Oct 22, 2010

ancaman terhadap warga asing di Fukui

2:45 PM
reactions 


rentetan daripada kes cubaan membakar kereta milik Fukui masjid yang berdaftar di bawah nama pelajar Malaysia, rasanya memang memberikan impak kepada semua, esp pelajar Malaysia kat jepun ni. aku sendiri pun cuak-cuak gak dah nak keluar. nampak Pak Ya sket je dah risau2.


[update kes kereta kena bakar ] yang tak tahu hujung pangkal cerita sila g [sini]

dipercayai kes-kes ni mungkin tak ada kena mengena dengan Islam tapi ancaman terhadap foreigner. tak tahu lah kenapa tetiba je orang jepun ni tak suka foreigner. dengar khabarnya bulan lepas pun ada foreigner dari portugal yang diancam dengan perkara yang sama. 

semoga semuanya selamat. rakan-rakan di seluruh jepun sila berhati-hati.

harini meh aku perkenalkan sikit la Masjid Fukui ni.

Masjid Fukui ni baru sahaja secara rasminya dijadikan masjid pada may 2009. kalau tengok dari luar memang tak tahu tu masjid. tak macam masjid-masjid di malaysia dan tempat2 lain di jepun. masjid fukui ni adalah rumah 2 tingkat.

pintu masuk masjid

sign board masjid
tempat solat
tempat ambil wuduk

selain tu jugak, kami boleh beli makanan Halal di sini. macam2 ade. so rakan-rakan dan saudara-mara di Malaysia tu tak payah la risau kot2 susah nak makan ke kan. boleh di dapati di sini.

macam-macam ada
yang lagi bagus nya adalah kedudukan masjid yang strategik ni. dekat je ngan universiti. jalan 3-5 min dah sampai. aku kadang-kadang singgah lah jugak nak beli barang mentah macam daging, ayam, serai, lada merah ect.

sangat dekat ngan uni
sumber : Fukui Masjid Homepage. sebarang pertanyaan boleh pergi ke website masjid Fukui ye.


p/s : ni yang tak sabar-sabar nak balik malaysia!




 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting