Oct 11, 2010

nasib si pemakai tudung segi empat sama

9:44 PM
reactions 
sekarang ni zaman orang pakai tudung syria, shawl belit2 lilit sampai tercekik. mana taknya, sekarang dah pesat terbinanya blogshop jual shawl ni. seminggu sekali kena tag kat fabeook kat album shawl ni. aku ingat biase2 je la kan since aku duk kat sini mane ade pasar jual shawl bagai. nak try pakai shawl kena pegi beli selendang y org jepun pakai lilit kat leher tu la. 

tapi masa aku balik raya haritu memang membuktikan segalanya. hari kejadian aku pergi teman kawan aku shopping kat mydin kuala terengganu. malas nak masuk so aku lepak2 je la kat luar. siapa y pernah pergi citu tau la tepi2 tu penuh ngan deretan kedai jual tudung. sebanyak2 kedai yang jual tudung tu satu kedai je yang jual tudung biasa mcm aku pakai ni. y lain sumer tudung sarung je tu.


sampai ke sudah aku tak jumpe tudung kelabu nak buat raya ni. esoknya aku pergi kat pasar tani dekat ngan umah aku. sepanjang2 gerai yang jual tudung tu ada la jumpe 2 je yang jual tudung biasa. yang lain2 sumer jual tudung yang terkini ikut trend tu la.

hah. malang tak malang jugak lah bagi golongan minoriti macam aku yang pakai tudung 4-segi-lipat-dua-jadik-tiga-segi sarung atas kepala ni. susah doh nak cari tudung biasa skang. agak2 tudung biasa ni pupus tak ek?

p/s : dulu aku pakai tudung lilit kena hentam beb. hahaha
p/p/s : si dia cakap kalau nak pakai tudung sarung2 belit2 tu jgn kua ngan dia. haha jahat  kan!
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting