hari isnin aku pergi gakuseika sebab nak kena setelkan pasal thesis nye shorui untuk dihantar ke embassy. tuptup aku ternampak satu flyer ni ; tertulis pasal amaran terhadap kecurian basikal dan langkah-langkah untuk mengatasinya. salah satu daripadanya ialah dengan daftarkan basikal anda.
ingat lagi dulu masa mula-mula sampai kat sini, semua pakat g beli beskal. yelah, bak kata sensei dulu. kalau senpai(senior) naik beskal, kouhai(junior) pun nek basikal lah. masa nak beli basikal tu jenuh la mengisi segala-gala! dari pada nama, no tel, alamat rumah...semua lah!supaya senang nanti kalau basikal kena curi, senang nak tangkap pencuri.
seal ditampal di basikal |
kalau basikal berdaftar, pastu ada kecurian dan buat laporan. untung-untung polis akan cari. siap buat sekatan kepada pengguna basikal sebab nak check seal ni satu-satu. aku tak pernah la kena tahan sebab road block basikal ni, tapi kawan aku pernah la mengalaminya. bukan kena tahan sebab mencuri tapi sebab polis nak check basikal untuk cari basikal curi. macam motor n kereta la.
pastu kalau taknak basikal pun ada orang tolong buangkan skalik. hahaha ni kes terbiar la ni. kadang-kadang akan ada orang datang check kat tempat letak basikal kawasan rumah ni. nanti dia akan letak tanda kat semua basikal pastu akan ditinggalkan note.
"kalau masih guna basikal sila buang tanda sebelum *****"
selepas tarikh yang dinyatakan, basikal yang masih ada tanda tu akan diambil lah. selalunya dia buat cmni kalau ada nampak basikal2 buruk yang terbiar. dan juga untuk kebersihan kawasan tempat tinggal yang disewakan...? kot haha
basikal aku dah setahun terbiar tapi gatal tangan g buang tanda yang dia letak sebab taknak bagi orang tu amek. padahal tak guna pon. tayar dah bocor pon hahaha dah setahun aku ulang alik pergi kelas jalan kaki.
ok dah abes.
p/s : ape kaitan ngan tajuk ek? macam kacau bilau je haha
p/p/s : korang dah daftar basikal belum? haha