Oct 12, 2010

jangan makan kacang dalam kelas

10:42 AM
reactions 
"tak boleh makan kacang dalam kelas!"

itulah kata-kata yang disuarakan oleh ustazah aku. ye, ustazah sekolah rendah aku. ustazah ni memang terkenal dengan sifat garangnye. semua pelajar pun maklum pasal ni. kalau buat salah mesti kena lepuk ngan segenggam tangan yang dipakai cincin berbatu permata besar ibu jari kaki tu. sakit tak payah cerita la. tapi kami dulu mana ada nak mengadu2 kat mak ayah kan. budak2 sekarang ni lemak terlebih je. eh dah lari topik pulak.




ok berbalik kepada kacang tadi. aku ngan member2 satu group ni ngah buat discussion. konon2 pelajar cemerlang la. tiba-tiba ustazah datang. muka garang. dia cakap dialog di atas kat kami. masa tu kawan2 aku ngah makan kacang ni. jantung dah mula gugur sikit demi sikit. gerun wooo

aku tak hirau la ngan dorang sebab ngan rajin tanya kawan aku pasal soalan matematik yang aku tak reti ni. kawan aku lak ngan muka kereknya ajar aku. dalam pada duk menerima ajaran tu, aku perasan la suasana dah hening sangat nih. macam xde orang, yang aku dengar hanyalah bunyi orang gigit kacang.

aku menoleh.....

"eh, tadi bukan cakap takleh makan kacang ke?"

semua yang duk satu meja tu terhenti mengunyah. sambil pelan2 larikan tangan yang baru nak amek kacang dari dalam plastik. yang aku terkejut, ustazah aku pun duk sama join dorang makan kacang tapi dia buat muka tak tahu je. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
p/s : jangan tanya aku kenapa ustazah aku tak bagi makan kacang dalam kelas

p/p/s : aku pun pelik kenapa aku mimpi pasal ustazah aku tak bagi makan kacang dalam kelas, sampaikan aku bangun 2jam lewat daripada masa alarm aku  berbunyi.

p/p/p/s : aku rasa aku rindu sekolah rendah aku lah. 
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting