Aug 16, 2010

gastrik bukan alasan tinggal puasa

12:02 PM
nak tau cerita tak? pagi tadi aku sahur terlebih muatan lalu perut aku meragam. haiihhh. adat la orang ada gastrik ni tak boleh makan tak cukup dan tak boleh terlebih makan. betul ke? tapi aku selalu memang macam tu la. tak boleh makan lambat. kang menggelupur tak cukup tanah cari makanan. dah bape kali jugak la jadik macam ni kalau perangai malas nak masak aku ni mendayu2 datang. kalau terlebih makan pun tak  boleh jugak. nanti perut aku tak boleh nak hadam. maka berbau lah satu rumah ngan minyak panas haha

dulu aku adala jugak makan ubat gastrik. tapi lepas dah abes tak pernah nak pergi mintak baru ngan doktor. aku start disyaki ada gastrik ni masa kat aaj, um. masa ni ngah buat persediaan nak pergi jepun. tahun ke2 aku kat sana gastrik menyerang. sebab aku tak jaga makan. konon2 nak diet tapi lupa perut aku ni ada black hole. memang perit gak la time tu. sakit perut sampai kau tak boleh nak makan. bila kau makan je muntah. eyp2, aku bukan spesis aneroxia ok walaupun badan aku sekeping, berat aku sekilo. ehem!

bila doktor dah pesan kena makan setiap 4jam tu memang heaven lah aku ambil peluang. takut sangat nak skip my meals. doktor pesan tak boleh makan pedas. nasib baik family aku tak makan sangat pedas2 ni

haaa mula la tu nak serkap jarang. walaupun gastrik ni penyakit popular yang orang jadikan alasan untuk tak puasa, aku tak pernah ok tinggalkan puasa sebab gastrik. sebab tu aku kena sahur. menu sahur pulak macam orang makan tengahari. wajib makan nasi ada lauk. jarang la sahur minum air ngan roti je. kalau malas tu memang kena tahan la perut meragam sebelum berbuka. tapi alhamdulillah setakat ni belum pernah buat hal time puasa.

so, korang macam mana? 

2 ♥:

Mohd Fakhrurazi Jamaludin on August 16, 2010 at 12:57 PM said...

puasa ok jer.xde perut meragam ker apa.korang yang lain camne?hahaha

ckynwan on August 16, 2010 at 11:52 PM said...

haha
bagus la perut tak meragam
kot2 ko lak y buat ragam sendiri ke
ye tak?

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting