::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
harini kurang aktif blogwalking. semalam dah malas nak update. penat apa pun aku tak tahu. malam hari bukannya puasa pun ha ha ha
ok, tak mahu panjang2 sangat. nanti kamu bukan seronok pun nak baca bulan puasa ni hehehe semalam hari ke3 ramadhan. so nak kongsi la juadah aku berbuka. semalam agak malas nak masak pelik-pelik dan yang memerlukan banyak masa. so decided to cook sup sayur je. tapi nak taruk seafood. mula lah datang resepi aku yang macam-macam hal. so aku siap-siap g bazar ramadhan mitsuwa yang jauhnya 5,6 minit dari rumah. korang bayangkan pukul 6:49 masuk waktu berbuka 6:15 baru gerak pergi pasar haha
Alhamdulillah, sempat balik berbuka di rumah. dan ini lah juadah berbuka puasa semalam. nak resepi sup sayur pun boleh.
sup sayur + seafood
bahan-bahan
- 5 ekor udang
- campuran seafood
- sayur hijau
- mushroom
- bawang putih
- garam
- lada hitam
- ajinomoto
- air
cara memasak
- rebuskan udang dan camuran seafood di dalam periuk
- setelah masak masukkan bawang putih yang dihiris
- kemudian masukkan cendawan dan sayur hijau
- masukkan lada hitan dan garam secukup rasa
- tunggu sehingga mendidih dan cendawan, sayuran empuk dan masak
- tunggu waktu berbuka kemudian rasa hehe
senang cepat dan sedap
selamat mencuba!