# tulisan colour oren akan membawa anda ke link rahsia.eceh.
Jenuh lah nak mencari orang hilang ni. bukannya sikit-sikit. ramai tau tak???? pastu nak cari pun kena la ada syarat-syarat pulak. eh nak carik orang hilang pon kena ada syarat2 pulak.? kalau mcm tu bile nak jumpa nye? ingat senang ke nak jumpa? bukannya dekat2. merata-rata pulak tuh. dah la tak kenal. abes tu mcm mane nk carik orang yang ko tak kenal? haihhhhhh. nak buat macam mane, kena la carik jugak. tak kesian ke orang hilang ni.....
Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you.At the end, choose 25 people to be tagged.You have to tagged the person who tagged you.If I tag you, its because i want to know more about you.
25?? pale hotak dia! eh bukan pale hotak org yang tag tapi pale hotak lah 25. jenuh nak senaraikan ni. sape y start buat tag ni!!!!!!!!!????
ok. sila baca tanpa jemu 25 perkara kat bawah. dah lama tak buat tag, dah lama tak ditag dan dah lama jugak tak mengetag orang. so xpe lah, alang2 aku dah bosan ni.
- Menyayangi semua ahli keluarga.[abah,ma,kak UG,Abg T, kak jang, joe, yoe, sa, ira, syafik]
- Seorang hamba Allah yang sedang merantau di bumi Jepun.
- Sangat suka tengok cerita Korea compare to cerita Jepun. tapi tak minat mana-mana band korea mahupun jepun.
- Start blogging since February 2008 dan start aktif bersosial di dunia blog sejak akhir2 ini.
- Cuba untuk menjana pendapatan with nuffnang sejak terbaca blog Redmummy yang dapat income ribu-riban.
- Sangat susah nak hafal lirik lagu.
- Masih bujang but not available. ahahahaha
- Mempunyai ketinggian yang boleh dikatakan average ketinggian untuk perempuan atau dengan kata lain aku tak pendek lah!
- Tahun depan dah start kerja di Penang, insyaAllah. yeay!
- Mesti menonton cerita while having my meal. 1 part pon xpo.
- Suka tengok cerita korea yang ada hero y mempunyai perwatakan nakal/bad boy/kakkoi yang comel dan hensem. sebab tu aku suka kamu! eceh.
- Pernah minat gila kat Kimutaku sehinggakan pernah terjerit di tepi jalan semasa melaui kedai yang memaparkan majalah ada muka Takuya Kimura.
- Sangat pendiam bila jumpa dengan orang yang pertama kali jumpa dan akan tak reti nak stop bercakap kalau dah kenal lama sket.
- Tak tahan makanan pedas.
- Buat keputusan tanpa fikir panjang.
- Tak sabar nak blah dari Jepun
- Selalu berangan ada orang nak bagi duit free 2000000yen.
- Pernah berharap untuk dihilangkan ingatan
- dan sekarang sangat cepat lupa sesuatu perkara
- Pernah berharap untuk dengar luahan hati seseorang.
- Pernah simpan satu nama dalam hati selama berbelas tahun tanpa pernah gtau orang berkenaan
- Dan sekarang dah gantikan ngan nama orang lain dalam hati. eceh.
- Berharap dapat banyak duit dari nuffnang boleh masuk tabung kahwin! hahaha
- I hate you! and you know who you are.
- I love you. and you know who you are.
-----------------------------------------------------------
DONE! ooohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. habes jugak!
mangsa-mangsa keadaan. aku amek random dari 25 blogger yang ade dalam senarai paling atas lam blog list kat sebelah ni {semasa entri ini ditulis}
-------------------------------------
p/s : dah jumpa org hilang?