana la aku nak reti buat ayat bombastik panjang berjela takde titik langsung satu perenggan macam dia buat lam english nye thesis tuh.

aku baca dan baca. lepas tu aku siap2 nak ke kelas. bawak apa yang patut. latihan next kelas aku tak siap lagi. sementara tunggu sensei yang suka-cakap-dengan-cucu-sahaja tu, fikiran aku tak tentu arah. kejap aku fikir pasal masalah komputer aku, kejap pasal report, kejap pasal latihan..sudahnya habis satu kertas latihan aku contengconteng. penuh dengan perkataan berangan!

bila otak dah biol, aku hantar sms kat kawan aku. suh jadik drebar nak pergi beli external hard-disk. poket kering pon aku bantaikan aje. so, lam kol 445 cmtu aku kua g yamada denki. kedai jual alat letrik. padahal aku ada kelas kol 430. lantak lah belalang~

balik dari kedai baru semangat nak menunjuk-nunjuk dapat hard disk 1.0 T.B dengan harga 8000yen, sekalik ada orang cakap pernah beli harga 5000yen. hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.

HD baru. yeay!

kemudian aku lepak2 aje lah kat lab sampai malam. pukul 8 baru gerak balik. dah cukup lewat dah rasa. sebab isya pun dah kol 630. sah2 la kol 8 tu macam dah malam gila. tu pun sebab semua orang dah lama cabut lari. kalau tak aku taknak balik dah hahaha 

balik jalan kaki, pakai baju 2lai pon buat aku menggigil. 

p/s : bila nak beli ram pulak nih?
p/p/s : membeli ubat gigi, air, toppo di yamada denki (kedai barangan letrik) adalah suatu perkara luar biasa........ke?
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting