sensei aku ni suka je bagi arahan ikut sedap mulut dia je. tahu la paling berkuasa kat lab ni kan. eceh ayat abes tak puas hati la kan. sebenarnya, masa 2bulan natsuyasumi(=summer holiday) aritu sensei aku ade bagi thesis untuk dibaca dan perlu dipahami sehingga tamat cuti iaitu bulan 10 bersamaan dengan sekarang la.
so aku dengan rajin dan semangatnya baca-baca thesis tu sebelum balik malaysia lagi. sebab kalo balik malaysia kompem2 la tak membaca ronbun(=thesis) kat umah kan. oh, ronbun yang aku dapat ni in english, 8 mukasurat. agak biol jugak la sebab sebelum ni sensei duk terang2 lam nihongo(bahasa jepun). present pon lam nihongo. sesi soal jawab pun dalam nihongo. maka berlakulah kecelaruan di situ.
aku siap translate abes lam BM agi. time ni baru la tahu takat mana bahasa melayu aku. memang hancus lah. ok dipendekkan cerita, aku dah habes translate, agak2 dah paham la thesis yang aku baca ni.
tup2 sensei aku ni cakap kena hantar report 18hb ni bersamaan dengan isnin minggu depan. dan dia baru je cakap hari jumaat lepas. so aku ada baki lagi 5 hari tolak sabtu ahad tinggal lah lagi 3 hari. tak ke naya? nak kena buat report lam bahasa jepun ni!!!!!! satu2 pulak nak kena cari kotoba(=perkataan) khusus yang digunakan. kalau setakat saya makan nasik xpe lah. paham2 je la kotoba lam thesis macam mana kan. nak pulak aku amek tema neural network. wohohoho. yabakunai??
jadual semester akhir |
okeh ini jadualku.......wuwuwu. nampak macam sikit tapi sebenarnya dah banyak sangat tu bagi pelajar tahun akhir. 4 ketul???? wuohhhhhh. yabai2. walaupun 4 ketul je, aku kena datang lab pagi2 balik malam2 lagi2 la minggu ni. ade report nak kena hantar isnin depan!!! iyada~