masa tu aku masih kecil. bersama dua sepupu. pergi menembak ikan di sungai yang sudah keruh airnya. malam sebelum itu hujan lebat dan air sememangnya akan keruh. kami berenang sebelum tiba ke destinasi yang dikatakan mampu memberikan hasil tangkapan yang lumayan. kami memang tekad. oh, menembak di sini bukan bermaksud guna senapang. mana mungkin budak-budak seperti kami tahu menggunakan senapang. tengok pun dah boleh menggugurkan jantung apatah lagi menarik picu. aku xtahu sejauh mana pengetahuan kamu tentang satu alat untuk tangkap ikan di sungai. diperbuat daripada besi halus (biasanya diambil daripada rim basikal) dan diikat kan getah di hujung membentuk bulat. nanti pasni aku buat lakaran ok.
dan tiba di satu lubuk yang dalam dan selalunya banyak tangkapan akan diperolehi di sini. kami singgah. duduk di atas kayu. air keruh. pekat warna air teh susu. tapi kadangkala air berkocak disebabkan banyak ikan di situ. dan mata kami perlu tajam. melihat dan membaca dari pergerakan air kemudian menarik getah sebelum dilepaskan ke arah ikan. kami berusaha dan berusaha tapi tiada hasil.
dan ketika aku melihat kocakan air yang besar itu terus ku halakan alatku. lantas. zasssss! air kocakan semakin besar. ketiga2 kami terkejut. kerana alat kami semuanya terlepas ke dasar air.serentak. mungkin sepupuku juga melihat apa yang aku lihat. tetapi air kembali tenang dan kami hampa. terasa begitu yakin dengan apa yang kami lihat. kalau lah dapat membawa pulang tentu abah gembira.
dan kami melangkah pulang dengan lesu. esok pasti kami datang lagi. pasti.
********************************
"adi! semalam mak dengar budak2 kecik tu pergi sungai. nampak ikan besar katanya. cuba kamu pergi sebelum mereka dapat ikan tu"
"alah, malas la mak"
"sampai bila kamu nak macam ni.pemalas! kalau kamu dapat bawak balik ikan tu nanti, baru la terbeliak mata orang kampung ni."
aku terdengar perbualan mak andak ngan anaknya yang kekurangan ajar itu. semua orang kampung tak suka mereka. ini tak boleh jadi. aku kena bagitahu dorang supaya pagi2 esok pergi tangkap ikan semalam. terus aku ke rumah mereka. berkongsi perbualan yang aku dengar semasa melalui gerai mak andak tadi.
esok kami bersiap2 mahu ke sungai lagi. tapi mak tak bagi. katanya orang kampung jumpa mayat adi. tulang patah riuk. kena gigit buaya. buaya pun dapat ditangkap sebab tersangkut pada pukat orang kampung. separuh badan adi dalam badan buaya itu. aku tersentak.rupanya ikan besar yang kami nampak semalam adalah buaya dan bukan ikan besar. Alhamdulillah nyawa kami masih panjang.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
dan aku terjaga berpeluh2 sebab panas sang mentari. fuhhh~mimpi buaya lagi.
2 ♥:
dalam sungai kau ade buaya tak? ni yang aku malas ni .. :P
hahahahaha
aku xtau
xpenah jumpe
nanti mlm ni aku tnye adi haha
Post a Comment