Oct 3, 2010

banyak dugaannya

5:36 PM
Rasulullah SAW bersabda, "Siapa saja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan terlemah"


tapi kita yang tak mampu ni, dah benci gila-gila dalam hati.sebab nak tegur dengan lisan takut, tak mampu...  jangan la kita pulak pergi guna lisan tu untuk sebarkan berita pulak. bila masing2 bercerita, memang xde kesudahannya. 

"eh, ko jangan beritahu kat orang lain tau"


itulah pesanan yang sering kita dengar bila nak bercerita tapi tu jugak lah yang selalu kita guna bila nak sebarkan kat orang lain. sampai satu tahap 

"laaaa, ko baru tau ke?"

umpama permainan mesej berantai. pernah main tak kecik2 dulu? time orientasi ke. last2 mesej yang sampai memang akan lari dari cerita sebenar. sudahnye ape yang jadik? dah timbul fitnah kat situ. kita duk cerita2 sebar panjang2 pasal benda yang kita tak suka, sebab kita tahu benda tu jahat. benda tu dasyat.benda tu tak betul. tapi dalam masa yang sama kita tak sedar pun apa yang kita buat tu pun tak betul, dasyat. boleh membawa kepada satu dosa fitnah. kita tak sedar pun, entah2 orang yang kita dah cerita panjang2 tu dah bertaubat ke, dah menyesal ke, tapi fitnah yang kita sebar tu takkan pernah berhenti, melainkan kita yang berhenti bercerita.

*hidup ni banyak betul dugaannya. kalau kita rasa apa yang kita lalui tu paling teruk, paling dasyat kena la selalu ingat , pahat kemas2 dalam kepala tu bahawa ada lagi orang yang paling teruk masalah nya.

**aku bukanlah orang yang tak pernah buat jahat dan bukan atas alasan tu aku nak tulis kat sini, buat2 macam orang baik gile. tapi sebab aku pun manusia yang tak pernah lari dari buat salah.hopefully jadi ingatan untuk diri sendiri.
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting