Oct 2, 2010

semua kena bayar nanti

1:36 PM
reactions 
okay.after bukak link yang dikongsikan oleh mi yang mencari erti tadi, hati  mula resah gelisah. ish aku ni dah berada dalam fasa dunia akhir zaman tapi tak insaf-insaf buat dosa. bila angkat tangan berdoa mintak keampunan dengan Allah meremang bulu roma sebut dosa satu persatu. 


pastu aku terfikir la kan, nak bertanya. eh apa punya ayat la. dah lama pendam, simpan sampai lebam. tapi tak kira lah hari ni nak tanya jugak.

dosa pada zaman serba canggih ni macam2 lah kan. kalau di facebook ada jalan tersendiri yang boleh menjerumus ke arah dosa. sama jugak la dengan blog. aku bukan nak huraikan banyak2 tentang apa dosa yang berkaitan dalam dunia blogging.

contoh : mengumpat.

kalau dunia realiti ni mengumpat masing2 dah paham sangat la kan. tapi kalau kau mengumpat dalam blog tu sama gak ke macam makan daging orang ek? mengumpat dalam  blog tu cmne ek?

contoh 2 : membuka aib orang

kau pergi jaja cerita orang, kau bukak aib orang, tak kira la org tu kau terang2 atau tak letak nama dia.cmne ek?

lagi-la kau jaja cerita artis. bukak aib sana-sini. kadang2 semua berita yang kau baca tu bukan betul pun.fitnah merata-rata. sebab kau sendiri tak pasti yang mana cerita sebenar kan. haaaa fitnah la namanya tu.

ok yang atas tu macam agak soalan kebudak-budakan la. sebabnye kalau di dunia luar kau  buat benda sama padahal dah tahu tu dosa, tapi kau  buat jugak kan. manusia lemak katakan ek.

TAPI!!!!! yang paling aku rasa gelisah, rasa nak tahu, rasa macam2 la....untuk para blogger yang berdaftar tak kira la dengan nuffnang ataupun ads lain. kalau  buat dosa banyak2 dalam blog pastu ramai orang baca blog kau pastu kau dapat duit sebab ramai follower ramai orang clickclick, duit yang ko dapat tu cmne ek?pastu kau g beli nasik lemak sebungkus kau makan.cmne ek? nampak macam simple tapi hati akutak tenang setiap kali duk pk2 pasal benda y nampak remeh temeh ni. tapi nanti remeh temeh ni pun ada jugak `income` kat `sana` kan

aku selalu ingatkan diri aku, macam mana kecik pun kau nampak benda2 yang kau buat, kau tulis dalam blog ni...kuasa Allah Maha Agung, Maha Berkuasa yang boleh hitung dan timbang siap2 setiap sen yang kau dapat  nanti. 

huuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.tak rasa gerun ke weyh?
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting