Oct 13, 2010

ini entri sentap! ha ha ha

7:31 AM
reactions 
kenapa ek nak sentap2? hahaha biar aku habis bercerita dulu baru aku gtau nape. korang suka tengok cerita seram n ganas tak? macam cerita saw ke, cerita hantu ke, cerita pembunuhan ke...aku tak berapa suka sangat sebab nanti jiwa aku kacau, malam2 mimpi ngeri buat aku berpeluh kebasahan dalam tidur je. 

korang suka baca novel tak? kalau mat2 atau minah jiwang macam aku ni , memang sangat suka baca novel. ke mana aku pergi, rumah siapa aku pergi mesti tertarik kalau nampak almari buku yang  ada novel. kalau rumah cousin aku, kompem aku dah amek , p duduk satu sudut dan aku baca sampai abes.

hmmmm ape lagi ek? tu je kot. ok next.


setiap kali korang tengok cerita @ baca novel ni pernah tak terfikir macam ni

"gila tak logik, ada ke macam ni dalam dunia?"

ok fine. kalau cerita yang power2 kuasa ajaib lompat smpai bintang tu agak tak logik la kan. maksud aku macam kes bunuh2 dengan kejam ke, orang jahat2 lam cerita ke. kadang2 tak tercapai dek akal pemikiran kita ni.

oleh sebab aku baca novel, minat nak baca novel dan terbaca satu entri blog the other khairul pasal novel ni maka aku nak kecikkan skop kepada novel lah kan. aku dah start baca novel since sekolah. sebab akak aku pun suka baca. kalau dia beli aku akan baca la. duk asrama pun men gilir2 baca novel. sampai satu tahap ...

"bestnye kalau terjadi dalam hidup aku"

tu kalau part yang romantik la. mula la cipta angan-angan. yela dunia percintaan dalam novel sangat la romantic abes! dan bagi aku inspirasi nak terokai dunia luar. tapi bila dah agak2 habes zaman sekolah, pernah bercinta pon tapi minat aku terhadap novel terberhenti kejap. sebab aku rasa down, mana pergi nya scene romantika yang aku pernah baca? tak ada pun!!!!!!! dush2

tapi aku still baca novel sampai lah sekarang, ke tahap umur yang baru terdedah dengan dunia luar dan banyak yang dah aku tengok, aku dengar, aku lalui. 

so berbalik kepada entri cik khairul (yang aku tak jumpa bila cari tadi sebab lupa tajuk) tu, ada la part dia cakap "it wont happen". sebenarnya bagi aku, it actually happen. tapi bukan dalam hidup kita. dalam hidup orang lain, berlaku semua tu. kalau tak, takkan la ada kes kematian jutawan kosmetik (ni untuk yang suka tengok cerita seram). u just name it.

mula-mula jumpa gaduh2 pastu last2 tersuka terjatuh cinta? mungkin tak berlaku lam dunia kita, tapi ada dalam dunia orang lain. kalau dalam novel yang diolah penuh romantik, ada je kat malaysia ni cerita romantik. macam video weddingfairytale tu. mungkin bagi orang lain nampak macam nonsense tapi tuan empunya badan rasa romantik gila. tak caya? aku rasa ramai kat luar sana y jeles tengok wedding cmtu, esp kaum hawa la.

apa lagi senario dalam novel yang rasa2 mcm takkan berlaku? watak perempuan yang semua orang minat? watak lelaki semua orang minat? eh korang bukan minat lisa surihani ke? eh bukan korang suke ke tengok angkasawan tu? sape lagi? shahir af? siti norhaliza? malah aku sendiri pun pernah jumpa dengan orang yang tak putus2 terima pinangan. tu bukan ke dah jadik rebutan semua orang?

pastu ade pulak part2 yang sedih konon2 watak perempuan trauma kena rogol ke, ternoda ke pastu trauma tak boleh terima lelaki dan end up ada orang yang sudi terima dia and lived happily ever after. kadang2 rasa macam

"alahai, xde jalan cerita lain ke?dah agak dah.."

kannn? tapi benda2 tu semua wujud dalam dunia ni, even kat malaysia pun. cuma tak berlaku dalam kelompok kita. tapi it actually happen!

haha mampos aku kena hentam ngan khairul japg. kompem2 lah. <entah2 aku baca kat blog orang lain wakakakakakakaka parah2> ni xde la aku nak menghentam ke ape tapi cuma suarakan pendapat aku sebagai peminat tegar novel je. hahaha. yang penting iktibar yang boleh kita amek. kalau ikut aku nak ulas semua isi dalam entri tu sebab kebanyakan contoh yang dia bagi tu sebenarnya ada berlaku dalam hidup orang yang aku pernah kenal, rapat ataupun tak.

p/s : cik khairul, jangan marah2 haha. mati aku pasniiiiiiii. ya ampunnnnnnn!
p/s/s : aku suka baca blog cik khairul sebab dia ckp apa y dia nak cakap, men lepas je hahaha <-- bodek nih!
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting