Oct 9, 2010

dapurku masih berasap~

7:38 PM
reactions 
oh oh oh. lamanya la xde entri dari dapur ckynwan kan. kan2. dulu semangat la letak entri menu2 time bulan puasa . semangat nak masak memang membuak2 lah, tapi makin lama makin tak semangat nak letak menu2 kat sini. ye2 je angan2 nak letak 30 menu di bulan puasa ha ha ha ha

okay, hari ni nak semangat balik lah. sebagai permulaan selepas raya ni. menu hari ini ialah lala goreng halia. resepi aku campak2 je la kan haha. aku yang nak makan. bukan VIP mane pon kekeke



sorry lah xreti nk amek sudut y menarik ha ha ha

RESEPI LALA GORENG HALIA

bahan-bahan
  1. bawang besar yangdihiris
  2. bawangputih yang di cincang halus
  3. halia yangdihiris
  4. lala
  5. sos tiram
  6. brokoli
  7. garam 
  8. black pepper
cara-cara
  1. rebus lala bersama sedikitair sehingga sedikit masak. jangan sampai kering.
  2. kemudian tumiskan bawang2 dan halia
  3. setelah naik bau, masukkan sos tiram.
  4. kemudian masukkan lala y digoreng tadi.masukkan sekali air lebihan lala tu
  5. kacau2 sehingga rata.
  6. masukkan brokoli
  7. masukkan garam dan black pepper
  8. kacau sehingga sebati
  9. perlahankan api, tutup sekejap tunggu sehingga brokoli masak dan lembut
  10. tutup api.
  11. amek gambar
  12. tampal dalam blog
  13. siap untuk dimakan
selamat mencuba!
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting